BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur masih berpeluang menikmati fasa kedua ramadhan yang penuh barakah ini. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. (",).
Alhamdulillah..emosi getting better even on off jugak kadang-kadang. Sabar ye orang-orang disekeliling deqsu yang kena tengok deqsu yang akan tak ambil kisah keadaan sekeliling, tengok pc macam nak telan + mengambil inisiatif untuk lebih berdiam diri. Jika deqsu banyak diam dari bercakap tu means something wrong somewhere la tu. Tapi, jangan ditanya kenapa.. sebab jawapan yang korang akan dapat. "tak ada ape2"..")..hehehe.
Actually, nak continue entry yang dijanjikan. Tapi, since gambar tak dapat lagi, mood nak menaip tu hilang (alasan dan terus beralasan..good job deqsu!!hehe). Hopefully emosi ni cepat2 la stabil. Penat sebenarnya bila kena berperang dengan diri sendiri. Nak luah, tak kuat semangat, nak terus berdiam, cenggini la jadinya..huhuhu. Sampai satu tahap dengan kucing pun deqsu jadi emosi..hehe.. Ampunkan kak long ye anak bulus :). (mood jealous sebenarnya..hehehe..opps.fullstop).
Sometime merepek bukan-bukan kat blog ni best jugak. Cuma kesian pembaca tak dapat manfaat la pulak kan. Sorry.. entry kali ni, entry release tension namanya. Menaip sekadar menghiburkan hati sendiri. (give me some space pleasssse..(",)). But, in real life actually tak boleh nak ikut kata hati je. Everything happen with a reason. Allah dah aturkan setiap kejadian itu cukup indah dan cantik. Cuma, kita sebagai hamba ni pandai uruskan @ tidak.
Bercakap pasal hati, deqsu terkesan sebenarnya dengan satu post di fb baru-baru ni, tapi lupa nak screen shoot yang mana ada satu dialog bersama seorang penduduk Islam di Gaza. Beliau ditanya, kenapa tidak tinggalkan sahaja bumi Gaza sedangkan anda ada peluang untuk lari ke tempat lain yang lebih aman dan boleh membina kehidupan baru. Dan hati deqsu sendiri pun pernah terdetik, kenapa tidak dipindahkan sahaja mereka ke tempat@ negara lain. Jawab orang tersebut; " kalau bukan kami yang mempertahan bumi kami sendiri, siapa lagi? Kalau bukan kami penduduk disini, siapa lagi yang nak mempertahankan Masjid Al-Aqsa." Ya Allah, kuatnya hati mereka, kuatnya iman dan semangat mereka walau terpaksa berhadapan dengan peluru, bom dan Israel Laknatullah disana.
Mereka tetap dengan kegiatan seharian, berpuasa, berbuka, solat berjemaah dan terawikh bersama sedang mereka tahu, bila-bila masa sahaja nyawa akan melayang. Tapi, disebabkan teguhnya hati mereka dan yakinnya mereka dengan Allah. Mereka lalui hari-hari mereka dengan tenang dan berani. Sedangkan kita disini, diuji dengan sedikit ujian pun dah melatah. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, sesungguhnya kami tak kuat seperti mereka, kami tak mampu untuk turut serta berperang dengan mereka. Tapi, hanya doa yang mampu kami kirimkan agar Engkau hancurkan Israel Laknatullah dan ringanlah beban yang mereka tanggung. Hanya Engkau sebaik-baik Penjaga.
"Only Allah can make impossible possible"
#prayforgaza