Monday, April 29, 2013

Day 7 Part II ( TT.TT)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

To be continue......

26 April 2013
Mong dan kecik kami biar dalam rumah.. mula2 deqsu plan nak cuti.. nak cari dubu.. tapi, sebab dalam hati & fikiran fikir positif.. cakap kat diri sendiri "dubu nak buat surprise kot untuk besday deqsu nanti..mesti paling lewat pun die balik malam ahad kan..kan2..."
Balik kerja..abis rumah penuh dengan muntah mong..mong lemah sangat..sedih....huhu

27 April 2013
Misi mencari dubu tetap diteruskan.. solat hajat & yassin juga diteruskan.. mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada kami... Habis seluruh kawasan lagi kami jejak.. Walaupun, arini kami pergi training bowling and nampak macam happy.. tapi, dalam hati hanya DIA yang tahu... kali ni, deqsu tak dapat lagi nak tahan air mata.. penat menangis sampai lebam2 mata..
(tapi,nangis diam2 je dalam bilik..tak nak bagi kakak dengar)
Sebab deqsu tau, kakak mesti lebih sedih..mesti lebih risau...huhuhu.... dalam pada berdoa deqsu menangis sepuas-puasnya.. (deqsu teringat, sebelum ni setiap kali deqsu nangis masa tengah baca doa dubu mesti pegang pipi deqsu.. kalau deqsu teresak-esak pulak.. dubu mesti mengiau..huhuhu)

28 April 2013
dubu still tak balik lagi.. mong pulak keluar masuk..tengok pada keadaan die.. resah gelisah je.. balik rumah pun sebab nak lapik perut je.. lepas tu kuar balik cari dubu.. emmm... dubu..maksu rindu sangat2 kat dubu..bila dubu nak balik?? tak payah la tunggu esok nak buat surprise k...balik la dubu....(T.T)

29 April 2013
deqsu bangun dengan penuh semangat..terus bukak pintu panggil dubu...tapi..hampa...
DUBUUUUUUUU.....( TT - TT )


We really miss u... where are you my little 'anak bulus'????
Please come back safely..
Don't you miss us????
I really hope you will come as my biggest gift on my besday..
But...until now..you don't.....
(        TT   .   TT     )

 

Day 7 Part I ( TT.TT )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Masih diberi ruang untuk terus bernafas dan melangkah 1 lagi angka umur..(",)
Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammah SAW serta para sahabat..
~
~
...Day 7...

22 April 2013
Balik kerja dengan mood yang tak stabil... monday la katakan.. dubu menggesel-gesel minta diberi makan.. Tapi, masa tu tuna chicken favourite dubu  masih tak ada stok.. dengan deqsu yang tak ada moodnya... So, deqsu sempat cakap kat dubu.. 
"tunggu makteh rebus ayam ek".. then, dubu terus turun bawah..
Lepas maghrib tanpa sedar, deqsu terus terlena.. bangun je dalam 4 pagi terus cari dubu & mong.. Tapi, kakak cakap dubu dah keluar malam tadi.. So,its ok.. normal la sekarang ni dubu keluar, nanti subuh mesti balik kan nak makan..(",)..

23 April 2013
Dalam jam 6.00 pagi mong balik minta diberi makan.. Sambil bagi kecik n mong makan, deqsu bebel kejap dekat mong sebab balik sorang2 je.. tak ajak dubu pun..isk3..
sebelum lepaskan mong keluar, deqsu pesan suruh mong panggil dubu balik.. nanti lapar.. 
 Petang tu hujan lebat sangat.. kakak dah rasa tak sedap hati sebab anak2 bulus kat luar..emm..
 Balik kerja, deqsu & kakak singgah tesco kejap beli ayam untuk anak2 bulus. Then, saja nak mencuba nasib, kitorang singgah kedai Erul.. kot2 la stok untuk tuna chicken dah sampai kan.. Alhamdulillah..memang stok baru sampai.. dalam hati masa tu.. "mesti dubu & mong happy sangat2 kan..hehe"
Sampai je rumah terus cari anak bulus.. tapi tak ada..hampa...(T.T)

24 April 2013
Bangun je dari tido terus cari dubu & mong.. terus bukak pintu panggil anak2 bulus tu..
Tapi, tak ada jugak...pelik.. dubu & mong  tak pernah tak balik sampai 2 ari.. 
Then, masa nak pergi kerja jumpa 'putih' kucing siam yang biasa lepak kat luar rumah tu.. 
Then, kitorang pesan kat putih suruh cari dubu & mong.. die pandang dengan muka sayu je...emm..
Balik kerja..kitorang try pusing 1 kawasan cari anak2 bulus...hampa..tak ada pun.. tak tau lagi mana nak cari..emmm.. (  TT . TT ) .. malam tu, masing2 dah tak ada mood.. risau.. Yang lagi pelik, kucing2 lain pun tak nampak.. (masa ni, mula fikir negatif yang semua kucing dah kena kutip..huhu)

25 April 2013
Misi mencari anak2 bulus diteruskan.. call mak abah bagi tau...then, kami post gambar dubu dengan mong dekat forum puncak alam.. respon masing2 ada yang positif dan ada jugak yang negatif.. kami terima je semua.. sebab rasa itu salah satu ikhtiar untuk jumpa semula dubu dengan mong. Balik kerja, kami pusing lagi area rumah..kali ni lebih jauh...tak tinggal 1 lorong pun... tapi, tetap tak ada.. cuma kali ni lega sikit sebab dah nampak putih dan kucing2 lain yang biasa lalu belakang rumah.. means, kucing2 ni semua masih selamat lagi berkeliaran sekitar kawasan tu.. Malam tu solat hajat dan bacaan yassin diteruskan.. 
Alhamdulillah.. dalam jam 10pm mong mengiau depan rumah.. dubu mana??? emm..huhu..
Masa ni, mong kurus sangat2 tau...die selsema batuk... sayu je tengok..huhu...


 

 
Ya Allah..tabahkan lah hati-hati kami ini dalam mengharungi liku-liku kehidupan..
Kami hamba yang lemah, hanya padaMu tempat kami mengadu.. Hanya padaMu kami memohon perlindungan dan bergantung harapan.. Hanya Engkau sebaik-baik pelindung..
Moga pencarian kami berakhir dengan berita gembira... insyaAllah...
 
 
 


Tuesday, April 9, 2013

Padanya Ada Hikmah...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..masih terus diberi ruang untuk terus rukuk dan sujud padaNya yang Esa
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat..
".. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.."
~
~
Setiap apa berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah.. dari sekecil-kecil hal hingga sebesar-besar kejadian..
Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebab.. melainkan untuk kita jadikan iktabar dan pedoman..
Teringat deqsu ketika membaca sebuah buku  nukilan dari Prof Muhaya  "PadaNya Ada Hikmah"..
mengenai kehidupan seorang pemandu teksi.. walaupun rutin harian beliau kita nampak simple, tapi setiap yang dilalaui olehnya memberi sejuta makna yang mendalam yang boleh dikongsikan...
~
~
Samalah juga dengan kehidupan seharian kita.. hari-hari yang kita lalui tak lepas dari ujian dan dugaan..
kadang-kadang mungkin kita dapat hadapinya, tapi adakalanya kita tidak mampu..
Kenapa???

"..Saat sabarmu makin tipis, ketika itulah imanmu makin nipis..
Sabar itu payah kerana itulah ganjarannya indah..
Maka, bersbarlah wahai hati..."

Yup, agreed dengan kata-kata ini.. iman perlu ditopup..
Bukan handphone saja tau...(",)
So, jom tingkatkan amal dan topup balik iman kita..
Ambil setiap apa yang terjadi sebagai pengajaran dan tauladan...
Hijrah untuk jadi lebih baik..moga Allah permudahkan...InsyaAllah..
 

 

Monday, April 8, 2013

Mata Kecilku (T.T)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih terus diberi ruang untuk terus bernafas dibumi Allah.. Pencipta Yang Masa Esa.. Selawat serta Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.. (",)
Saat mereka yang lain sibuk dengan berkempen, saat mereka yang lain sibuk dengan acara hiburan.. Teringat akan konsert gaza yang dianjurkan TV Al-Hijrah Disember 2012 yang lepas.. sangat menyentuh hati.. membuat hati meruntun.. membuat diri menginsafi kesalahan lalu... membuka mata hati..


MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
 Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati

Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku
 

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!
 
YA ALLAH, kuatkan lah semangat juang kami ini untuk terus menegakkan Agama suciMu ini..
Moga masa yang berbaki dapat dipenuhi dengan aktiviti yang baik untuk kami memperbaiki diri..
Selamatkan lah saudara se-Islam kami yang berjuang diserata pelusuk bumi...
Moga hasrat dan impian ke sana tercpai suatu hari nanti...

Wednesday, March 27, 2013

Its a part of Life Colour

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah masih terus diberi ruang untuk terus bernafas serta rukuk dan sujud padaNYA....
Selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat... (",)
".. Walau apapun rintangan hidup perlu diteruskan, kerana itulah kehidupan.."
.
.
Alhamdulillah, finally 3 part untuk working life berjaya di 'post'.. moga apa yang dilalui menguatkan lagi semangat untuk terus maju kehadapan disamping memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.. insyaAllah.. (",)
Lately ini, setiap working deqsu kat office mesti buat summary. Ala2 buat audit dulu la pulak kan.. hehe..
So, this is summary and Q & A for this 3 part of Working Life
.
.

Part I
During this part actually, pengalaman yang sangat2 berharga buat deqsu. Sebab pengalaman buat audit yang terlalu mencabar ini lah yang menjadikan deqsu sekarang ni. Bukan sahaja knowledge, tapi cara hidup, pergaulan, cara bekerja yang efektif dan juga dapat tahu kekurangan dan kelebihan diri. Dalam Part I ada deqsu bagi tahu nak story kenapa deqsu perlu tolak offer job kat tempat praktikal kan?? So, sebabnya :
  • Masa. Masa bekerja yang terlalu panjang membuatkan deqsu rasa tak mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik. Lagipun, sepanjang 6 bulan praktikal deqsu rasa masa semua untuk kerja, balik dah lewat malam, Masa untuk diri sendiri memang tak pernah ada, sebab balik rumah pun bawak kerja jugak. kadang2 baca Al-Quran pun tersengguk-sengguk, baca yassin lagi la.. orang lain baca antara maghrib isya'. tapi deqsu kadang2 lepas isya' dan kadang2 tu ter'miss' la jugak.. Rugi kan?? Mungkin orang akan anggap deqsu yang tak pandai bahagi masa dan semua ini alasan je. Tapi, kemampuan setiap orang tu berlainan kan?? dan terfikir jugak, masa bujang pun dah tak ada masa untuk diri, apatah lagi kalau dah bekeluarga.. Mesti rasa terabai. Dan diakui, itu kelemahan yang ada. Buat yang boleh bahagikan masa itu, deqsu sangat respect & tahniah untuk anda (",)..
  • Pergaulan. Cara pergaulan yang agak bebas buatkan deqsu tak selesa. Sebab audit ni kadang2 berkumpulan, kadang2 berdua je dan kadang2 sorang2.. kalau dapat semua dengan girl's je ok la kan. Tapi, mostly mesti lain jantina. Bukan tak nak jadi sporting atau apa, tapi batas pergaulan tu kena jaga kan??
  • Kontrak. Yes, bila dapat offer untuk sambung ACCA sekali mesti ada kontrak kan. Jadi, kalau boleh deqsu tak nak terikat dengan kontrak since masa yang ditawarkan untuk study sangat singkat. Lagipun, deqsu tak yakin dapat bahagikan masa kerja dan study berdasarkan pengalaman2 senior2 disitu. Emm..then i let it go...
Lagi satu, kenapa deqsu lepaskan 1st job deqsu after praktikal sebab perkara yang lebih kurang sama.. masa dan pergaulan. Cuma kali ini konteks pergaulan tu lain sedikit. Bukan melibatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. tetapi, pergaulan antara orang atas dan orang bawah, antara senior & junior. Kenapa perlu ada jurang yang dalam ye?? Dari segi masa pulak, masa untuk solat & makan sangat singkat. Cuba bayangkan ye, dengan deqsu tak minat costing.. lepas tu kena kerja dengan environment yang macam tu.. rasa tak enjoy kerja kan..lagipun rasa hati macam tak ikhlas nak buat..emmm.. coppp, ada lagi 1 sebab.. pakaian/uniform yang kena pakai tak sesuai dengan jiwa. Masa tu, 1st time deqsu pakai kemeja..hoho.. sangat tak selesa ok!! tapi, apa2 pun pengalaman bekerja tempat besar macam tu memang deqsu hargai since my boss is the best boss coz tahu macam mana nak manage staff. Thanks boss..(",).really appreciated..

Part II & III
Nak diringkaskan tentang temporary job yang deqsu lalui, walaupun temporary, tapi sangat mencabar especially bila kena bekerja dengan orang cina. Memang diakui, dari segi knowledge dan financial mereka memang arif. Semangat bekerja mereka jugak sangat kuat. Tapi, kalau bab solat dan batas pergaulan ni mereka ambil remeh. Dan untuk current working ni.. Alhamdulillah, setahun dah mengharunginya. Masa & pergaulan bukan lagi masalah. Walaupun environment sangat best at the 1st, tapi lately ni makin mencabar.. Yup, i need to admit it. Mungkin tanpa adanya dugaan begini.. kita tak akan maju.. tak akan lebih berfikir kehadapan..dan pergi la ke mana sekali pun, dugaan dan ujian itu tetap ada....kerana itulah warna sebuah kehidupan...(",)


".. Allah Maha Benar dan janji-Nya benar. DIA tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat kita selain Allah Yang Maha Berkuasa? Maka, andai sesekali diri diuji, usah cepat mengalah. Mohonlah kepada-Nya. Moga rahmat dan hidayah-nya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita..." via Ustaz kazim Elias..
 




Sunday, March 24, 2013

Working Life Part III

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

 
Alhamdulillah..masih bernafas untuk terus rukuk serta sujud kepadaNYA Yang Esa..
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat...(",)
"Hidup perlukan kekuatan, kesabaran dan pengorbanan.. dan hanya padaNya tempat kita meminta"
.
.
Pertemuan, jodoh , ajal , maut serta segala yang terjadi adalah dengan izinNya. Begitu juga dengan rezeki, alhamdulillah diberi kesempatan untuk menerima offer kerja yang agak bagus dan kukuh. Cuma perlu membuat pilihan untuk terima yang terbaik dan pilihan deqsu adalah as Account Assistant at  GLC in Selangor. Kenapa???
  1. Sebab deqsu nak start kerja dari bawah, tak perlu nak terus naik jadi executive even ada degree coz deqsu yakin pengalaman menjadi orang dibawah tu perlu dan sangat penting supaya bila kita berada diatas kita dapat galas tanggungjawab dengan lebih baik dan lebih adil.lagipun, tanpa ada orang dibawah yang support, orang diatas belum tentu dapat selesaikan kerja dengan lancar.
  2. Mungkin effect dari interview yang deqsu lalui menjadikan deqsu fobia untuk bekerja dibawah bos lelaki.. sungguh menakutkan.. dan actually kurang selesa since dari praktikal, bos wanita yang handle.
  3. Kawasan dan cara kerja juga berlainan, dan deqsu prefer job ini coz tempat yang agak strategik yang mana xsunyi, balik on time & dapat part AR.. hopefully, this is the best choice (",)..
And now, after a year, i'm still there.. why it can't be like before.. jump & jumping like a kangaroo???
when people grow up..it should be more matured.. more critical thinking and should take a resposible honestly..(",).. Hopefully i can face it smoothly like my dream before...(",)..that's why i stop jump..
 
Then, i am really like to share here..coz of what?? coz i want to remind my self how i start working life.. to remind me how i am go through and face the challenge.. and also to remind me to be a fair and responsible boss when i am to be a boss in the future...coz experiance is the best teacher in life..
 
"...Everything happen just believe on Allah promise..."
 
 


Wednesday, March 20, 2013

Working Life Part II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Masih terus diberi peluang untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Esa..
 Let's continue again..(",)
.
.
Ingatkan minggu lepas konvo nak berehat je kat rumah since surat resign semua dah selesai. Tapi, atas permintaan manager, deqsu kena stay lagi seminggu untuk latih staff baru dan selesaikan mana kerja yang patut.. Sebenarnya sayang nak tinggalkan 1st job yang memang dah betul2 kukuh ni... Tapi, disebabkan masalah masa bekerja, minat terhadap costing dan environment yang tak berapa nak sihat.. deqsu terpaksa tinggalkan.. Walaupun terpaksa buat manager menangis..I'm really sorry boss. But, until now you are still the best boss that I know... (",).. Thanks a lot coz I got too many experience there even it just for a while...
.
.
Temporary job..
Lepas dari kejadian itu.. maka bermula la hidup sebagai penganggur (finally, merasa..hehe..tapi,dalam hati risau sangat..huhu).. Seminggu deqsu dapat duduk dekat rumah, then kebetulan Amano offer temporary job as Admin.. then terima la since it just temporary.. gaji not bad, pastu 1 tempat kerja pulak dengan sis.. so, memang best..pengalaman semua tu.. Actually deqsu dapat offer untuk terus stay kat situ, tapi  disebabkan minat yang mendalam dalam account.. so, i need to let it go.. (emm, rasa macam tolak rezeki pulak kan..astaghfirullahalazim..tapi, sesungguhnya DIA lebih mengetahui mana yang terbaik buat deqsu). Sementara dapat kerja yang memenuhi 3 kriteria (Environment, Satisfaction. Salary) ni deqsu dapat offer untuk Account Assistant dekat sebuah pasaraya yang baru dibuka. Masa ni deqsu rasa mungkin ini satu percubaan yang baik since baru buka, jadi mungkin deqsu dapat learn from starting + company ni stated as oversee company..(Tapi, rupa2nya iklan yang show that company based on oversee totally wrong..hohoh.i'm speechless at time..(T.T)..how could it be?).. Tapi, kerja still kerja.. dalam tempoh sebulan lebih tu deqsu belajar selok belok perniagaan.. Dari nak order barang sampai la nak tutup account.. Pengalaman adalah yang menjadikan diri kita sekarang untuk jadi lebih matured + gain knowledge... Dalam tempoh tu jugak deqsu dapat 2 offer: 1)As Account Executive at Aerospace (jawatan+ company under MAS..waaa..berbunga2 kejap..hehe) 2) As Account Assistant at GLC Company (haa..menarik jugak kan...) Which one i need to choose???...