Monday, March 18, 2013

Working Life Part I

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Atas segala nikmat kurniaan dariNya yang Maha Esa..
Let's continue reading... (",)
.
.
Perihal yang selalu kita teringin sangat...... (",)
Masa sekolah rendah, kita teringin sangat nak masuk sekolah menengah sebab nak duduk asrama..
Bila dah dapat duduk asrama, teringin pulak nak masuk U.... 
sebab dekat U nampak macam menarik je boleh pilih bidang yang kita suka....
Bila dah ada dekat U, tak sabar nak kerja sebab dapat pegang duit sendiri & dapat buat apa yang kita nak..
(Rasanya korang semua pun mesti pernah rasa & alami perkara yang sama kan3???
Haa.....Baik mengaku...^~^)
.
.
Tapi, bila kita dah berada di alam pekerjaan.. kalau boleh rasa nak patah balik masa dulu2..
lumrah kehidupan manusia .. kalau boleh nak yang indah je.. tak nak ada rintangan ataupun ujian yang membuatkan kita rasa tertekan..nak smoothly bak kata omputih kan..(",)
.
.
Student Praktikal
Jadinya, dengan angan2 nak smoothly bermula kehidupan sebagai student praktikal di audit firm selama 6 bulan.. masa praktikal ni, tak terjangka begitu sekali alam pekerjaan dengan rutin harian time office hour  di client company dan selepas itu sambung buat working pulak dekat firm.. masa untuk balik tak menentu, paling awal pukul 6 kalau tak salah..tapi, selalunya 8 malam ke atas..dan ada beberapa kali sampai ke 2 3 pagi.. memang penat dan mencabar.. semua kena belajar sendiri, kalau ada senior yang baik nak bagi tunjuk ajar tu memang untung la...(alhamdulillah, deqsu dapat senior yang sangat baik even suka buli orang..hehe).. since ini medium audit firm, jadi job sentiasa banyak. student praktikal & staff dikira sama je.. buat salah kena marah.. tak tau buat pun kena marah...jadi kena la belajar semua tu supaya tak kena marah..  emm..tapi disebabkan deqsu & awe take responsible dan bagi full commitment, kami digelar student favourite sebab bila ada student praktikal baru masuk, kami la yang jadi tenaga pengajar...Alhamdulillah pengalaman kena buat audit sendirian since minggu pertama praktikal, bukanlah suatu yang melemahkan rasa untuk praktikal ..tapi,pemberi semangat agar kami terus berusaha untuk menyelesaikannya dan yang paling penting dapat share knowledge together... (",).. last week praktikal dapat offer untuk terus sambung kerja kat situ + dapat scholarship sambung ACCA.. untung kan? tapi, tolak..kenapa? nanti deqsu ceritakan sebabnya....(",)
 .
 .
HTS Staff as Account Executive
Orang kata memang untung la kalau graduate je terus dapat kerja.. Alhamdulillah, seminggu lepas praktikal, dah dipanggil untuk interview dan tak sempat lagi hantar report praktikal, kerja dah menunggu.. memang heaven la orang kata kan since tak payah tunggu konvo pun dah boleh dapat job dengan jawatan & gaji yang agak lumayan.. tambah2 dapat listed company.. Alhamdulillah..rezeki kerja... tapi, tak semudah yang di sangka.. jawatan sebagai executive bukan la senang digalas.. memang nampak macam best.. tapi tanggungjawab pun best la kan..hehe.. tambah2 kena galas dalam scope costing.. kena betul2 detail dan boleh bagi full commitment. Bila start je kerja,ingatkan gaji & jawatan adalah segala2nya.. tapi, tak.. environment & kepuasan berkerja deqsu letakkan di 1st & 2nd place then baru gaji.. sebulan mengalas jawatan sebagai executive dah memberi impak yg agak tak bagus since staff yang lain xberani nak dekat..emm,kenapa perlu bezakan jawatan?? ada kemusykilan di situ & i know the environment of work there.. and i'm not happy...(T.T).. lagipun, bidang costing bukan la bidang fav deqsu..ditambah dengan dugaan dengan senior yang deqsu tak tau nak explain macam mana.. balik kerja pun of coz la malam.. bulan puasa pun sama...emm... maka, dengan tahap kesabaran yang agak nipis.. 3 bulan lebih bertahan..betul2 sampai hari convocation.. dengan beraninya resign tanpa ada kerja lain....huhuhuhu.. So..lepas konvo takde kerja ke???? to be continue.....(",)


"Kalau kat sekolah, kita belajar untuk ambil ujian, tapi dalam kehidupan ini kita diberi ujian untuk kita mempelajari sesuatu" (copy & paste post seorg sahabatkat fb)


3 comments:

Unknown said...

salam.. nak tanya. kat aftaas elaun utk praktikal berapa ye? probabability utk diserap kerja situ macam mana? thanks

deqsu said...

Wslm. Masa 2011 allowance arrange rm400-rm500. Peluang nk diserap sgt tinggi especially kalau perform masa praktikal.

deqsu said...
This comment has been removed by the author.