Tuesday, October 22, 2013

The Right Path (^~^)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya  Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah, weekend baru ni dapat settlekan a few thing dan dapat menghirup udara segar sambil jalan-jalan dekat tasik. Planning asal, nak cycling + jogging dekat area Taman Cahaya Seri Alam. Tapi, Allah dah aturkan perancangan yang lebih baik untuk deqsu. Alhamdulillah.. Dunia ni luas dan cantik. So, dekat mana-mana pun kita boleh lihat KebesaranNYA. Paling simple lihatlah kelangit dan muka ibu/mak kita. SubhanAllah.. Ciptaan Terindah (^~^)

Tapi, dalam masa yang sama jugak, lately deqsu macam messy + lose je. Rutin harian dah tak macam selalu, breakfast & makan malam dah berapa hari skip. Tak lalu nak makan dengan keadaan batuk yang agak teruk. Malam pun susah je nak tidur. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, hati yang perlu dijaga dan pendapat yang perlu dikaji (T.T). Ujian yang harus dilalui sebagai hambaNya yang banyak khilaf. Muhasabah diri balik, solat, baca al-quran dan sabar. InsyaAllah moga dipermudahkan segala urusan.


So, since deqsu asyik messy + loss je. Deqsu nak share 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita. Yup, first thing je deqsu dah buat ; skip makan pagi (that why la lose je kan..huhu). Then, perkara yang kelima menghidu udara yang tercemar ( terlalu banyak pembakaran terbuka dekat area rumah..huhu). Lastly, perkara yang ke 6 (cumanya diterbalikkan, kurang tidur..huhu). NEED TO CHANGE ok DEQSU!!

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. (^~^) walaupun diuji dengan perkara lain tapi bab kerja Alhamdulillah Allah permudahkan. Teringat deqsu semalam, tengok stick note yang tertampal tepi meja, banyak kerja-kerja yang perlukan diselesaikan dan disegerakan. (dalam fikiran dah fikir mesti tak boleh settle ni dalam sehari..huhu). 

Then, deqsu amik masa 5 min before mula kerja dengan tarik nafas, selawat dan zikir mana yang termampu. Alhamdulillah, dipermudahkan.. before pukul 3 petang everything DONE!! ALHAMDULILLAH. unexpected sebenarnya. Tapi, tula kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (",). Moral of the story, jangan cepat mengeluh bila diuji dan ingatlah DIA disetiap detik kita. Pegang kata-kata dalam surat cintaNYA ini:

  Moga Allah redha (^~^)

Thursday, October 17, 2013

~Hikmah Audit Diri~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus bernafas, rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Hampir seminggu lebih "diary pink" ni tak ber"update", ikut lesu macam tuan dia (",). Satu nikmat Allah tarik untuk ingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang lainnya. Haluskan cara teguran Pencipta Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ini ?? (^~^) Alhamdulillah, moga kita sentiasa mendapat rahmat serta syafaat dariNya agar setiap yang kita lakukan sentiasa dalam redhaNya.

Sepanjang tempoh "merehatkan diri" banyak yang deqsu dapat belajar. Belajar muhasabah diri, belajar untuk jadi lebih sabar serta tabah dan belajar untuk lebih bersyukur. Setiap ujian dan dugaan yang datang dalam  hidup kita ini kadang-kadang memang nampak sukar dan tak terbendung. Tapi, Allah dah aturkan semuanya adil dan saksama. So, tak perlu la kita merungut/mengeluh tiap kali sesuatu perkara itu terjadi dalam diri kita, sebaliknya audit balik diri (^~^).


Teringat deqsu, post dari seorang sahabat mengenai kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solat serta serta ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut dan bertanya akan hal tersebut. 

Isterinya menceritakan kisah yang terjadi kepada dia dan lelaki pengisi air di tempat mereka " Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaanya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggenggam pergelangan tanganku kuat sedikit."

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya. 

Si isteri bertanya: "mengapa dengan kamu? mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya?. 

Si suami menjawab: "Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri".

Si isteri bertanya: "Bagaimana begitu?"

Jawab lelaki tersebut: "Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia memintaku membaiki gelang tangannya yang diperbuat dari emas. ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggenggam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggenggam tanganmu."

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu berkata " Genggaman dibalas dengan genggaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu."

Moral of the story:

  • Allah Taala akan membalas segala perkara perkara buruk yang kita lakukan. (Jadi, jangan cepat melatah dengan dugaan, tapi tengok balik apa yang dah kita lakukan (",) )
  • Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayang disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain (jangan jadi selfish, buat perkara yang bermanfaat untuk diri dan orang lain.. (^~^) ).
  • Bersegera memohon keampunan dari Allah Taala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazam tidak mengulanginya (Moga Allah redha dan menerima taubat kita (",) 
(p/s:untuk detail tentang kisah ni boleh klik link ukhti Asma' Suardi / Youtube dibawah sebab deqsu just ambil ringkasan cerita untuk dijadikan sebagai teladan. Moga setiap detik yang kita lalui dipenuhi perkara bermanfaat. Untuk dapat yang baik kenalah jadi baik dulu kan?? :).. Audit diri jom!!)



credit to:  Ukhti Asma Suardi & Youtube





 








Tuesday, October 8, 2013

~Alhamdulillah..getting better (",)~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus rukuk dan sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda (",).

Lately ni tengok traffic blog ramai yang view post deqsu pasal Aftaas (Ehem3, ramai rupanya bakal2 auditor ye??hehe.. Alhamdulillah.. moga menjadi auditor yang jujur dan ikhlas dan bukan hanya mencari keuntungan semata-mata. Pada yang komen dan bertanya thanks and sorry kalau akak ni lambat reply ye adik2 :)

Alhamdulillah, this week getting better since lately ni asyik post cam sedih+ stress je kan. (",).. Even sekarang busy sangat2 dengan kerja tak pernah nak habis.. But its ok, kerja tu kan satu ibadah (",). Punca rezeki untuk kita menyara hidup disamping berkongsi dengan mereka yang memerlukan. So, jangan nak merungut + membebel disini ye deqsu. (^~^).

Alhamdulillah, weekend baru2 ni dapat spend time  dengan officemate untuk pergi kenduri kahwin, siap konvoi lagi tu even tak jauh mana pun.hehehe.. But, enjoy  it since dapat makan nasi minyak (tetiba memang mengidam pun time tu :) hee ) Then, dapat spend time dengan kak ngah & our only brother and family even next week dah nak jumpa balik kat Tapah. (",). But, its life all about. We need somebody in our life. Not only for our benefit, but to gain effort together in making UMMAH. InsyaAllah. (",)

"..Although life has its challenge, its still preciuos isn't it?..
Every moment is a chance to get close to Allah..
To express the talents HE has given us..
To feel the sunshine on our face.." 

~ALHAMDULILLAH~






Wednesday, October 2, 2013

~October please be Awesome~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus bernafas dibumiMu Ya Allah.. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
 October is coming!!!! Hooyee.. (",)
It will be a busy month.. (@.@)
Auditor will coming.. (o.O)
Migrain also will come back..(T.T)

But, don't worry be happy.. =p
Allah always with us.. :)
Keep close to HIM.. (",)
Keep pray... (^~^)

"There is no power and no strength except with Allah"
May Allah bless us always.. (^      ~     ^)

 
 

Sunday, September 29, 2013

~Great Fate~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.. (^~^)..

Planning asal nak sambung story trip ke Seoul sebenarnya. Tapi, lain pulak yang terlintas dihati dan fikiran ni. Emm, dalam masa seminggu ni je mind agak serabut dengan macam2 perkara yang jadi dalam life deqsu. Lebih tepatnya, unexpected event.. like everything going to change.. like something going to happens and it make me think like going to crazy..hohoho (astaghfirullahalazim.. think carefully before you speak deqsu.. huhu. ok,nope.. just ignore the word..)
 
Setiap aturan Allah tu cantik dan teratur  serta ada hikmah yang pasti. Cuma, kita ni je yang kadang-kadang salah menilai. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui mana yang terbaik buat hambanya. Genap seminggu 7 hari, setiap hari ada je perkara yang berlaku (hikmah/baik+ ujian). Mula2 rasa tak tertanggung sebab semua jadi serentak dalam masa seminggu. Tapi, bila deqsu renung dan fikir dalam2..muhasabah diri balik.. Ya Allah, the Great Fate..(cantik aturanNya, sehari didatangkan perkara baik dan hari berikutnya didatangkan ujian supaya deqsu bersyukur dengan hikmah yang diberi dan sabar dengan ujian yang datang.


 
 
Agreed... Allahu Allah, tak ada perancangan yang terbaik melainkan perancangan Allah. Macam deqsu sendiri, planning tahun ni macam2.. planning tahun depan lagi la kan.. always on mind sebab asyik fikir nak holiday je dengan kawan2 (",). Tapi, perancangan Allah, mengatasi segalanya.. ada rencana dan aturan lain yang lebih baik deqsu kena lalui.. (and you know what?? it as what I always pray..not what I've planned (without noticed)..Alhamdulillah).
 
Thanks Allah coz always giving me strength. DIA hadirkan insan2 yang memahami, yang sentiasa ingatkan deqsu tentangNya. Bahagia akan datang tika meningkatnya keyakinan kita pada Allah. So, walau  apapun yang terjadi dalam kehidupan kita seharian, kita jangan rasa cepat down, jangan terlalu hepy sampai lupa padaNya. Tapi, buatlah sekadarnya sebab sederhana itu kan lebih baik (",). and the most important things, BELIEVE ON HIM.. Put our trust on HIM in everything we do..insyaAllah, ada keberkatan darinya.. USAHA+DOA+TAWAKAL..(Just remind myself..hehe)
 
 
Such a great quote. May Allah bless us always.. (",)

Wednesday, September 25, 2013

~Wordless Wednesday~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

~wordless wednesday ~


Moga setiap yang kita lakukan mendapat redhaNya..(",)
Kalau niat kita baik & betul...InsyaAllah dipermudahkan (",)

Sunday, September 22, 2013

~(,") @ (T.T))~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus bernafas, rukuk serta sujud dibumiMU Ya Allah..
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda..

Just have a nice weekend even busy dengan a few things yang perlukan perhatian dan ketelitian (huhu.. perhatian?? ketelitian??emm..) Yup, even its not a big thing. Tapi, dah jadi yang penting buat saat ni. Its not too easy for me..huhu

Tapi, janji Allah itu pasti. kalau kita dah usaha lakukan yang terbaik, insyaAllah baik hasilnya. Namun, jika sebaliknya terjadi.. maka redhalah dengan qada' & qadarnya. Mungkin belum cukup usaha kita. Namun, ada hikmah yang pasti. Believe on HIM. (",).

Teruskan usaha untuk terus dekat denganNya. Jom reset balik minda kita, audit balik diri. Don't be give up. Buat yang terbaik.. Moga Allah redha (",) ( Emm, tetiba entry macam orang tengah down plak kan?? hehe. Tapi, hakikatnya tak pun sebab deqsu yakin, kalau kita sentiasa ingat DIA dalam setiap yang kita lakukan, insyaAllah..berkat.

"Cukuplah Allah ada dan DIA sentiasa ada untukku"