Wednesday, July 3, 2013

Terapi Diri (",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..masih diberi ruang untuk terus menghirup udara segar dibumiMu ini Ya Rabbi, pencipta Yang Maha Esa.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Misi untuk menulis rentetan percutian ke Korea terpaksa ditangguh lagi dek kerana hari-hari yang berikutnya, altenari dah tak sama dengan yang sebenar..hehe.. So, bagi masa nak ingat semula ye nama-nama tempat tu..hehe (",). Yela, sebab utama deqsu share story kat blog ni untuk berkongsi rasa dan tempat-tempat menarik di negara k-pop itu serta sebagai rujukan untuk kawan-kawan yang ingin ke sana nanti. Since blogger-blogger yang lain banyak membantu deqsu untuk memilih destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi. Thanks Blogger's. (",).

Untuk saat dan ketika ini, apa yang ada dalam fikiran hanyalah REST. Melalui bulan-bulan yang mencabar ini membuatkan deqsu terfikir untuk bercuti panjang..(Waa..bestnye kalau ia menjadi kenyataan kan??..but. it can't happen ok.wake up dila!!!!..it just a dream..huhu). Ya, its only a dream since we are too busy lately. And when I just think, why the problem come out  in a same month but in different year??Ottoke?? emmm...

Just be strong and put the effort as long as u can do.. FIGHTING!!! May Allah Bless us always. InsyaAllah.Moga Allah kuatkan hati ini dan dijauhkan dari perasaan marah serta hasad dengki, iri hati dan membenci sesama yang lain. Setiap aturan Allah itu ada sebab musababnya. Jadi, kita kena redha dan tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Untuk terapi diri, i just bough this two book this month:

Titisan Mahabbah by Sis Diana Amir
&
Allah Tidak Pernah Jauh by Sis Suhana Amiril
 Let's read...(",)


Monday, July 1, 2013

Korea Trip : Seodaemun Prison + Gwangjang Market

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur atas segala nikmat kurniaanNya.. Alhamdulillah, masih diberi ruang untuk terus bernafas, rukuk serta sujud dibumi Allah ini.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
~
~
To be continue...
~22-05-2012~
Seodaemon Prison visit

Perjalanan diteruskan ke destinasi yang dituju, turun je dari subway terus mecari penjara. Orang lain, tak nak masuk penjara, yang kami sibuk cari penjara kan..hehehe.. Apa-apa pun setelah hampir setengah jam jugak la mencari, kami tiba di "Seodaemun Prison History Hall" dan dikenakan bayaran 1,500 won. Actually, unni yang pilih tempat ni, tak tahu kenapa. Masa nak masuk ke sini dalam fikiran deqsu mesti bosan kan tengok penjara. Tapi, once masuk je terus teruja untuk lebih mengetahui cara kehidupan banduan di dalam penjara. Let's picture explain the meaning of prison..

one of tempat perbicaraan berpalang dan ianya berkunci dan kami tidak dibenarkan masuk. Actually tegak juga la bulu roma sepanjang melalui bilik-bilik kurungan disini. Tambahan pula, masa kami masuk ni hanya kami berdua dan dua orang lagi warga tempatan.

 Seriously terkejut + rasa nak menjerit je masa lalu bilik ni, memang nampak macam real je orang dalam bilik kurungan ni..huhuhuhu.. Dalam penjara ini juga ada tercatatnya sejarah-sejarah banduan lama.


Ni antara replika keadaan banduan didalam bilik kurungan.

Selain dari melawat kawasan sekitar penjara dan bilik kurungan, disini juga disediakan satu bilik teater untuk melihat video banduan dan sejarah penjara ini sendiri. Actually, banyak lagi replika-replika aktiviti banduan dan cara kehidupan mereka disini. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sebahagian replika dan tempat aktiviti banduan. Antaranya, tempat banduan dijatuhi hukuman gantung. Tapi, melihat dengan mata sendiri sudah cukup menggerunkan. Masa tu, deqsu terfikir, ini baru hukuman di dunia. Macam mana la nanti hukuman diakhirat kelak kan..~Muhasabah diri~ (",)

Yang menariknya juga, ada tempat bermain untuk para banduan.. Interesting, tapi tak sempat nak snap pic pun masa tu.. huhuhu. Kami juga sempat bersembang dengan kanak-kanak yang turut membuat lawatan ke penjara ini. Seronok kanak-kanak tu dapat speaking dengan kami..hehehe.. dan as usual, isu tudung berbangkit dan kanak-kanak ni tahu yang kami mengenakan hijab. Alhamdulillah, kanak-kanak sekarang di Korea  pun telah didedahkan dengan cara kehidupan masyarakat sejagat.

Setelah seharian berjalan, masa untuk pulang ke guest house..time to rest.. (",) Lepas maghrib, kami berjalan pula disekitar Gwangjang Market.. kononnya nak cari souvenir la kan.. Tapi, tengok kat market ni kebanyakkannya jual makanan je + kami terserempak dengan beberapa warga tempatan dalam keadaan mabuk..huhu..takut la pulak kan. Jadinya kami berjalan ditempat yang ramai orang dan sempat singgah di beberapa kedai souvenir dan sempat grab chopstick + sudu panjang..hooyee..favourite unni sampai sekarang tu..(",)

To be continue for next day & next destination..(",)
Thank for reading..


Sunday, June 23, 2013

~Deep from heart will be notice to the other Heart~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..syukur padaNya atas peluang yang diberi untuk terus bernafas, rukuk serta sujud di bumiMu ini.. Alhamdulillah.. selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.. (",)

Entri kali ini bukan nak continue story journey sebelum ni. Tapi, hanya sekadar nak mencoret + menconteng dinding di blog ini..hehehe.. (story journey deqsu akan di sambung bila moodnya datang ye).. (",) . Sebab kalau menaip time tak ada feeling, alamatnya tak sampai maksud + merapu jela nanti jadinya kan.

"nukilan dari hati,pasti terkesan pada hati"

Kata-kata yang sering diungkap teman deqsu, asma'. Sangat mendalam dan bermakna. Kalau tak percaya, cuba buat ye..hee (",). Maknanya kalau apa yang ingin disampaikan datang dari hati yang ikhlas dan niat yang baik.. pasti ianya dapat dirasa dan difahami oleh yang mendengar/membaca. Sebabnya kalau niat dan cara kita kurang betul, kita mesti tak dapat nak sampaikan maksud/ rasa yang sebenar.

Bagi deqsu sendiri, masa tengah blog walking, baca buku atau menonton rancangan-rancangan ilmiah mesti akan rasa lain if sesuatu itu disampaikan dari hati bak kata orang putih "deep from heart" oleh penulis/penyampai itu sendiri. Kata-kata itu akan terkesan pada diri deqsu dan secara automatik kita akan rasa seronok untuk terus membaca dan memahami mesej yang ingin disampaikan. That's why la deqsu suka untuk menulis di blog sebab apa yang deqsu rasa dalam hati, deqsu dapat luahkan dan ia memang berguna untuk peringatan diri sendiri dan juga orang lain.InsyaAllah..Yang penting letakkan kebergantungan hanya padaNYA yang Esa.(",)

Sedangkan dalam memasak pun orang selalu cakap, nak masak kena datang dari hati dan penuh kasih sayang, baru sesuatu masakan itu jadi sedap even kita just masak telur goreng sekalipun. Jadinya tetapkan niat yang baik dalam hati kita sebab setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat . Jom  audit balik hati & niat kita. (",).

 
Salam Nisfu Syaaban..Selamat mempertingkatkan lagi amalan...(",)
Bersihkan niat & hati serta lakukan semua keranaNya..
Counting for Ramadhan..15 days more..(",)
 








 

Tuesday, June 18, 2013

Korea Trip : Seoul Palace Visit

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih terus diberi ruang untuk terus rukuk dan sujud padaNya yang Esa. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dapat bertemu Syaaban.. Ramadhan bakal menyusul kemudian...(",)..

22-05-2012
~~Seoul Palace visit time~~
~
~
Today mission was palace visit..(ala-ala rombongan sekolah pula kan melawat tempat-tempat bersejarah.. hehe (",)..) Antara drama-drama Korea yang deqsu minat adalah yang berkisarkan history tapi ada unsur lucu dan moden. Selalunya, dalam lakokan lokasi cerita history ni orang akan guna studio set tak pun perkampungan lama kan. Tapi, dalam drama korea mereka memang menggunakan istana lama sendiri sebagai lokasi pengambaran. Sebabnya, istana-istana lama mereka ini memang dijaga dan dipeliharpaya kelihatan sama seperti yang asal walaupun kedudukan istana tersebut terletak ditengah bandaraya. Sebelum ini unni pernah cakap, tapi deqsu tak percaya yang mereka akan biarkan kedudukan istana-istana lama ditengah bandar, tambahan lagi di zaman serba membangun ini. Tapi, deqsu silap..mereka amat menjaga dan memang terpelihara. (bila masuk ke dalam kawasan tersebut, kita akan rasa seperti berada di zaman silam..(ecece..hehehe).

Introduction journey kali ni terpanjang la pula kan, semangat sejarah la katakan..hehe.. Ok, journey hari ini dari Sinseol-dong kami menaiki subway ke Anguk untuk melawat ke sekitar palace area Seoul. Bukchon Hanok Village menjadi tempat singgahan pertama kami. Dari stesen Anguk kami berjalan kaki mencari Hanok Village ni, punyalah susah nak cari..Al-maklum la kan, bag-packer.. semuanya sendirian berhad. Tapi, unni ada la juga tanya dengan orang-orang sekeliling..nasib baik unni tau cakap korea..hehe.. nak harapkan deqsu tanya? emmm..memang tak la..tergeliat lidah nanti..hehe..(sikit-sikit boleh la...)..komawo-yo unni.. (",).heee..

Bukchon Hanok Village ini adalah sebuah perkampungan yang masih mengekalkan seni bina asal rumah masyarakat Korea terdahulu. Disini juga kami dapat melihat lakaran asal plan pembinaan rumah disini. Memang cantik dan antik sangat tau. Kami juga sempat menulis kata-kata dan meninggalkan kenangan di guest book di Bukchon Hanok Village ini dan yang paling best dapat tinggalkan wish untuk birthday mak..Saeng-il chukha omma.. Saranghae.. (",)..(Nak selitkan juga disini, pagi- pagi bangun semangat nak call mak.. tengok-tengok jam, baru teringat subuh dekat sini kan awal.. Nasib baik tak call lagi kan..hehe).

Then, kami teruskan perjalanan mencari rumah yang selalu dijadikan set lokasi pengambaran since unni kata rumah tersebut hanya berdekatan sahaja dengan Hanok Village ini. Tapi, cari punya cari tak jumpa..cuma ada la sebuah rumah ni macam rumah unni katakan tu..tapi, pintu berkunci la pula kan..Then berjalan-jalan jela kami sekitar kawasan Anguk sambil melihat rumah-rumah lain yang cantik dan unik dengan mengekal konsep seni bina traditisional. Dan secara tak sengaja juga kami terjumpa rumah yang dijadikan lokasi pengambaran untuk drama popular "Winter Sonata"..kebetulan la pula kan...(",).. Selain itu juga, misi unni untuk mencari 7 @ 9 photo spot (deqsu pun tak ingat..) yang pernah ada dalam rancangan "2 days 1 night" kami teruskan dan just jumpa 2 @ 3 spot je masa tu.. Agak mencabar la juga siap tengok map bagai..(dah macam treasure hunt pula masa tu tau..hehe..)

Next,  Changdeokgung Palace menjadi lokasi persinggahan kami untuk melihat seni bina dan tinggalan istana raja korea dengan bayaran sebanyak 3,000 won. Dalam kawasan istana ini, ada beberapa tempat yang boleh dilawati antaranya tapak istana ini sendiri dan secret garden (buat yang pernah tengok drama secret garden tau kot macam mana keadaan secret garden itu sendiri).. Tapi, deqsu tak boleh nk story panjang since kami tak dapat masuk pun dalam secret garden ni since nak masuk mesti berkumpulan dan ada tourist guard..huhu..(apalah nasib bag-packer macam kami berdua ni kan..emosi kejap..hoho (T.T)..)Then berjalan la kami sekitar Changdeokgung Palace ni, membawa hati yang lara..ecece...


Next destination...dari Changdeokgung Palace, kami melalui Samcheongdong Walkway dan terus ke Seodaemun Prison History Hall.. Melawat penjara la pula kan..(penjara kat Malaysia pun deqsu tak pernah pergi tau..huhu)..bagi tengok gambar je dulu ek...story kemudian sebab rasa dah panjang sangat entry ni..hehe.. (",)..


To be continue.......(^~^)

Thursday, June 13, 2013

Korea Trip : Namsan Tower + Teddy Bear Museum

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Continue reading yokkkk..... 21-05-2012....(^~^)
Namsan Tower..we coming!!!!!!

After berjalan disekitar KBS Building, kami kembali ke guest house untuk solat dan berehat. Tambahan pula kaki dah lenguh2 since tak warm-up dulu sebelum berbasikal dan berjalan jauh tadi kan. Then, petang tu, misi diteruskan dengan menaiki subway dari Sinseol-dong ke Myeongdong. Dari Myeongdong pula kami menaiki bas terus ke Namsan Tower atau dikenali juga sebagai Seoul Tower (merasa naik bas pulak kan..hee). 

Planning asalnya kami akan turun di Namsan Park-gil (cable car) untuk naik ke puncak Namsan Tower. Tapi since dah agak lewat, jadi kami turun di area bawah Namsan Tower.. (ala, tak dapat naik cable car..dah tak dapat nak buat macam dalam drama "Rooftop Prince" tu..huhu..). Penat la jugak mendaki ke atas tu siap bukak kasut lagi..hehe..(one of the best moment..slumber je jalan tak pakai kasut kan di khalayak ramai tu..Tapi, stokin ada lagi untuk cover..hee(",).

Sampai je kat atas, kami beli tiket pakej untuk naik ke Namsan Tower dan masuk ke Teddy Bear Mesuem berharga 14,000 won/person. Masa kami dah menjejak masuk ke tower..tengok orang punyalah ramai..agak sesak la jugak masa tu dengan pelbagai pelancong dari negara lain especially yang beratur untuk naik lif ke atas. Then, follow the flow jela kan beratur sekali..heee.. Finally dapat juga menjejak kaki ke atas sambil menikmati keindahan malam dan lampu yang merelit disekitar bandar Seoul. SubhanAllah..cantik sangat..Sempat la jugak snap2 gambar dengan unni.. Tapi, tak banyak pic yang kami snap since berjalan berdua je kan..jadinya gambar sorang-sorang jela + bateri handphone & kamera dah low since dari pagi berjalan sambil snap pic kan..tak sempat nak cas..huhuhu

Next, kami masuk pula ke Teddy Bear Museum ..(hooyee..my favorite place!!..). Actually since tengok drama "Princess Hour" lagi teringin sangat nak pergi tengok teddy bear yang banyak2 + comel2..Tapi, Museum Teddy Bear ni bukan yang sama dalam drama Princess Hour sebab if tak salah dalam drama tu museum teddy bear dekat Jeju Island yang kalau ikutkan lagi besar dan banyak koleksi teddy bear.. But it's ok, at least dapat jugak tengok teddy bear yang comel sangat ni..hehe..berbagai gaya dan bentuk..rasa nak bawa balik je..hehe..(kalau boleh la..=)..hehe)
Nak bawa balik tak dapat kan, jadinya snap2 pic jela dengan bear2 ini semua.. deqsu jugak sempat beli poskad teddy bear yang comel2 sebagai souvenir. One thing yang deqsu respect dengan masyarakat Korea ni adalah sebab mereka sangat kreatif + bangga dengan culture dan asal usul mereka. Mostly, gaya dan bentuk teddy bear yang dipamerkan adalah mengikut culture dan cara hidup mereka dari zaman dulu sehingga sekarang. So, secara tak langsung kita dapat tau sejarah dan cara hidup masyarakat disana dalam bentuk dan cara yang lebih comel dan menarik.


"Key Locker"..finally, tau la deqsu tempat kunci yang selalu diperkatakan ini. Memang banyak sangat "mangga" yang bertulis yang dikunci disini. Dalam gambar diatas ada ditulis sejarah wujudnya tempat ini, dan apa yang deqsu boleh simpulkan.. kononnya mereka akan menulis janji setia for loving couple la konon kan.. Tapi, kami pun nak juga tinggalkan "mangga" kat sini as a prove yang kami pernah menjejak kaki ke sini. Bak kata unni, next time kita datang sini nak buka balik "mangga" tu. hehehe..insyaAllah..next trip for winter..(",).. We are cominggggggg!!


Namsan Tower, one place yang agak lama kami singgah since semua ada disini.. Hampir jam 11 malam waktu Korea jugak la kami bergerak balik ke guest house..Then,rehatkan diri..tomorrow will be more interesting journey..zzzzzzzzzzzz.. To be continue for the day 4...(",)

Monday, June 10, 2013

Korea Trip : KBS Exhibition

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. masih terus bernafas serta rukuk dan sujud padaNya yang Esa..
Selawat serta salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat..(",)
~
~
Let's continue reading..journey 21-05-2012
KBS Exhibition + Namsan Tower + Teddy Bear Museum (",)
~
~
Selepas hampir sejam lebih berbasikal di Yeouido-dong, kami berehat sebentar dan berjalan disekitar Yeouido Park dan meneruskan misi untuk ke KBS Building (one of TV Station in South Korea)..Dari Yeouido Park kami berjalan kaki ke KBS Building yang mengambil masa lebih kurang 15minit je..Tak jauh pun sebenarnya sebab masa kami jalan2 naik basikal tu kami dah nampak bangunan KBS. Tadaa..we're here..excited kejap ek...heee (",)..Actually teragak-agak la jugak sama ada boleh masuk atau tak kan..
 
Masa kami sampai betul2 depan pintu masuk KBS ini, ada seorang ahjusshi ni panggil kami masuk..Then apa lagi kan..(^~^).. kebetulan masa tu ada rombongan budak sekolah pulak, then kami follow jela..hehe..Teruja sebab dapat tengok sendiri macam mana proses rancangan radio dijalankan sebab kebetulan juga masa kami sampai tu ada rancangan radio oleh artis korea dalam bangunan ini. Selain itu juga, kami dapat melihat sendiri tempat pemberita pembaca ramalan kaji cuaca serta tempat berita dijalankan.

Since kami dibelakang rombangan sekolah tadi, jadi kami juga berpeluang untuk melihat bagaimana rancangan kartun korea dirakamkan. Kanak-kanak dalam rombongan itu juga diberi peluang untuk merakam suara mereka dan kemudian ditukarkan dalam bentuk audio kartun.. comel sangat tau.heee.. (niat dihati nak cuba juga, tapi tak fasih bahasa korea kan..So, tengok pun dah cukup bagi deqsu sebab di malaysia sendiri pun tak penah lagi deqsu melawat ke stesen television.
 

Kiranya kami ke Seoul bukan untuk suka-suka ber'holiday' sahaja ye. Tapi, melawat tempat2 menarik dan menambah ilmu pengetahuan serta memahami culture masyarakat disana dan bukan juga hanya mengikut arus K-Pop itu sendiri. Copp..nak share something yang interesting tentang betapa fanatiknya remaja hanguk ni terhadapa artis favorite mereka. Ceritanya begini, selepas melawat sekitar bangunan KBS kami keluar untuk meneruskan misi ke destinasi yang lain. Kebetulan, artis yang buat rakaman radio tadi  dah selesai dengan rancangan radio mereka. Then, nampak la anak2 muda ni especially remaja a.k.a budak2 sekolah berlari-lari nak tengok artis favorite mereka itu. Isk3..fanatik betul la..hehe..(kelakar pun ada tengok diorang berlari sini sana..hee)..
 
Hari kedua (siang) di Korea yang penuh dengan aktiviti menarik..Daebakkk!!!!. Dapat melihat keindahan ciptaanNya yang indah + dapat tambah knowledge...Allahu Allah.. (",)..Next destination please ????hehehe..to be continue...(sorry, kena buat sampai 3 entry untuk hari kedua ni since banyak aktiviti dan tempat menarik yang deqsu nak share...)

Sunday, June 9, 2013

hati oh hati.....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah...masih terus diberi ruang untuk terus bernafas dibumi Allah yang indah ini..selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat..

Dah hampir 2 minggu tak sempat nak update blog..agak busy sikit dengan part time job + family day KSSB + job dekat office + melayan karenah dan ragam manusia.. .kadang-kadang rasa tak terkawal emosi.. rasa nak marah.. rasa nak nangis..speechless dan macam2 rasa ada.. Tapi, itulah kehidupan..wudhu' & solat adalah sebaik-baik cara untuk membuatkan hati terus tenang dan tabah..

Moga setiap ujian yang mendatang dapat mematangkan diri kita dan menjadikan kita lebih tabah dan dekat denganNya..InsyaAllah.. moga Allah redha dengan setiap tindakan yang kita lakukan..(",).. Tiap kali rasa nak marah/tak berpuas hati dengan sesuatu..istighfarlah dan diam..itu juga cara terbaik..

Moga hati ini serta hati2 disekeliling kita sentiasa berada dijalanNya.. jom ingatkan diri untuk sedia terima teguran dan memberi teguran dengan cara yang betul.. Jom juga tingkatkan ilmu dan amal ( dah lama rasanya tak topup knowledge a.k.a membaca buku..last sekali pun novel "mypi".. walaupun ianya novel.. tapi banyak knowledge serta pedoman yang boleh kita ambil.. sebab deqsu percaya ada mesej yang ingin kak melur jelita nak sampaikan dari setiap novelnya.. nanti deqsu share entry untuk sinopsis ilus & mypi ye)..

So,next nak cari buku baru.. fb & blog sahabat kmp/uum asma' selalu jadi rujukan.. syukran ukthi sebab selalu share perkara dan bahan bermanfaat:).. hati Allah yang pegang..minta dengan Dia dulu..selebihnya usaha..:)

"..Cukuplah Allah ada dan Dia sentiasa ada untukku.."