Showing posts with label 2014 part of life. Show all posts
Showing posts with label 2014 part of life. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Wonder?? (",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. start a new week.. (",)
May Allah ease everything..
InsyaAllah..


Keep smile.. (",)
Stay strong... (,")
U already do the best deqsu!!!

Thursday, July 17, 2014

HE Knows..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur masih diberi kesempatan untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAWserta para sahabat baginda. (",)

Finally... I'm crying.. (T.T)
Disaat azan berkumandang..
Disaat diri berada dirumah Allah..
Sebak.. Sayu.. Tak tahu nak describe..
Getting better..hopefully fast recover..InsyaAllah..


Who those yang comment ask for wedding entry..
Sabaq sat naa..nanti cheq update.. (",)
Diri tengah blurr3 + emosi tak menentu..
Takut tertaip benda yang bukan2 plak nanti..
Tapi akan diusahakan..Fighting!!!!

mood : nakcaribajurayapetangsatlagi

Friday, July 11, 2014

The Journey...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur masih berpeluang menikmati fasa kedua ramadhan yang penuh barakah ini. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (",).

Alhamdulillah..emosi getting better even on off jugak kadang-kadang. Sabar ye orang-orang disekeliling deqsu yang kena tengok deqsu yang akan tak ambil kisah keadaan sekeliling, tengok pc macam nak telan +  mengambil inisiatif untuk lebih berdiam diri. Jika deqsu banyak diam dari bercakap tu means something wrong somewhere la tu. Tapi, jangan ditanya kenapa.. sebab jawapan yang korang akan dapat. "tak ada ape2"..")..hehehe.

Actually, nak continue entry yang dijanjikan. Tapi, since gambar tak dapat lagi, mood nak menaip tu hilang (alasan dan terus beralasan..good job deqsu!!hehe). Hopefully emosi ni cepat2 la stabil. Penat sebenarnya bila kena berperang dengan diri sendiri. Nak luah, tak kuat semangat, nak terus berdiam, cenggini la jadinya..huhuhu. Sampai satu tahap dengan kucing pun deqsu jadi emosi..hehe.. Ampunkan kak long ye anak bulus :). (mood jealous sebenarnya..hehehe..opps.fullstop).


Sometime merepek bukan-bukan kat blog ni best jugak. Cuma kesian pembaca tak dapat manfaat la pulak kan. Sorry.. entry kali ni, entry release tension namanya. Menaip sekadar menghiburkan hati sendiri. (give me some space pleasssse..(",)). But, in real life actually tak boleh nak ikut kata hati je. Everything happen with a reason. Allah dah aturkan setiap kejadian itu cukup indah dan cantik. Cuma, kita sebagai hamba ni pandai uruskan @ tidak. 

Bercakap pasal hati, deqsu terkesan sebenarnya dengan satu post di fb baru-baru ni, tapi lupa nak screen shoot yang mana ada satu dialog bersama seorang penduduk Islam di Gaza. Beliau ditanya, kenapa tidak tinggalkan sahaja bumi Gaza sedangkan anda ada peluang untuk lari ke tempat lain yang lebih aman dan boleh membina kehidupan baru. Dan hati deqsu sendiri pun pernah terdetik, kenapa tidak dipindahkan sahaja mereka ke tempat@ negara lain. Jawab orang tersebut; " kalau bukan kami yang mempertahan bumi kami sendiri, siapa lagi? Kalau bukan kami penduduk disini, siapa lagi yang nak mempertahankan Masjid Al-Aqsa." Ya Allah, kuatnya hati mereka, kuatnya iman dan semangat mereka walau terpaksa berhadapan dengan peluru, bom dan Israel Laknatullah disana.

Mereka tetap dengan kegiatan seharian, berpuasa, berbuka, solat berjemaah dan terawikh bersama sedang mereka tahu, bila-bila masa sahaja nyawa akan melayang. Tapi, disebabkan teguhnya hati mereka dan yakinnya mereka dengan Allah. Mereka lalui hari-hari mereka dengan tenang dan berani. Sedangkan kita disini, diuji dengan sedikit ujian pun dah melatah. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, sesungguhnya kami tak kuat seperti mereka, kami tak mampu untuk turut serta berperang dengan mereka. Tapi, hanya doa yang mampu kami kirimkan agar Engkau hancurkan Israel Laknatullah dan ringanlah beban yang mereka tanggung. Hanya Engkau sebaik-baik Penjaga.


"Only Allah can make impossible possible"
#prayforgaza






Friday, July 4, 2014

Fighting!!! :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhmadulillah.. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus menghirup udara segar dibumi Allah Yang Maha Besar disamping dapat menjalani ibadah puasa :). Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Mengharap dan terus mengharap moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Serius tersangat rindu dengan ramadahan 1433H ;(. Throwback Ramadhan 1433H : Ramadhan yang membawa deqsu kembali kepada fitrah asal, ramadhan yang sukar untuk dihurai makna kebahagiaanya. Allahu Allah. Moga diri ini terus istiqamah dan lebih berusaha untuk jadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Mana entry wedding yang deqsu janji hari tu ek? hehehe. As usual, ntah bila nak continue maybe sebab disaat ini, diri masih dalam proses penyesuaian diri dalam pengurusan masa dan diri. Lagipun deqsu fikir, tak boleh sama kan waktu sekarang dan dulu. Kalau dulu boleh je nak skip makan, skip kemas rumah untuk blogging kan..hehehe (tengok, betapa "gila"nya deqsu pada blog ni dulu). Tapi, sekarang dalam proses nak cari masa dan entry yang sesuai. Lagi pula, selalu deqsu akan share bahan bacaan yang deqsu baca. tapi, lately ni jugak, lama dah tak bukak buku.huhuhu. why? why? why?. Tunggu la sampai deqsu rasa emosi dan diri ni stabil dulu ek. Baru boleh nak "merepek" panjang2.hehehe

Emosi tak stabil? Yeke? hehehe.. Yes, i am.. tika dan saat ni sangat heaven rasanya kalau dapat environment kerja yang baru. Moga diri ni terus kuat dan tabah. Actually jugak dah mula rasa annoying + migrain melanda lagi since sebulan yang lepas. Tapi deqsu tahan & kuatkan diri. Please be strong myself. Sometime, i feel like want to cry. But, i can't because i will make the other worry about me. Sometime, i want to explain why this and that happen. But, still i can't. I don't have a spirit to do that. And as usual, i won't share if i think i can handle it.. even i know i can't also. :(. 

I just miss my life before, even i know i need to move on. Even i know Allah already give better than what i want. Ya Allah, terasa sangat kerdil diri ni yang tak mampu nak kawal emosi, Yang tak mampu untuk terus kuat hadapi segalanya. Walaupun Allah dah kurniakan kegembiraan dibahagian yang lain. Sob3.. Sob3.. Sob.. over emosi la plak kan..huhu.. Sampai deqsu rasa kena fullstop kat sini. 

Ok, apa-apa pun jom terus tingkatkan amalan untuk terus dekat denganNya. Cari keberkatan dari setiap sunnah Rasulullah. Moga dari perbuatan yang kecil membawa keberkatan yang besar dalam diri kita. Sebagai contoh keberkatan dari bersahur bukan sahaja terletak pada kenyang dan tahannya kita disiang hari. tetapi, keberkatan bersahur membuat kita kuat untuk beribadat kepadanya, membuat kita rasa lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan apa yang disuruh dengan lebih bersungguh-sungguh. wallahualam.

InsyaAllah..fighting!!!! :)


 

Monday, April 28, 2014

Counting...(",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus bernafas dibumiMU Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (^~^).

When life changes to be harder, change your self to be stronger. Yup, fighting!!!!

Another 32 days to go, keep counting the big day of my life. Oppss..over excited plak kan. Actually nak cover nervous ni. hehehe ^~^. May Allah ease everything. Counting another day to getting old. hohoho.(",). Ok, just a simple post for today since I just miss to type here. Keep a good work and keep strong..yeah..


Wednesday, April 16, 2014

Journey of b2b Part II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur atas nikmat iman & islam kurniaan dariNya Ya Rabbul  Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

April'14 to be continue...

Hidup diteruskan seperti biasa cuma bulan April ni rasa macam schedule pack sangat, every week ada je urusan seri paduka baginda yang perlu diselesaikan. Even orang cakap takpe ada masa lagi, tapi bagi deqsu selagi mana yang boleh settle buat dulu. So, nanti bulan depan takde nak kelam-kabut/stress sangat kan.^~^

But, as usual.. tak semesti yang kita rancang itu menjadi.. sebab kita merancang dengan cita-cita.. tapi DIA merancang dengan cintaNYA.. Allahu Allah.. Sekali lagi diuji dengan dugaan kerja, tapi kali ni lain sikit since kena buat keputusan dan buat deqsu risau sangat sebab keputusan yang deqsu kena buat melibatkan banyak pihak.huhu.

Kebetulan semua nak jadi dalam minggu lepas, so agak tertekan sebenarnya cuma berlagak cool je kat office. huhu. Bila abis je kerja, masuk kereta baru la boleh nak beremosi sendiri dan fikir solution. Ada sehari tu, berfikir sambil karaoke nasyid dalam kereta sampai malam tu perit tekak..hoho (So, sila bayangkan betapa teruknya berfikir sampai jadi camtu sekali..hehe..bila fikir balik..macam kelakar je..ntah, lately ni banyak buat benda pelik2..isk3..^~^)

Dan sampai sekarang sebenarnya takde solution pun untuk problem & keputusan yang deqsu kena buat. Emm, just follow the flow je boleh tak? huhuhu. Hopefully semuanya baik-baik je nanti. InsyaAllah.. setiap musibbah yang diturunkan kepada kita ada sebab yang tersendiri. Teringat topik dalam rancangan "Tanya Ustaz" : Hikmah Musibah dan jenis-jenis musibah. Thanks blogger yang share info yang sama. :)

3 Jenis Musibah : Kaffarah, bala, dan ibtila'. Siapakah yg akan mendapat kaffarah? siapakah yg akan mendapat bala? siapakah yg akan mendapat ibtila'?

1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.

Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat

"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)

2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.

"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)

3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.

"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)

Golongan mana pun kita, tapi sedarlah kita hanya hamba kerdil yang berhadapan dengan warna-warni kehidupan. Bagi deqsu, diturunkan ujian sebagai kafarah untuk kita sentiasa bersyukur dan redha serta ingatlah Allah sentiasa menjaga dan menginginkan kita agar tidak lari dari landasannya. Diturunkan pula ujian sebagai bala' agar kita sentiasa ingat, perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang sepatutnya. So, don't be naughty and always try to be better.. InsyaAllah ^~^. Ujian dikira sebagai ibtila' pula untuk mengangkat darjat seseorang itu.


After type and read it back. I'm realize that i should be strong & need to always be positive. Everything happen with a reason. Thanks Allah because YOU always remind me with YOUR love letter. Let's always start a new day with a new book. May Allah protect and bless on us always. ^~^  #oneandhalfmonthtogo#

Monday, April 7, 2014

Journey of b2b Part I

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi waktu untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Sedar tak sedar dah April rupanya, rasa baru je taip azam 2014.huhuhu..getting old by end of this month (mention bermotifkan kot2 ada yang nak bagi hadiah ke kan. heehee (",)). Ok, back to the post title "Journey of b2b". Alhamdulillah.. another 2 months to go. Life getting more challenging even  look nothing happen to me except I'm getting thinner. huhuhu. (T.T). May Allah easy our matter. Actually tiba-tiba rasa nak menaip di tengah malam buta ni since topik dekat radio ikim pagi tadi "Catatan". Moga one day nanti deqsu dapat baca balik entry ni dan mengimbau semula saat dan ketika perjalanan "b2b".

 
 December'13
 
On the 1st day of month, its like another life to me since the status was change. I still remembered on that day, I don't know why I can't give a bright smile to the others. My heart keep bounce!!huhu.. Maybe I am too worried and keep thinking am I ready??huhu. But a week after that, has something happen and make me think maybe Allah want me to be prepare how to care, how to face a difficult situation. Thanks Allah. It make me strong  and believe on your faith (",).
 
January'14
 
A new year full of 'azam' that I want to be like this & like that ^~^ hehe. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan pada ketika itu yang mana urusan pemilihan kad, photographer  dan butik done!!(",). Then, a part of house preparation was done since pertengahan bulan dah pergi Nilai untuk shopping langsir, doorgift tetamu, bunga telur & karpet. Alhamdulillah, even penat jugak la since every week on January berjalan sambil ber'shopping' je kerjanya..hehe..(",). At that time, budget & terus membudget since bulan paling banyak cash flow transaction. ^~^. Cabaran untuk bulan ni adalah berperang dengan diri sendiri (heart or heart)..confuse for a while.. 
 
February'14
 
Dah happy2 di bulan Januari, ingatkan boleh to be continue la kan. But, HIS Plan is better than us. Bulan yang sangat-sangat mencabar tenaga & kesabaran bila berhadapan dengan stress kerja tahap tak boleh nak control.huhuhu. Seriously, don't know how to describe it.. yang deqsu tahu at that time, masa makan tak jaga, emosi tak stabil. Buat apa pun semua tak kena sehingga mengorbankan diri sendiri dan juga en. kereta.huhu.

Dalam tempoh tak sampai sebulan berat dah boleh turun lebih dari 3kg. Mood plak on off on off. nasib takde yang kena fire time tu.hehehe. At the same time proses mencari rumah untuk dibeli berjaya, Alhamdulillah with in a day je kitorang jalan-jalan cari rumah (especially deqsu la since memang tak survey lagi pun before tu.hee). Tapi, proses nak uruskan hal rumah pun macam2 jugak cabarannya.huhu. Dugaan oh dugaan!! Tapi, apa-apa pun deqsu percaya ada hikmah yang pasti supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Lagipun,ujian tu kan kafarah dosa dan tanda Allah sayang akan hambanya. (",).
 March'14

Starting dengan semangat baru dengan azam nak manjakan diri since diri sendiri terabai sepanjang Feb'14. Then, as a planning "last single trip vacation" hooyee..(",). Bukit Tinggi & Janda baik menjadi destinasi sesi chit-chat & release tension bersama bff even planning asal nak pegi pulau tapi ok la dari takde kan. hohoho. Tema vacation kali ni selfie+makan time.hehehe. Seriously percutian paling banyak makan deqsu rasa. Thanks buat bff yang sudi meluangkan masa untuk vacation ni. The sweet memories of us for 7 years friendship (",). may our friendship till Jannah, InsyaAllah.

Dugaan kerja di office semua deqsu positif dan layankan je kehendak mereka2 disekililing. So far Alhamdulillah getting better cuma tak terluah lagi untuk quit audit (job rela hati.hehe). Cukup la dengan kerja akaun yang sedia banyak dan mencabar tu. So sorry audit even your my favourite, but I can't for this time  for a certain reason.. huhu (T.T). End of month got surprise news and I'm speechless for a while. Mungkin Allah nak uji tahap kesabaran, kematangan berfikir dan membuat keputusan.huhuhu. May Allah ease our way.. Tapi, dalam tempoh ni, ada hikmah yang deqsu nampak disebalik news tersebut. Moga ianya something yang positive & mendapat redhaNya. InsyaAllah..

April'14

Baru je seminggu so next entry la plak ye. Cuma, awal-awal ni pun dah nampak macam-macam cabarannya. huhu. Hopefully diri ni kuat dan sabar menghadapi segalanya. For time being if deqsu rasa macam sedih/tertekan ke selain menghabiskan masa denganNya Pencipta Agung, deqsu akan tidur (hehe..the best way I think since lepas bangun je mesti memory tu dah hilang sikit..Even kejap, tapi better than nothing kan..hee^~^). 
 
 
 
Hoping for the best from HIM for mawaddah wa rahmah..insyaAllah.. May Allah ease our way and make us strong and patient to face all the challenges. Ameen Ya Rabb (",) 

Monday, March 24, 2014

Moved On...^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhmadulillah.. Alhamdulillah masih diberi masa untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Agung Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (^~^).

Alhamdulillah rasa macam dah lama tak menaip kat blog pink yang tak berapa nak comei ni.. hehehe.. Busy sangat ke? Tak pun actually, busy berfikir dan busy plan macam-macam sampai mood nak menaip tu tak ada. Lagipun, lately ni dah kurang membaca (huhu..miss my book so much..sorry tak sempat nak khatam lagi 2 buku..=(..huhu). So, bila kurang membaca, otak jadi kurang aktif + idea nak menaip dan berkongsi cerita tu kurang sikit.

Emm.. bulan March ni macam-macam cerita/kejadian yang melanda Malaysia. Diri sendiri tak kurang juga, tapi bila semakin banyak ujian dan dugaan yang mendatang menjadikan diri lali dan berfikir "yup, its time to change!! Masa untuk menganmbil iktibar & hikmah dari setiap yang jadi"..KUNFAYAKUN..

Opps, hari ni 24 March 2014 (genap 7 bulan diri dirisik, kurang seminggu 4 bulan menjadi tunangan seseorang, 2 bulan seminggu lagi bakal menutup tirai bujang.) Macam cantik plak tarikh ni kan ^~^ hehe. Apa2 pun harap sangat diri ni dapat bersedia dari mental dan fizikal dalam menghadapi hari-hari mendatang. InsyaAllah. ^~^

Moga dipermudahkan segala urusan (even nampak hari-hari macam free je tanpa buat apa2 persediaan. But, i'm not actually.. I try to improved my self, in every second & every single time. I just need a time to make it smooth & to make the others comfortable. Ya Allah, please ease our way. Please make them understand what actually in my heart & mind. Thanks for those keep understand me ^~^.


 (p/s: moga ada yang terus sabar dengan karenah diri ini ^~^ yang serba kekurangan. Andai  ada yang salah mohon sangat2 beri teguran. Saya tak sempurna dan tak mengharapkan yang terlalu sempurna. Moga Allah redha dengan setiap tindak-tanduk kita.Ameen Ya Rabb)







Saturday, March 15, 2014

Hati vs Heart ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus bernafas dengan nikmat iman dan islam dariNYA Pencipta Agung Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

Tengah sesi meng"google" tadi terjumpa gambar dan kata-kata ni. Allahu Allah. Seteruk mana pun diri dilambung, sesakit mana hati dibadai.. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui sebab musababnya. Teruskan hidup dan ambillah hikmah dari setiap ujian yang datang. Hanya kepadaNya tempat kita bergantung harapan. " Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiuun" (Sesungguhnya kami milik Allah & kpd-Nyalah kami kembali) "~[Surat Al-Baqarah : 156]~

Hari ni, genap seminggu misteri kehilangan MH370 terus diselubungi duka. Tanpa khabar berita.. tanpa 'hint' @ "clue". Sabtu ~ 8 Mac 2013~ tarikh yang ditunggu oleh deqsu dan bff untuk last single vacation with bff. Tak sangka, tarikh yang sama pula menjadi cerita duka untuk seluruh dunia. MasyaAllah. Kami kecilkan ruang keseronakan dan terus mengikuti berita dari radio dan media massa yang lain ketika itu. Dari hari ke hari, bermacam spekulasi yang timbul. Tapi tak mau kata apa, tak mau sebar apa2. Semua aturan Allah untuk bahu yang memikul dan mata yang memandang. Dengan kuasaMu, KUNFAYAKUN. Moga ada keajaiban. Keep praying for MH370.

Semalam deqsu & family berkesempatan ke kuliah maghrib  dan solat hajat di Masjid Bukit Jelutong (thanks to dear informer :)) by Al-fadil Ustaz Harun Din. Apa yang dapat deqsu share disini:
" ilmu Allah itu tersangat luas, secanggih mana pun teknologi, sepandai mana pun manusia.. Namun luasnya ilmu Allah tak cukup untuk kita tulis sehingga keringnya 14 lautan sekalipun".

Selain itu, tertarik deqsu pada kata-kata yang keluar dari insan bijaksana ini:
"Maka kali ini Allah tunjukkan sedikit daripada kekuasaanNya Yang Maha Luas. Allah tarik nikmat hujan, Allah berikan kemarau dan Allah selindungkan Boeing 777 a.k.a MH370" ~Tn. Gr. Syeikh Nuruddin~
Maka, apa yang perlu kita lakukan selaku hamba yang kerdil ini, teruskan berusaha dengan kadar dan cara yang betul, berdoa dan teruskan kebergantungan hanya kepadaNya Yang Maha Esa. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. (",). Moga kita semua terus tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang tak kira kecil mahupun besar. Keep being positive (reminder for myself especially :)). Keep pray and gain a knowledge for our healthy of iman & self. Apa2 pun yang penting jaga hati, sebab segala tindak tanduk kita datang dari hati yang ikhlas dan bersih ^~^.




^~^#anothertwomonth&halftogo#mayAllaheaseourway#InsyaAllah# ^~^
 

Saturday, February 22, 2014

Dugaan oh dugaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Terinspirasi dengan 'quote' ini. Moga diri ini sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh dugaan dan ujian yang mendatang dalam meniti kehidupan kurniaan dariNya Pencipta Agung. InsyaAllah ^~^.
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.
 
Life Challenge
 
Untuk saat dan ketika ini terasa diri lemah dan penat sangat dengan dugaan kerja yang mencabar minda dan akal. Sampai ada ketikanya, deqsu tanya balik pada diri "apa sebenarnya yang deqsu nak capai dan nak dalam kehidupan? Experience? Good Environment? Income? Satisfaction? dan apa sebenarnya target deqsu dalam kerjaya? Sebab bila sampai satu tahap kita rasa dah buat yang terbaik, dah cuba jadi kuat. Tapi.. ada yang menghalang untuk kita teruskan perjuangan.
 
Dugaan yang paling deqsu risau bila timbulnya rasa tak happy nak bekerja (ikhlas tu seolah-olah hilang secara tak sedar). Kadang-kadang rasa "is it need to find another work? dan mula la berfikir sampai kaitkan dengan environment & income. Opps, Kenapa deqsu tak kaitkan dengan experience & satisfaction? sebabnya deqsu rasa puas sangat dapat buat macam-macam kerja since pengalaman tu terlalu berharga bila ada yang beri kepercayaan untuk kita lakukan sesuatu kerja. Namun, ada tapinya, untuk sesuatu usaha yang disalurkan perlukan ganjaran yang berbaloi jugak kan? ^~^ (ke salah? Tapi perlu diingat, ganjaran tak semestinya duit semata-mata. fikir-fikir kan lah^~^).
 
Just for sharing " Sesiapa yang menjadikan harta sebagai matlamat, akan menjadi mudharat. dan sesiapa yang menjadikan harta sebagai alat, akan menjadi manfaat ". Mohon beri pendapat ye..dalam sesuatu kerja, apa yang korang pandang; environment? income? satisfaction? @ experience? Please rank it ^~^.
 
Perkara kedua yang deqsu takut sekali dalam alam perkerjaan adalah bila dikelilingi iron-iron negative. Risau tak mampu menjaga diri, hati dan iman. Sangat risau terpengaruh dengan perkara-perkara tak sihat. Ya Allah minta dijauhkan sebab diri ini terlalu banyak kekurangan. Selain tu term "culture shock" mungkin boleh diguna pakai since kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yang kita tak pernah jangka sampai terdetik dalam hati "boleh ye macam ni? is it true?" emm..
 
Effect of it
 
Tapi deqsu akui ada insan yang lebih penat dan berat ujiannya. Namun mereka tetap redha, tetap tersenyum dan meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang kerana percaya dengan qada' dan qadar Allah. Terasa diri ini kerdil sangat sebab selalu tak kuat, selalu alpa dengan 'hint2' yang Allah berikan. Astaghfirullahalazim. Dalam tempoh 3 minggu ni, disebabkan "culture shock" sikit dengan beberapa perkara menyebabkan deqsu banyak berfikir sampai memudaratkan diri dan cinta hati (kereta ^~^). Sebab terlalu banyak berfikir sampai tak lalu makan, sampai jatuh menyebabkan luka dekat kedua belah tangan. Banyak berfikir sampai tak focus dengan pemanduan, kereta jadi mangsa kena langgar pagar dan tiang. (T.T).
 
Thanks for support
 
 Apa-apa pun yang jadi, deqsu percaya mungkin ada hikmah yang tersembunyi atas segala yang terjadi. Moga diberikan petunjuk untuk melalui jalan yang lurus dan diredhai. Andai rezeki ditempat lain, moga dipermudahkan. Andai rezeki masih disitu , moga terus diberi kekuatan untuk terus ikhlas dan lebih bertanggungjawab dalam melakukan segala urusan. InsyaAllah.
 
Alhamdulillah, disaat ujian ini, Allah tetap berikan kekuatan untuk terus muhasabah diri, Allah terus hadirkan insan-insan yang memahami dan Allah permudahkan urusan-urusan deqsu yang lain. Alhamdulillah. ^~^. Syukran jazilan buat mereka yang begitu memahami dengan apa yang terjadi dan sorry buat mereka yang nampak akan kepenatan diri ni sampai tak sanggup nak marah dan nak tegur apa-apa.hehehe. (Sorry, sometime I cannot control my stress & my face to keep smile ^~^).
 
Sebelum melelapkan mata, nak ber'dreaming'.. " Indahnya hidup bersyariat, andai setiap dari kita mengamalkannya pasti hidup ini akan tenang dan berjalan lancar. Tiadanya fitnah, tiada salah-sangka & tiada sengketa." Untuk dapatkan suasana yang baik, kena mulakan denga diri sendiri dulu, baru yang lain akan follow. Jom kita amalkan hidup bersyariat!!.InsyaAllah. Hanya DIA Yang Lebih Mengetahui ^~^
 
 
 



Tuesday, February 18, 2014

Be Positive

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi waktu untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
 
 
Untuk tika dan saat ini,
Hati bagai dibelah-belah,
Jiwa sepi tanpa tindakan,
Fikiran melayang memikir kedepan.
 
Bila berada di iron negatif
Hati gundah gulana,
Jiwa meronta-ronta,
Fikiran menurut serta.
 
Ya Allah,
Pencipta Agung Yang Maha Berkuasa,
Tetapkan hati dan diri ini dijalanMU,
Jauhkan dari dibelenggu anasir begini.
 
HambaMu yang lemah ini, 
Mengadu meminta simpati,
Mohon diampunkan segala dosa lalu,
Diberikan kekuatan untuk menempuh ranjau ini.
 
Ya Rabb,
Tunjukkan jalan yang engkau redhai,
Berkatilah usaha yang kecil ini,
Moga beroleh ketenangan dan rahmat dariMu Illahi.
 
 
 

 


Sunday, February 9, 2014

~Menjemput Syukur~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur atas segala nikmat kurniaanNya yang memberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Yang Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^


Ayat-ayat cinta dariNYA yang tiada yang benar melainkan yang benar belaka. InsyaAllah, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ni cukup sebenarnya. Cuma kita ni kadang-kadand tak mampu control nafsu diri untuk dapatkan yang lebih dari tu, betul tak??^~^. Setiap yang Allah kurniakan kepada kita itu sebenarnya itulah yang selayaknya kita dapat, Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan (flash-back balik konsep kehendak & keperluan) (",)
 
Dah dua bulan tazkirah di majlis tahlil ofis bercerita mengenai menjemput syukur. SubhanAllah, topik yang sangat menarik even dah banyak kali dengar dan baca pun sebenarnya. Tapi, itulah lumrah manusia sentiasa perlu diingatkan. Bersyukur dengan hati, bersyukur dengan lisan bersyukur dengan tindakan. Macam-macam cara yang boleh kita lakukan asalkan niat dan cara yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan syariat. Cuma, yang paling utama segala yang kita dapat, segala yang jadi dalam kehidupan seharian kita adalah aturan terbaik dariNYA, sepatutnya setiap saat kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakan nafas untuk terus melakukan kerja seharian.
 
Andai dikurniakan rezeki yang lebih, bersyukur dan berkongsi pada yang memerlukan..
Andai dikurniakan rezeki yang seadanya, bersyukur dan lihatlah mereka yang tidak makan, minum & tidur di Gaza & Palestin sana..
Andai dikurniakan keluarga yang penyayang, bersyukur dan hargailah mereka sebaiknya..
Andai dilanda dugaan & ujian yang berat, bersyukur & pandanglah pada mereka yang lebih berat dan terdahulu diuji..
 
 

 
 

Sunday, February 2, 2014

~weekend~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Yang Maha Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.^~^
 
Alhamdulillah.. even mata dah nak macam panda & badan minta direhatkan. Tapi, blogging tetap blogging, teman setia dikala suka dan duka, diari hati yang sentiasa mengingatkan diri akan hakikat kehidupan sebab lumrah manusia sering lupa dan alpa akan kehidupan dunia yang penuh dengan pelbagai "games". ^~^
 
 
Melalui minggu yang penuh dengan aktiviti sempena majlis akad nikah & resepsi sepupu. Barakallahulakuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair to my sweet cuzen Kak Ina for your wedding. Selamat bercinta hingga ke jannah. (",). Seronok walaupun penat untuk majlis akad nikah since dapat masak+basuh pinggan+mengemas bersama-sama sepupu (deqsu tolong sikit2 je pun setakat goreng ayam+lap2 pinggan..huhu). Time wedding ada catering. So,tak ade la nak beraktiviti sangat kan. (",)
 

credit pic to my cuzen pika in her sister wedding. My pic??of coz la tak ade kan.. huhu.. as usual..^~^

Meriah sangat majlis kali ni since dapat jumpa ramai makcik2 & pakcik2  saudara serta sepupu2 yang dah lama tak jumpa dan apa lagi, soalan demi soalan deqsu dapat since ramai yang baru tau majlis disember yang lepas. hee (",). Apa-apa pun syukran syazilan buat yang mendoakan dan memberi kata-kata nasihat kerana ianya satu doa amen ya rabb. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan dan moga dapat menjaga diri dan mempersiapkan diri untuk tanggungjawab akan datang. ^~^.
 
 
Ok, just it.. Let's continue reading this novel.^~^. I need take a time while reading this novel since too many knowledge & tips need to remember & practice. Everyone should also read this book not only bride/groom to be but all because knowledge is such an expensive & wonderful thing in our life. Read & practice and it be more sweet if you can share to the others. Make a dream with it.InsyaAllah. Hanya DIA Yang Lebih Mengetahui. ^~^ ~fourmonthtogo~