Sunday, March 6, 2016

Husnudzon :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam untuk terus rukuk serta sujud padaNya pencipta yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Rindu nak menaip.. rindu nak blog walking.. (^~^). Alhamdulillah dapat jugak melepaskan rindu tu. Thanks Allah, thanks en husband yang sentiasa faham kehendak hati ni nak menulis. Hehe. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak hampir 2 tahun usia perkahwinan kami. Moga hubungan ni sentiasa dalam rahmat & kasih sayangNya. 

Walaupun dah hampir 2 tahun, tapi rasa baru semalam je kenal. Inilah nikmat cinta selepas nikah orang kata. Ecece..over plak kan.hehehe. InsyaAllah moga kawan2 yang lain jugak dapat rasa nikmat macam ni satu hari nanti. Sebab setiap yang lahir kat dunia ada rasa bahagia dan ujian masing yang Allah dah tetapkan ikut kemampuan hambanya. Cumanya kita yang harus memilih cara dan jalan yang kita nak lalui. Ada orang laluannya sangat mudah untuk mencapai bahagia dan sebaliknya.

Di usia hampir 2 tahun ni dah pastinya soalan hot "dah ada ke?", " bila lagi?", "xcuba ubat ni & ubat tu ke?", "lamanya honeymoon", "doc cakap apa?" and bla.. bla.. bla. Biasa la kan, bila belum kawin tanya bila nak kawin. Bila dah kawin tanya bila nak ada anak. Bila dah ada seorang tanya pulak, bila nak tambah. Lumrah kehidupan dunia. Bagi kita yang berhadapan dengan orang2 macam ni jangan amik pusing sangat apa orang nak kata. Yang penting usaha, doa dan tawakal kita pada Allah. Jangan sebab pertanyaan macam tu kita jadi stress, jangan sampai bila kita terlalu fikirkan sangat sampai kita bersangka yang tidak baik dengan Allah tanpa kita sedar. Jangan sebabkan soalan2 macam ni hubungan kita dengan pasangan jadi huru hara. Ya Allah minta sangat dijauhkan. 



Sebaliknya yakin dengan janji Allah, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Allah akan bagi sesuatu tu sesuai pada tempat dan masanya. Teringat dengan cerita seorang sahabat ni, dah 2 tahun berkahwin, masih belun dikurniakan anak. Pada mulanya dia stress sampai sanggup lari dari jiran tetangga. Cari kawasan baru dan macam2 lagi. Dalam pada masa yang sama jugak macam2 dugaan yang terjadi dalam keluarganya. Ada suatu ketika dia sedang menjaga ayahnya yang sakit, dia sedar mungkin Allah belum tunaikan hajatnya ingin memilik cahaya mata sebab ada komitmen yang belum selesai dan harus ditunaikan pada keluarga. Mungkin kalau dah ada baby dia terpaksa bahagikan masa/ tak dapat menjaga ayahnya yang perlukan perhatian rapi. Atas kesabarannya.. insyaAllah, dalam masa 2 bulan ni dia bakal bergelar ibu setelah penantian hampir 4 tahun. Moga anak yang bakal lahir nanti menjadi anak yang soleh/solehah. Ameen.

Peringatan untuk kita semua, sebelum berkata fikir dahulu kesan positif & negatifnya. Kalau terlalu bahagia or derita jangan terlalu menjaja cerita dan berbangga diri. Takut ada orang sekeliling yang terluka walaupun kita kononnya hanya untuk berkongsi kegembiraan. Boleh berkongsi, cuma pilih cara dan ayat yang sesuai. Supaya perkara tersebut jadi motivasi untuk orang lain, bukan jadi cacian. 



~nukilan ini dari insan kerdil yang hanya ingin meningkatkan motivasi diri dan memperingati diri sendiri~ ;)~