Friday, April 24, 2015

Salam Jumaat :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus rukuk seta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Finally..
blog updated.. ngeh3.. :)
Rasa lama sangat nak menjenguk ke sini..
Apa lagi nak menaip kan. memang lama dah tinggal.. huhu..

Insha-Allah, one day.. ada kelapangan deqsu akan update blog macam dulu.
bagi settle dulu satu dua benda naa.. :)

Hidup kita adalah satu perjalanan sementara menuju akhirat..
betulkan niat untuk setiap yang kita lakukan..
Jom isikan dengan perkara bermanfaat.
Tingkatkan amal dan iman.
 

Salam Jumaat :)

Tuesday, February 17, 2015

Life Must Go on

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberu ruang dan masa untk terus rukuk serta sujud kepadaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah.. finally, i got a chance to typing here.. just miss my blog.. just miss to write here.. huhuhu. Dah sebulan lebih takde entry baru & dah sebulan lebih itu jugak la deqsu tak blog walking. Emm.. kenape? i'm searching for new environment actually, and done part of it. Alhamdulillah. I'm waiting for another part. ;(.. pray for me please.


Hoho..tetibe nak emo plak kan pagi2 ni. Apa2 yang jadi mesti ada sebab musababnya. So, be strong deqsu. Life must go on. Fighting!!! Ok, nk type panjang2 macam tak sempat je ni memandangkan dah nak start keje kan. Tunggu la nanti deqsu but business sendiri ke , jadi fulltime housewife ke baru boleh type panjang2 naa.. :). Ok, tetibe rasa nak g holiday je. Siapa nak belanja sila pm ok..heheheheh.. ok. annyeong.. :)

Thursday, January 8, 2015

Finally 2015 First Entry!! :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesempatan untuk terus rukuk serta sujud padaNya pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Allahumma solli ‘ala muhammad, wa ‘ala ali wasohbihi wasalam. 

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, dah masuk tahun 2015 dan 12 Rabiulawal yang lepas kita baru je menyambut Maulid Nabi. Dan tanpa disengajakan jugak, deqsu terlepas untuk post entry Disember 2014.hwaaa...;(. Tak penuh jugak blog post last year since terlalu banyak aktiviti luar dan macam-macam perkara yang nak kena settle. Alhamdulillah, Disember 2014 jadi bulan holiday+honeymoon untuk deqsu.hehehe :). (tu yang sampai tak update blog tu..hoho;p). 

 As usual, awal tahun je deqsu akan post pasal azam.. tapi, tahun ni tak sempat nak buat azam rasanya. Apa2 pun 2014 tahun "Changes of deQsu" since dalam tempoh 365 hari tu macam2 perubahan yang berlaku dalam diri ni. Alhamdulillah, rezeki kerja yang bertambah baik, rezeki mendapat "cha-gi-ya" yang superb! (jangan nak termuntah ok.. hanya deqsu yang tau means of 'superb' tu..hehe.. rahsia rumah tangga jangan masuk campur naa..:p). Yang penting, usaha dan yakin dengan Allah, "baik yang kita usahakan, baik yang kita dapat: :).



Pasal story travel to Korea yang ntah bila nak berpenghujung, deqsu pun dah tak berani nak janji bila lagi boleh continue. Tengok pada kesempatan masa nanti ye since Januari ni ada changes lagi dalam life kami husband & wife. Nak tahu ape? tunggu next3 entry okey?..hehe :). Doakan moga segala urusan kami dipermudahkan ye. Cuma, mengharapkan ada lagi changes2 yang lain yang lebih untuk tahun ni, Insyaallah..jom doakan sama.:). 

Tapi di kala kita bergembira, jangan lupa panjatkan doa untuk saudara kita yang ditimpa bencana banjir baru-baru ni, kepada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kehilangan flight Air AsiaQZ8501 dan kejadian2 lain yang banyak melanda Malaysia 2014 yang lepas. Moga ujian ini menjadikan kita lebih baik, lebih kuat dan yang paling penting lebih dekat denganNya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku. So, jom positifkan minda, tingkatkan amalan & keep a good effort in every single things. May Allah bless & protect us always..InsyAllah. :)


Friday, November 21, 2014

:) Positive!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, masih dikurniakan ruang untuk terus bernafas dibumiMU Ya Rabb. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dapat jugak menaip dikala kaum adam sedang menunaikan solat Jumaat. (Opps, bukan deqsu saje2 curi tulang okey.. tapi gunakan masa rehat yang ada untuk menaikkan lagi semangat diri sambil blog walking. BESTTTT SANGATTT (moment yang dah lama deqsu tak rasa.hehehe).

Emm, plan asal macam-macam sebenarnya deqsu nak mengomel kat blog ni sebab rasa macam down sikit lately ni. Banyak benda dan kejadian yang huru-hara. Tapi, lepas muhasabah diri, lepas baca artikel-artikel yang best lagi bermanfaat dari murabbi di alam maya. Hilang semua rasa tu. Thanks Allah for the gift. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan orang-orang yang baik disekeliling kita untuk terus ingatkan kita kepada Pencipta Yang Agung. :).

Selain kata-kata yang bermanfaat, Allah juga kurniakan kita pemandangan yang indah lagi awesome sebagai penyejuk mata dan penawar hati especially dikala duka dan lara (ecece..ayat jiwang sat..huhu). Antaranya air yang mengalir (laut, pantai, sungai etc.) langit, haiwan (especially kucing..hehe). Then, tadi baru je deqsu tengok..baby..waa..dah la comel..menenangkan pulak tu. Senang cakap, segala ciptaan Allah tu adalah yang terindah andai kita menghargainya. Lagi satu, bagi yang duduk dengan family tu, kalau rasa down ke ape, tengok la wajah ibu korang..insha Allah, rasa tenang tu akan datang. Emm.. tetiba rindu dengan family, rindu nak jalan2 dekat sungai ke pantai ke, rindu nak rasa saat-saat yang dulu.huhu. (Emosi tetiba dah kenapa deqsu oiii...hohoho).

Opps.. terpaksa ambil masa dekat nak 15 minit untuk sambung entry ni.. emo oh emo.hoho. Tiba-tiba deqsu terfikir, kenapa perempuan cepat emo ek? Then, dan-dan ni jugak teringat satu post kt fb minggu lepas.. wanita ni cepat emosi sebab akal dia 1, jadi tak mampu nak membendung semua rasa dan keadaan dalam satu masa. (mungkin jugak kan?). Tapi, selagi boleh kawal.. kita kenalah kawal kan. Fighting untuk diri sendiri sebab suka emo sengsorang.hehe. So,tanggung pun sengsorang ok.hee. Please control my dear self. Everything will be fine. Insha Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. (or mungkin jugak diri ni banyak khilaf yang dilakukan tanpa sedar). But, i always try my best to handle every single thing even i can't.huhu Ok, jom tenangkan diri dengan istighfar. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. 

then, cuci mata dengan makhluk terindah ciptaanNya.. :)

Annyeong.. chal-ga.. :)

 




Sunday, November 16, 2014

I'll be back :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara segar dibumiMU Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. :). Rindu rasanya since dah lama tak menaip kat sini. Neomu bougo-shipouda. Mohon maaf since coretan ke Seoul tak dapat disambung lagi (ada niat lagi tu nak sambung story even dah nak dua bulan dah pun balik dari sana..hehe ). InsyaAllah, ada kelapangan dan idea nanti kita sambung ek.


Actually, tak ada apa sangat pun nak share kat sini arini, cuma lately ni pelbagai isu melanda Malaysia & dunia. Macam2 trend dari isu "i want touch a dog", "isu gambar UAI", "jeruk asam boi", "banjir lumpur cameron highland"isu-isu politik yang pelbagai ragam" dan lain-lainnya lagi. Deqsu pun just sempat baca a few article dan pendapat. So, nak komen lebih-lebih pun tak boleh since info yang kita baca pun kadang-kadang belum tentu lagi kesahihannya. Cuma, apa yang boleh deqsu simpulkan, jangan 'complicated'kan keadaan, fikir secara rasional dengan setiap isu yang melanda dan corrective diri sendiri dulu sebelum menuding jari ke pihak yang lain @ jangan cuba cari alasan untuk tegakkan benang yang basah. arasso??? :p


Rasanya belum terlambat lagi (since tak sampai sebulan pun lagi) deqsu nak wish "Happy Belated Birtday "deQsu". Happy 7 years. Thanks for being a "thing" to share everything. (26/10/2007 - 26/10/2014). Peneman setia dari zaman mula-mula masuk universiti, sampai zaman dah kerja dan sampai sekarang dah zaman berumah tangga pun. waaa..banyak jasa ni..:p.. kiss3x for u.. :)


Walaupun kadang-kadang blog ni sepi tak berpenghuni, tak ber'post baru dan tak berwajah baru. But, still be the best place in my stress time.hehehe. Nampak sangat selalu stress kan. isk3..no good for health ok Pn. Dila. But, thanks a lot to my sweetheart to always here with me and always hold my hand in every condition. Thanks a lot to my dear bff because always hear my 'bebelan' about working task especially. hehehe. (cop, entry apakah kali ini??? compius jap..huhu layankan jela ek). Yang pastinya, apa-apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita seharian pasti ada hikmahnya. Tak kisah la yang kita lalui tu pahit ke manis. Sebab setiap yang datang tu dari Allah dan DIA adalah sebaik-baik pencipta dan perancang. Follow the flow, keep strong and try the best every second to be best among the best in every single thing you do. Hwaiting!!! :)




Monday, October 13, 2014

AH Day 2 Part III ~ Gwanghamun + In-sadong

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumiMu Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Jom tengok aktiviti malam kami dihari ke-2:

 
Memandang kami antara orang terakhir yang keluar dari palace. Jadi, beramai-ramai la keluar dari palace since dah kena halau a.k.a dah kena buang istana kan..hehe. Selepas kami keluar je dari Gyengbokgung Palace, tanpa tengok map @ bertanya pada sesiapa kami terus menghala ke bahagian kanan pintu utama palace follow ada satu rombongan pelancong ni.  Sebab kami expect mesti diorang ni akan pergi ke stesen subway @ tempat menarik yang berdekatan.

Based on planning lepas je keluar dari Gyeongbokgung Palace, kami akan ke Gwanghamun gate memandangkan info-info yang pernah deqsu baca bagi tahu dari palace ni boleh jalan kaki untuk terus tembus ke Gwanghamun Gate. Tapi, setelah hampir 20 min berjalan (sambil follow rombongan tadi), rasa macam pelik dan jauh la pulak kan. So, deqsu sempat bertanya dengan somebody ni and dia cakap kalau dari palace tadi sepatutnya kami kena belok ke kiri palace dan tak sampai 10 minit akan jumpa Gwanghamun Gate. Oh no!!!nak patah balik memang tak la kan.huhu. 

So, kami teruskan perjalanan ke station subway berdekatan since nak cari tempat yang sesuai untuk solat.hoho.. Time ni memang rushing sangat tau. Yela, dah dekat dah sepatutnya, tapi boleh pulak memusing dulu ke tempat lain.huhu. Dah sampai dekat satu subway station ni (tak ingat nama station tu) kami pun terus follow direction ke Gwanghamun. Mula-mula ingat nak solat kat station subway tu, tapi tersangat la crowded sampai tak jumpa tempat yang sesuai.huhu. Ottoke?? :(..

Then, perjalanan diteruskan. Untuk korang yang bagpackers dan tersesat@ salah jalan macam yang kitorang alami ni benda yang paling penting kena ada dengan korang adalah subway map. So, pilih jalan berdekatan ke tempat yang korang tau.. arosso??. Ok, continue balik story tadi. Sesampai je kat stesen Gwanghamun terus cari hwajang-shil sign board (washroom) untuk wudu'. Tapi, tetiba jugak perut nak buat hal masa ni.huhu..sembelit plak tu.nak nagis jap dalm toilet time 2..hampir setengah jam jugak la dalm washroom. Sian en. hubby yang kena tunggu kat luar. Lepas tu siap ingat yang deqsu ni tertido@pengsan @dah lari..hehe. Nak lari mana sayang oii..:p. Then, apalagi kan rushing la nak kejar waktu solat.huhu. Moral of the story janagn lambat-lambatkan solat ok. Kat mana pun tempat yang ada. solat je selagi boleh.huhu. Dah alang-alang tu jugak tunggu maghrib masuk kejap then terus jamak isya' sekali.

Alhamdulillah.. selesai solat terus je ke exit (yang mana jarak tak sampai 50 meter pun dari tempat solat kami. Then, time ni deqsu rasa macam something sikit since warna langit yang cantik, pemandangan yang wonderful. SubhanAllah sangat kagum dengan ciptaanNya. Mungkin bagi orang lain keadaan waktu senja ni macam sama je kat tempat lain. Tapi, deqsu rasa tak. Nampak gunung tu pun dah cukup buat deqsu rasa sangat damai..heheh..(layan emosi jap..hehe)
Firstly tengok tugu ni, deqsu ingat inilah replika King Joseon yang selalu diperkatakan tu yang menjadi tempat tumpuan peminat tegar Running Man. Tapi, bila baca sejarah kat depan replika ni, rupanya bukan. hoho. Sabar jela kan. Nampak sangat tak berapa nak minat Running Man. hehe. Cop, lupa nak cerita = deqsu pun baru je tau lepas balik Malaysia. Rupa-rupanya gate kat belakang tugu ni (kiri dan kanan belakang replika ni kan nampak ada lampu-lampu tu) tula Gwanghamun gate!! heheh..Kelakar je dah balik Malaysia baru tau ini la tempat yang kitorang nak pegi.(so, lain kali buat research habis-habis dulu naaa..)
Ok, jom teruskan perjalanan mencari tempat Running Man (takde motif pun sebenarnya..hehe)
Colorful.. Cantik
Hehe..nak jugak snap pic kat sini kan.Thanks cameraman :)..
Ini la tempat yang diorang cakap Running Man selalu shooting (betul ke tidak deqsu pun tak pasti sangat since tak layan sangat kan..huhu).  Lagipun takde pulak shooting masa ni. Tapi, ada event a.k.a mogok sempena hari ke berapa ratus peristiwa tenggelamnya feri ke jeju island dalam bulan April yang lepas. Ramai jugak la yang berkumpul berhadapan depan replika ni.
Ok, lepas tengok air pancut+lampu cantik, next destination In-sadong.. shopping time :p. Actually deqsu dengan unni dah pernah pergi In-sadong ni dulu.. tapi, seriously tak ingat jalan nak ke sana. So, bermula la proses tanya menanya dengan orang sekeliling. Lebih kurang 15-20 minit jugak la berjalan dari Replika King Joseon tu. Sambil tu sempat singgah mart beli banana uyu + olleh wifi. :). 

Pemandangan sekitar In-sadong. Masa ni tak ramai sangat orang since dah agak lewat.
Sempat shopping souvenir untuk family..:)
Penyanyi jalanan ala2 dalam cerita Marry me Marry tu.hehe :)
Ramai jugak la yang tengok + suara pun boleh tahan..:p
Misi mencari jalan pulang..huhu.. kitorang main redah je time ni..hehe
Ok..faham sangat kan?hoho.. Tapi..
Nasin baik sistem metro kat korea ni adalm dalm 3 bahasa (Korea, English & Japan)
Even dah lewat malam, ramai jugak rupanya yang still berkeliaran..isk3..hehe
Finally, tamatlah cerita hari kedua kami dibumi Seoul. Enjoy + Happy even penat kaki + berhadapan dengan macam-macam situasi yang tak dijangka.hehe. Anywy, sorry since lambat meng'update' blog untuk entry kali ni since sangat-sangat sibuk dengan macam2 kerja + mood yang on-off. Thanks for reading. Have a nice day :). Jangan rasa jemu untuk baca story hari ke-3 plak ek..hehe :)

Wednesday, October 1, 2014

~Wordless Wednesday~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


~Wordless Wednesday~
Story AH will be continue later on..
Let's take a look first into this sentence..
Kamsahamida...

The best sentence.. and the "fight" was our Life Journey. Keep look at back what we have done and find the best solution to make the bad thing become a wonderful thing.


Hal-soe-isso.. Fighting!!!