Monday, November 18, 2013

Book Operation ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Ahamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk terus menghirup udara segar dibumiMu Ya Rabb. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

Alhamdulillah, weekend baru ni dapat diisi dengan perkara berfaedah even misi utama nak siapkan benda lain, tapi tak berjaya pun.. huhuhu (bila blogger dah berjumpa buku, inilah jadinya..^~^). Ilmu + Iman perlu ditopup, bukan perut je perlu diisikan??^~^

Hari Jumaat minggu lepas alang-alang beli barang dapur dekat Giant, singgah sekejap kat MPH cari bahan bacaan since rasa macam dah lama tak beli buku (emm, rasanya baru bulan lepas dah beli 2 buah kot.heee). Buku " Sebelum Aku Bernikah" by Hilal Asyraf menjadi pilihan hati. Kenapa? mai cheq nak habaq mai naa..^~^.

Actually, dalam hujung Ogos & awal September lepas masa tengah mencari artikel berkenaan dengan istikharah, deqsu terjumpa sinopsis buku ni dekat blog saudara Hilal. Menarik, tapi dalam hati cakap, "..perlu ke nak baca? macam belum sampai masanya lagi je..". Perkataan yang sama jugak deqsu ungkapkan tatkala seorang sahabat menghulur buku " Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" by Ustazah Fatimah Syarha sekitar tahun 2010 dulu.


Tapi, sebenarnya, disinilah titik permulaan deqsu dalam mendidik diri agar lebih menjaga hati dan akhlak andai ingin yang terbaik kelak. "..Menjemput kefahaman terlebih dahulu, berbanding menerjah ke alam itu secara melulu.." agree bukan dengan kata2 ni?. Tanpa ilmu yang cukup, kita takkan kemana. ^~^ (just remind my self). Dalam buku ni, bukan hanya bercerita pasal cinta. Tapi, bagaimana nak mencari cinta yang sebenar, bagaimana nak menjadi muslim/muslimah yang baik. Kadang-kadang kita ni cepat salah faham dengan tajuk dan berfikir "..ooo, ni untuk orang bercinta, yang berkahwin.." Nope, don't judge a book by its cover ok? ^~^. Baca dan fahami dulu..


Then, kenapa buku saudara Hilal Asyraf pula menjadi pilihan deqsu sebabnya deqsu dah pernah baca pengalaman Ustazah Fatimah Syarha dalam tulisannya diaatas serta novelnya "Tautan Hati"  &  "Sebarkan Cinta-Mu". So, kali ni nak baca pula coretan dan pengalaman insan lain dan SubhanAllah, coretan dan perkongsian yang menarik. Kadang2 terasa seperti membaca cerita sendiri dan terasa akan kekhilafan diri yang lemah ini. 

Pengalaman hidup ini terlalu mahal sebenarnya sebab kita sedang diajar secara tak langsung olehNya Yang Maha Penyayang. Makanya kita kenalah sentiasa muhasabah dan renung kembali rentetan hidup yang pernah dilalui. Syukran jazilan buat penulis2 ini yang sudi berkongsi cerita untuk ingatan dan iktibar insan2 lain. ^~^


Selamat bercinta hingga ke Syurga buat sahabat2 deqsu yang bakal mendirikan rumah tangga sekitar November & Disember ini (date fully book.hehe). Barakallah ^~^
InsyaAllah, andai ada kesempatan dan diizankan olehNya kita sampai ek kawan2 ^~^

Thursday, November 14, 2013

The Best Way ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

There are problem everyday...
problem with work, home, relationship, life...
But we forgot that...
The biggest problem we have is the problem of our IMAN..

Lets topup our IMAN and practice..
Be patient and keep praying..
Then "Tawakal" to Allah..



But, sometime if the life become too hard..
The eye becomes wet and its not the wrong..
But, make it in the right way.. ^~^

Sometime crying is the good way to make us feel better..
But, it more best you're crying when you closed to HIM..
Then you'll fell like nothing happens.. ^~^
Let's try because everything comes with Allah love.. ^~^

 May Allah ease our way to become a better muslim/muslimah .. ^~^

Wednesday, November 13, 2013

'Asyura Day

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

Re-post entry last year ^~^


Bagi sesiapa yang mampu, jom kita sama-sama berpuasa sunat (13 Nov 2013 = Hari Tasu'a = 9 Muharram) dan (14 Nov 2013 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. ~Imam An-Nawawi~

Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

via Ustaz Zaharuddin.net





Wednesday, November 6, 2013

~The Best Planner~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda ^~^.

Kita hanya merancang.. Allah yang menentukan..
Dalam kamus hidup deqsu rasa macam dah lama tak keluar perkataan kecewa a.k.a frust. Tapi, bila dengar perkataan tu semalam deqsu tersenyum sendiri. Teringat akan kekerdilan diri yang leka dengan mainan dunia. 

Rasanya semua orang pernah rasa kecewa/ frust tak kira la dari segi apa sekali pun. Bagi deqsu frust tu akan wujud bila kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Yup, fully agreed. Don't put too much hope ok guys. Sebab kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya.

But 1st of all untuk mengelak rasa frust ni, simple je. Dalam setiap yang kita lakukan niat keranaNya. Dalam setiap perancangan kita mulakan dengan usaha + doa + tawakal. Yup, TAWAKAL the best action!! Sebab tawakal bermakna berserah diri sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Andai resultnya nanti baik, ALHAMDULILLAH.. andai sebaliknya pula, kita perlu la REDHA akannya. (ingatan untuk diri sendiri ^~^ )

Moga segala urusan kita dipermudahkan ^~^


Allah always be the best planner (",)
keep close with HIM for every second..
Allah know what the best for us..
everything come with Allah love (",)

Tuesday, November 5, 2013

I wish ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (^~^)
 
 
Alhamdulillah, hari ni dapat duduk merehatkan diri seorang diri dirumah. ^~^  really like this moment. Being alone not mean boring or else but it something worth. Masa terbaik untuk muhasabah diri, renung kembali cara hidup kita sama ada betul @ tidak dengan syariatNya. Really appreciate it. Alhamdulillah jugak, weekend baru ni a few thing dah settle even nervous tak tau nak habaq lagu mana^~^hehehe. Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan seterusnya, insyaAllah. ^~^
 
 
Hari ni 5 November bersamaan dengan 1 Muharam 1435H. Alhamdulillah, melangkah lagi 1 tahun. Moga segala amalan kita pada tahun lalu diterima olehNya, insyaAllah. Alhamdulillah dapat join program Maal Hijrah di Masjid negeri Shah Alam semalam. Banyak pelajaran yang diperolehi walaupun hanya seketika disana. Berada dirumah Allah cukup membuatkan diri ini tenang. ^~^. Jom teruskan usaha memperbaiki diri sendiri untuk menuju syurgaNya ^~^.
 
 
 
Opps nak add on wish ^~^  selamat hari lahir buat sahabat deqsu, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, mendapat apa yang dihajati dan yang paling penting moga sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. InsyaAllah. Manfaatkan umur yang diberi olehNya dan serta pikul amanah umur yang dikurniakan dengan sebaik mungkin. ^~^
 
 
 
 

Saturday, October 26, 2013

Barakallah DH ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

Maraton update hari ni sempena 6th anniversary.. hehehe.. Semangat meng'update' since sangat2 tak ada mood untuk baca buku + dalam fikiran ni tengah fikir next book to buy..hoho.. Buku2 yang sedia ada semua dah khatam.. cuma,double khatam je belum..hee.. (insyaAllah, nanti deqsu kongsikan buku2 yang menarik/bermanfaat ^~^).

Ok, since semalam sibuk tengok update dari sis Diana Amir dekat instagram + facebook. Alhamdulillah, sis Diana Amir & sir Habib Bullah selamat diijabkabulkan malam semalam. Barakallahulakuma wa barakah alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair ^~^. Majlis yang simple dan mengikut yang dituntut oleh agama sebab yang utamanya adalah lafaz akad  itu sendiri. Alhamdulillah ^~^.



  
Sangat suka dengan pakaian yang sis Diana Amir pakai, sweet, nice & yang penting boleh dibawa solat (menutup aurat) ^~^

Moga mahligai yang dibina sentiasa dalam redha & rahmatNYA. Akad yang dilafazkan ketika ijabkabul adalah penyerahan amanah seorang wali kepada zauj anaknya. Moga amanah yang diserahkan dapat dipikul dengan baik.

Apapun yang paling penting persediaan dari segi agama. Sebab kalau baik agamanya, baiklah jadinya..insyaAllah. Sebab pernikahan bukan semata-mata kerana cinta tetapi sebagai pembina ummah. Sebagai ingatan bersama, masih sempat untuk terus memperbaiki diri sebab setiap hari dalam hidup kita adalah untuk terus jadi yang baik, jadi yang lebih baik dan terbaik. Kalau nak dapat zauj/zaujah yang baik kenalah diri sendiri jadi baik dulu kan??^~^ Audit diri jom kawan2!!


6th Anniversary ^~^ Alhamdulillah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur kehadrat Illahi masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumiMU Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Happy 6th Anniversary dear deQsu!! ^~^
26/10/2007-26/10/2013
Thanks always being together with me (",)
Inilah teman dikala stress dengan exam & assignment..
Kawan dikala suka dan duka.. Sahabat semasa down dan ceria..
Alhamdulillah, semoga setiap yang disampaikan dalam redhaNya.
(^~^)    ^~^   (^~^)
 
 
Alhamdulillah. sedar tak sedar dah 6 tahun usia "deQsu". Bermula dengan niat suka-suka + kononnya tempat luahan rasa since masa tu agak stress dengan uni life (al-maklum la asalnya UUM bukan la universiti pilihan deqsu since nun jauh ditengah hutan + jauh dengan family..huhu). Lagipun, zaman tu my dear sis pun sangat aktif dengan blogging. So, deqsu pun minta tolong sis untuk creat blog ni dan dinamakan deQsu sempena panggilan deqsu di zaman matrik dulu ^~^.
 
 
Bagi deqsu menulis/menaip ni satu kepuasan yang susah nak describe. Walaupun kalau flashback entry2 lama mesti rasa nak senyum sorang2 je sebab tulis macam budak tak matured.. hehe.. (memang tak matured pun time tu, semua benda nak cerita kat blog.. huhu..). But, now I know how to make it interesting and useful. Many thanks to the bloggers and special thanks to kak wie since invite deqsu join this program, SERUMPUN. Very useful and enjoy it since dapat face to face dengan penulis2 yang deqsu sangat hormati sebab ilmu yang mereka ada serta cara mereka menyampaikannya. ^~^. 
 
"one book for one person at least"
 
Setelah bertahun, bermacam gaya penulisan yang dipraktikkan serta bermacam tajuk dan cerita. Moga setiap yang ditaip dapat dimanfaatkan bersama dan deqsu juga nak mohon maaf andai ada tersalah kata atau pendapat diruangan blog ni. Moga kita sama-sama dapat sampaikan ilmu dan perkara yang dapat memberi manfaat/motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain. InsyaAllah. ^~^.
 
"..Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat.."