Showing posts with label part of life. Show all posts
Showing posts with label part of life. Show all posts

Friday, April 24, 2015

Salam Jumaat :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus rukuk seta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Finally..
blog updated.. ngeh3.. :)
Rasa lama sangat nak menjenguk ke sini..
Apa lagi nak menaip kan. memang lama dah tinggal.. huhu..

Insha-Allah, one day.. ada kelapangan deqsu akan update blog macam dulu.
bagi settle dulu satu dua benda naa.. :)

Hidup kita adalah satu perjalanan sementara menuju akhirat..
betulkan niat untuk setiap yang kita lakukan..
Jom isikan dengan perkara bermanfaat.
Tingkatkan amal dan iman.
 

Salam Jumaat :)

Sunday, February 9, 2014

A Dream Part II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk meneruskan penulisan di diari pink yang serba kekurangan ini. Segala yang baik datang dariNya Yang Maha Mengetahui. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
At this moment while I'm typing this entry, I'm just crying. It suddenly happens. But, no worries since its for happiness ^~^. Alhamdulillah, thanks Allah for this feeling. Actually, deqsu just stop kejap dari baca novel "Cinta High Class" tadi dan terfikir+berangan sambil cakap dalam hati "..bestnya jadi macam Dr. Muslih & Qaniah..". (ayat-ayat yang selalu kaki novel/drama berangankan.. nak jadi seperti watak dalam cerita..hehe). Tapi, deqsu fikir lain since I know this a real story from both of them my murobbi di alam maya (",) untuk kita ambil iktibar dan contohi sebab segala yang diusahakan/dilakukan berlandaskan sunnah Nabi Muhammad dan para sahabat yang lain. Moga rumah tangga mereka sentiasa dilimpahi mawaddah dan warahmah. InsyaAllah. (",).
 
Opening je dah panjang kan..hehe (maafkan saya..huhu). Misi "A Dream" kini disambung.. Continue dari entry "A Dream Part I". Misi bermula dengan memperbaiki satu-satu kekurangan yang ada especially dari segi aurat. Memang diakui diri ini juga banyak khilafnya, walaupun sudah berbekal ilmu agama dari didikan mak abah & guru-guru disekolah dulu. Tapi, pengaruh alam sekeliling membuat kan diri ini leka.( full story in Hijrah entry). Jadi, masa tu dah berazam akan cuba perbaiki satu persatu & berazam untuk terus istiqamah. Mula-mula memang tak yakin dengan diri sendiri untuk jadi seperti Qaniah. Tapi, deqsu niatkan untuk kebaikkan dan kebahagian diri, mungkin bukan untuk dapat ganjaran didunia, tapi diakhirat kelak, InsyaAllah.. ^~^
 
Hari demi hari, bulan demi bulan hati ni semakin tenang. Alhamdulillah. ^~^. Namun dugaan demi dugaan pula datang menjelma. Seperti yang dilalui oleh orang lain, diri ini juga pernah ada rasa untuk dikasihi. (kononnya nak ada la kawan time tengah stress dengan study, then praktikal + kerja plak.) Tapi, kuatkan hati "no more love before nikah" that's my principe even masa last year dekat u ramai yang dah ada calon dan ada pulak yang dah nak tunang+ kahwin semua tu. (dalam hati, sabar jela..just follow the flow. Just be the best, insyaAllah u get the best.^~^. Diri di"busy"kan dengan jadi workaholic then, bila kat rumah "busy"kan pulak diri dengan buku+ blog. Nak jadi baik, ilmu kena sentiasa ada, nak terus istiqamah, iman kena kuat & nak Iman kuat hati mesti dekat dengan Allah ^~^.
 
Hari demi hari ditempuh dengan pelbagai "games" dunia. Banyak onak & cabaran yang harus dilalui, Kadang-kadang jadi in out jugak bila terlalu stress dengan kerja. Tapi, Alhamdulillah, that's the reason I'm crying coz Allah always give me chance, DIA sentiasa hantarkan peringatan dan hikmah atas setiap yang jadi. Ya Allah, terlalu baiknya engkau pada hambaMu yang kerdil ini. (T.T). Walau kadang-kadang ada je negative thinking dalam mind ni. Cepat-cepat diingatkan agar setiap yang jadi ada hikmah yang membahagiakan diri.
 
Alhamdulillah.. My dream come true, mungkin tak fully jadi macam Qaniah, but part of it. And the other part of dream is about how I meet my future partner and Alhamdulillah, Allah kabulkan. Diaturkan satu aturan yang baik dan cantik. Moga redha Allah sentiasa bersama dengan perancangan seterusnya nanti. InsyaAllah. Tak salah kan bercita-cita untuk jadi dan dapat yang terbaik?? Yang penting mulakan dengan diri-sendiri dan niat keranaNYA. InsyaAllah.. Jom teroka lagi ilmu+knowledge sambil tu jom kita bina "dream" seterusnya..hehe.. ^~^.
 
 
 
 

Sunday, January 26, 2014

"A Dream" Part I

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk terus bernafas dibumiMu Ya Allah Pencipta Yang Agung. Selawat serta salam buat Junjuangan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

Melalui minggu yang agak mencabar membuatkan diri ini keep silence dari dunia blogging untuk seminggu lamanya (cewah ayat skema alasan tak update blog..hehehe ^~^). Tapi setiap ujian dan dugaan yang datang dalam hidup ini perlu dilalui dengan senyuman dan semangat juang yang tinggi selagi ianya tak tak merosakkan apa-apa yang berkaitan maruah dan agama. Please agree with this statement ok..^~^..

Back to the title for this entry "A DREAM", entry yang dah dekat nak 2 bulan deqsu tangguhkan since idea in out bila tengah menaip.huhu. Dalam tempoh 2 minggu yang mencabar ni deqsu hadiahkan diri dengan ke kedai buku dan kedai kucing sebagai terapi diri. So, berkesempatan untuk beli novel tarbiyah "Cinta High Class" by Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi. Dan saat bait-bait dalam novel ni diterokai, TING!!! (ala-ala gambar mentol tu^~^ terbayang diminda). Yes, got back the idea of "A DREAM" entry. Alhamdulillah...

Buat yang mengikuti blog pink yang tak seberapa ni, akan pernah terbaca sinopsis buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" dan novel "Cinta High Class" adalah gabungan cerita darinya. Deqsu start baca buku "Pemilik Cintaku" masa semesta 5 di UUM area 2009 dan tiap kali baca mesti berangan nak jadi macam Qani'ah dalam buku tersebut.

Seorang muslimah yang sangat menjaga batas pergaulan dalam hidupnya walaupun aktif dalam akiviti dikampus dan dilanda dugaan dari insan2 yang bergelar lelaki. Sangat respect dengan cara Qani'ah dalam menolak segala lamaran dan pinangan even dari insan2 yang hebat dari segi agamanya. Baginya pelajaran adalah yang utama saat itu  dan hanya insan yang betul2 hebat disisi Allah sahaja yang akan dapat menambat hatinya dan semestinya bercinta selepas nikah menjadi prinsip hidupnya. SubhanAllah di zaman serba moden & mencabar ini, masih ada lagi insan seperti Qani'ah & start from that I have dream to be like her. That's my dream if u ask me about my planning for future partner on that time.

But before that, I was thinking is it possible to be like her?? @ it just a script/imagination of the script writer?? huhu.. to many question mark on that time since rasa macam diri ni tak boleh nak buat macam mana yang Qani'ah buat. Tapi tak salah kan kalau bercita-cita macam tu?? Cumanya,  orang cakap angan-angan tanpa usaha ibarat pokok tanpa buah, tiada hasilnya. Makanya kalau nak "dream come true" perlu lah dengan action seterusnya  "man jadda wajada" sesiapa yang berusaha, dia pasti berjaya. InsyaAllah. So misi bermula.. ^~^.. To be continue...



Monday, January 13, 2014

~Life~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus rukuk serta sujud padaNYA Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Niat dihati nak teruskan entry yang dah agak lama deqsu keep in mind " A Dream". Tapi, belum sampai masanya lagi kot untuk di"entry"kan kat sini.huhuhu. Bukan semua yang kita plan @ yang kita nak kita dapat kan? Dan bukan semua jugak kehendak orang lain yang kita boleh turuti dan penuhi betul tak? Kita ni manusia biasa, yang tak lepas dari salah & silap. Dan kadang-kadang orang tak faham dengan apa yang kita fikirkan. emmm... (T.T). That's a life ^~^. Tapi, hakikat hidup bahagia yang sebenar adalah bila kita lakukan semuanya kerana ALLAH. Jom usahakan!!! (",)
 
 
Tapi, yang penting kita kena ingat, segala yang jadi dimuka bumi ni ada reason yang tersendiri. Kadang-kadang kita tak perasan pun suatu perkara yang buruk jadi dekat kita tu sebenarnya baik untuk kita dan kadang-kadang benda yang kita suka untuk lakukan sebenarnya tak elok pun untuk kita. Ini semua sebagai tarbiyah untuk terus dekat denganNya Pencipta Yang Agung. So, buat sahabat-sahabat diluar sana, lalui setiap yang ujian yang datang dengan tenang dan always think positive OK? (ingatan penting untuk diri sendiri jugak.heee ^~^)
 
 
Tetiba malam ni keluar entry yang beremosi.hehehe.. Plan nak tulis lain, lain pulak jadinya kan. But, I just have such an experience weekend. Banyak benda yang 1st time deqsu buat dalam minggu ini; last minute decision, nervous, risau, kelakar, malu dengan diri sendiri dan macam-macam rasa pun ada. Hehehe. Tapi, pengalaman hidup mengajar kita untuk lebih matang. Moga segalanya mendapat berkat dan redha Illahi. InsyaAllah.
 
 
Opps..12 o'clock already..
Its Monday... ^~^
Time to sleep...^~^
Have a such beautiful day...
Bismillah... (",)


Friday, January 3, 2014

~Hakikat Bahagia~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih diberi ruang waktu untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.

Dalam kesibukan nak 'closing account', deqsu still nak update jugak blog.. "release stress" katakan. ^~^. Stress ke?? Actually, tak pun cuma otak ligat berfikir sesuatu.. emm.. May Allah bless on us always ^~^. Hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang. InsyaAllah.

Agreed dengan ayat cinta dariNYA. Its life all about. Bahagia wujud bila kita redha dengan setiap yang berlaku (",)
Dan tetiba lately ni rajin layan nasyid 'hakikat bahagia' by UNIC
(one of favorite song masa zaman sekolah dulu)

"HAKIKAT BAHAGIA"

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
 
 Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki 
 
 

Wednesday, January 1, 2014

Blog & Me 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (",).
 
Actually, entry ni nak update tahun lepas lagi (2013 yang baru meninggalkan kita beberapa jam yang lepas.huhu) Tapi, disebabkan line yang agak "malu-malu kucing" semalam menyebabkan deqsu tertido dengan entry separuh didepan lappy (sungguh tragis rasanya tak dapat memenuhi quota 2013.. sangat mengada ok^~^hee).
 
Start semalam wall2 fb dipenuhi dengan "Hepy New Year 2014" (oh no, already 2014 meh?) Teringat conversation whatsapp bff pagi semalam, happy cerita pasal azam dan deqsu kebetulan pulak pagi2 lagi sibuk dengan working yang tetiba semua urgent (suka macam tu tau, in one time I will be super-duper busy even bukan buat kerja last minute pun. Sampai semua acc dept akan tau kalau meja clean je means deqsu just go through dengan daily work(since suka buat kerja dengan meja kosong ala-ala takde kerja gitu.hehe). Tapi, kalau file & paper berlambak atas meja sampai tak cukup ruang tu means I have a special work to do. (When it come a special work, boss will find me..why??until now, it always been question mark for me.)~ macam luahan perasaan pasal kerja plak kan..hehe~
 
Tapi, apa-apa pun thanks to my dear sisters in acc dept yang always support me to face with all the special work. Even it just a word of "sabar ek dik, bos suka awak la tu sebab tu suka bagi banyak kerja kat awak je" it comfort me ^~^. Plus dengan perangai "gila-gila" kak fiza yang suka cari pasal tapi baik hati tu. Menceriakan lagi acc dept. Miss ira plak, as usual always give moral support and very understanding cara kerja deqsu yang biasa tapi I will make sure it will be perfect (workaholic la katakan..hehe). Thanks guys (",) make the last day of 2013 in a sweet mood even kerja banyak sangat2 semalam.
 
Oppss lupa pulak pasal conversation dengan bff tadi, tengah yang lain ber'conversation' pasal azam tetiba deqsu menyelit dengan "ntah ek, tak tau nak letak azam apa" blurr jap time tu.hehe. Then, thanks pada yang ingatkan deqsu that I will change the status this year (hoho..am I?? tetiba nebes plak kan..heheh). So, wait for my azam in the next entry...^~^
 
Emm 2013 meninggalkan banyak kenangan bermakna buat deqsu. Terlalu banyak sampai tak ingat. (boleh tak macam tu??hehe..). But, seriously 2013 buat deqsu jadi kuat, jadi diri sendiri, jadi lebih matured & the most that I want to say "Thanks Allah, Alhamdulillah.. you make my dream come true even when did the doa, I always think, is it possible? " And now, believe it or not. "TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN KASIH SAYANG ALLAH" Alhamdulillah 99999xxx.
 
Then, what I want to share here, setiap yang kita lakukan dalam kehidupan seharian biarlah keranaNya. Andai kita ingin lakukan sesuatu perubahan dalam diri kita, lakukan secara perlahan @ kecil dahulu yang penting istiqamah. Takut, kalau perubahan yang terlalu drastik, diri sendiri akan sakit dan takut jugak kita akan terpesong dari tujuan asal. Moga segala amalan kita diterima olehNya dan Moga hidup kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah kerana hanya DIA sebaik-baik Pelindung & DIA juga sebaik-baik Penjaga.
 
Once deqsu tulis macam ni, bukan bermakna deqsu perfect & gembira tanpa dugaan. Tapi, bahagia itu wujud bila kita redha dengan ketentuanNya. Diri ini jugak ada turun naiknya, kadang-kadang kita tak boleh nak kawal emosi. Tapi, atleast dengan sedikit usaha kita boleh minimumkan tahap stress dan cara menghadapi sesuatu perkara itu, InsyaAllah (deqsu tulis ni untuk ingatan diri sendiri yang sering leka & alpa ^~^). Moga Allah redha, sesungguhnya DIA Maha Mengetahui. (",)
 
 
 
 
 

Saturday, December 28, 2013

~Emo oh emo~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih dikurniakan waktu untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabb Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Shh.. did I need to keep silent??( so, this entry will become wordless Saturday). ^~^. Alhamdulillah, I can smile once I'm keep typing right now. I don't know why, lately I just become too emotional. I am too sorry if it might hurt the others. But, my silent not meaning I'm agreed in what happen, not meaning I disagreed. But, I keep thinking the best way to speak out. Oh no.. that my weakness.. Sometime we need to keep silent to make the others happy and satisfied right??
 
BUT...
That what I had think before..
 
Today, I have learn something. Yes, we need to keep silent to avoid any sins from the speech. But, it doesn't mean we need to avoid with the others. Please clear your mission and vision first to make the others understand what the "Principe" that you hold. If you want the others respect to you,  then respect the others first..^~^. Don't run from the fact of life.. but, face it with our "IMAN". If you think, you can't? Then, lets topup our "IMAN" first. May Allah bless us always.
 

 
 
 
 


Wednesday, December 25, 2013

~Life of 2013~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumiMu Ya Allah Pencipta Yang Maha Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Tak sampai seminggu akan melangkah setahun lagi tahun masihi 2014. Emm, pejam celik sekejap je setahun berlalu. Bila baca balik entry-entry sebelum ni, rasa macam baru je menaip semalam. Tadi deqsu sempat tengok balik entry azam 2013 yang agak huru-hara since tahun ni memang rasa tahun untuk ber"honeymoon" (means tahun yang deqsu tak plan apa2, just follow the flow and be better than last year. Thats my hope!!).
 
Tapi, perancangan Allah mengatasi segalanya. Banyak UNEXPECTED EVENT tahun ni, terlalu singkat semua perkara yang jadi. Dari kisah sedih, gembira, terkejut, speechless semua ada dalam tahun ni. Alhamdulillah, setiap yang jadi dalam kehidupan kita seharian ni pasti ada sebab musabab yang Allah nak beri pada kita supaya kita lebih beringat tujuan kita dihidupkan didunia ini. SubhanAllah.. Allahuakbar..
 
 
 
Banyak benda baru yang deqsu belajar tahun ni, belajar untuk jadi lebih tabah, belajar untuk menerima hikmah dari setiap yang jadi, belajar terima kenyataan, belajar untuk menghadapi saat-saat tak terduga, belajar jadi seorang yang lebih matang, belajar untuk jadi lebih istiqamah & belajar menjadi hamba yang tahu akan tanggungjawabnya. Semua tarbiyah dariNya Yang Maha Penyayang. Alhamdulillah (",).
 
Tika dan saat ini, cuaca mendung diluar seolah-olah memahami rintihan hati yang sayu & sebak, Tak tahu kenapa?? Mungkin diri ini masih belum bersedia meninggalkan tahun yang bermakna ini. Tahun depan, satu lagi tanggungjawab bakal dipikul. Bersediakah diri ini?? Emm, tiada jawapan yang pasti. Bukan tak boleh menerima kenyataan, bukan sesal dengan keputusan yang dibuat. Tapi, terlalu risau akan ketidaksempurnaan diri ini yang bakal dikongsi dengan orang lain.
 
Buat dia, bakal imamku andai diri ini tidak sempurna, mohon jangan dibenci, jangan disesali, jangan dibiarkan. Tapi, tegurlah dengan teguran yang membina, kata yang bermakna dengan ikhlas dan jujur. Bukan juga pujian yang diharapkan, cukup hanya memahami dan membantu diri ini untuk menuju Syurga Firdausi.
 
 
Moga dipermudahkan segala urusan dalam setiap yang dilakukan. Moga redha Allah sentiasa mengiringi hari-hari kita. Moga dijauhkan dari segala marabahaya dan bencana. Rabbi Yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair. ^~^. InsyaAllah..
 


Wednesday, December 18, 2013

Istikharah Oh Istikharah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^. 

Just nak sharing pasal istikharah, blog yang deqsu selalu lawati beberapa bulan yang lepas. Deqsu dah penah lalui dan lakukan dan mungkin jugak untuk panduan kawan-kawan kat luar sana. InsyaAllah. ^~^ Yang penting yakin dengan setiap yang kita lakukan dan yakin dengan takdir yang dah ditentukan olehNya. 


 Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.


Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:


g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”  

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


credit to; shafiqolbu




Thursday, December 12, 2013

~Syafakallah~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Maha Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.


Tengah blogwalking tadi terjumpa entry yang menarik ni mengupas tajuk sakit dan musibah. So, deqsu just sharing is caring a part of entry untuk manfaat bersama. InsyaAllah.. ^~^

Ketahuilah wahai saudaraku -semoga Allah merahmati kita semua- telah menjadi ketetapan dari Allah Azza wa Jalla bahwa setiap manusia pasti pernah mengalami sakit dan musibah selama hidupnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman :

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’ (Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk “. (Surah  Al-Baqarah : 155-157).


(p/s: Get well soon, everything comes with a reason. Maybe you didn't get a full rest before. Then, Allah give it now. So, keep strong and believe on HIS faith. May Allah Bless you always. ^~^

 

Sunday, December 8, 2013

3 in 1 ~ Part of Life~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

 Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
3 in 1 Part of life (dah macam iklan white coffee 3 in 1 pulak kan?hehe). Alhamdulillah, 27 Muharram 1435/ 01-12-2013 (macam cantik je date ni..hehe) selesai kenduri 3 in 1 buat family Hj Buyong & Hjh Rohani Alhamdulillah. Teringat mak pernah cakap dalam pertengahan bulan September dulu, nanti nak buat kenduri 3 in 1 la kat rumah ni, lama dah kita tak buat kenduri. Masa tu semua tertanya-tanya, kenduri apa pulak kan sampai 3 tu?? Bila kakak cakap, kenduri sunat aidil/khalish, aqiqah alya/khadeeja & kenduri deqsu. Opps, at that time memang macam tak boleh terima, kenduri deqsu??hoho..i'm not ready ok! (at that time la, tapi semua yang terjadi atas ketentuan & kehendak yang Maha Esa dan secara tak langsung impian mak pun tercapai. Alhamdulillah ^~^)
 
Selain kenduri 3 in 1, deqsu pun dapat something 3 in 1 jugak dalam tempoh 3 bulan ni, unexpected event in my life. 1st thing - tak pernah terlintas @ planning akan bertemu dengannya si pemilik tulang rusuk insyaAllah ^~^, cantik sungguh aturanNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 2nd thing - pengalaman hidup yang sangat-sangat bermakna dari sesi taaruf, pengalaman melalui pelbagai ujian dari pelbagai insan yang jauh mahupun yang paling dekat dengan deqsu, pengalaman menguruskan sendiri segala kelengkapan dan persediaan untuk majlis, pengalaman bekerja disaat yang boleh dikategorikan "stress" tapi, still boleh performed kerja. Alhamdulillah, it make me strong ^~^. 3rd thing - I've got what I had dreamed before. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. ^~^
 
 
Alhamdulillah, dah seminggu selesai majlis yang cukup sederhana dan pakaian yang simple (kenapa kena mention kat sini? sebab semua duk tanya, pakai baju ni je ke? yes, i'm a simple girl, no need to be crowded, no need to be the othes, just being my self (:). Yang penting, pakaian yang menutup aurat dan moga majlis yang dijalankan mendapat keberkatan dariNYa :). insyaAllah. Kalau ada yang bertanya dan tertanya-tanya siapa empunya diri??, kenapa menjadi pilihan deqsu??, why so sudden?? My answer is simple : "If you place your heart in the hand of Allah and HE will place it in the person who HE believes deserved it since life is journey from Allah to Allah, HE know what the best for us"
 

Turun naik hidup ni, aturan terbaik buat insan yang sering lupa dan lalai akan tanggungjawabnya macam deqsu ni. Cuma, bagi deqsu ini mungkin hikmah dariNya atas hijrah kecil dalam diri ini, SubhanAllah.. Allahuakbar .. Sekadar untuk perkongsian dan manfaat bersama, jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan, mungkin kita akan kehilangan sesuatu yang kita suka dan insan sekeliling kita akan memandang serong/pelik. Tapi, yakinlah dengan janjiNya ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah. Moga diri ini dapat terus istiqamah dijalanNya dan terus memperbaiki diri untuk kebaikan diri dan ummah kelak. ^~^
 

Special thanks for my luvly family for support and " Selamat Bersunat" to both my sweet nephew aidil & khalish. Really loved all of you. Thanks Allah for giving me such a lovely and caring family. Sempoi je semua in pink suite except my brother..huhu^~^
 

Thanks my dear bff pn. awe, cik umie and special thanks for cik eira for everything. Thanks guys for really understand me and keep all those thing in secret mission..hehe ^~^. Thanks also to my dear frens nor & intan (both of u must be in big day OK??hehe). Opps..many thanks siti for the simple, natural and nice make-up ^~^ really like it (:. Thanks for coming my dear sweet sis kak wiwie & kak ayit (thanks also since approved my e-day..hehe). ^~^
 


 
Pic of memory from my cousin kak ecah, thanks for coming & helped ^~^. Really appreciates for pakngah concern and ayin helped. Syukran jazilan buat semua jiran tetangga serta saudara mara yang banyak membantu dalam melancarkan majlis 3 in 1 ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua. ^~^
 
(p/s: Doakan deqsu agar tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam hidup ini. Moga ikatan ini mendapat redha dari Illahi dan dipermudahkan jalan untuk ikatan yang suci dan halal disisiNya.. InsyaAllah.. Moga kita semua sentiasa dalam redha dan lindunganNya. Jom sentiasa update iman & ilmu kita dan amalkannya serta audit diri. Andai ada tersalah kata/laku/tulisan mohon maaf dan amat dialukan untuk sebarang teguran. Yang baik hanya dariNya Yang Maha Esa, yang buruk, datang dari diri ini yang kerdil serta serba kekurangan. ^~^)