Saturday, June 28, 2014
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)
Tuesday, August 6, 2013
~Hikmah Ramadhan~
Walaupun ramadhan kali ini deqsu rasa kurang, tapi banyak hikmah yang deqsu peroleh darinya antaranya deqsu lebih kenal diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Namun, Allah Maha Pengampun dan sentiasa ada dengan hambanya walaupun kadang-kadang kita leka.
Alhamdulillah, setiap kali tahap kesabaran diuji dengan pelbagai karenah dan ragam manusia, DIA cepat sedarkan deqsu akan akibat dan kesan dari tindakan yang kita lakukan contohnya perasaan marah dan geram dengan keadaan sekeliling.. Ya Allah, sungguh halus cara teguran yang DIA berikan.. Dianugerahkan sahabat-sahabat yang baik sebagai perantaraan.. syukur Alhamdulillah... (^~^)
10 malam terakhir ramadhan adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan lailatul qadar.. Tapi, hanya yang benar2 berjuang sahaja yang akan menemuinya. Deqsu nak share sikit tanda-tanda malam lailatul qadar yang deqsu dapat dari "google ahjusshi":
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kenapa deqsu bold kan tanda pertama ni sebab yang deqsu perasan sepanjang 10 terakhir ramadhan tahun ni, setiap malam sunyi tapi seolah-olah bersinar & pagi pula sunyi, mendung dan tenang je. Rahsia sungguh malam yang Allah kurniakan ini agar kita hambanya sentiasa mencari dan istiqamah dalam mendapatkan malam Lailatul Qadar. Jom, ada lagi 2 malam ni untuk kita kejar..moga kita bertemu dengannya, insyaAllah.. PECUTTTTTTTT!!!!!! ;)
Thursday, July 4, 2013
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (",)
Friday, July 20, 2012
~Salam Ramadhan~
~
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan 1433H
~
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna
dan moga segala amalan diterima olehNYA...InsyaAllah....
~
Moga bertemu malam Lailatul Qadar.. sama2 kita mengejarnya...
~
Ape2 pun... puasa tetap puasa..
ambillah kesempatan ini untuk kita sama2 berubah kepada kebaikkan untuk selamanya..
~
^~^Amal makruf Nahi Mungkar ^~^
~
Mohon maaf andai ada tersalah tulis , kata atau perbuatan yg menyinggung perasaan sesiapa..
~
~Esok puasa ye jangan yang yok je..hehe
~
SELAMAT BERPUASA SEMUA....^~^
Monday, August 15, 2011
Jom kita Check!!!!(",)
CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN:
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang-menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
~(,")Sharing is Caring (",)~
Wednesday, August 11, 2010
~Salam Ramadhan Al-Mubarak~`
salam ramadhan al-mubarak buat semua umat islam di seluruh dunia. Rindu rasa nak sambut ramadhan dengan family, tp apakan daya perjuangan perlu diteruskan.. apa2 pun syukur sangat dapat berpuasa beramai-ramai bersama kawan2 untuk sem yg terakhir ini.. Moga menjadi kenangan sepanjang hayat kita nanti, insyaAllah..Moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan bersama2 lah kita terus meningkatkatkan amal ibadat.. Moga bertemu dengan 'Lailatul Qadar'.. insyaAllah.. deqsu mohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang perkenanalan dgn kawan2 semua...
Saturday, August 22, 2009
wahai tetamu ramadhan..
“wahai tetamu Ramadhan,
Untukmu rahmat dan maghfirah,
Air mata taubat,
Dendangan tadarus,
Selimut tarawih dan bantal tahajjud,
Moga mewarisi Jannah”



