Friday, November 23, 2012

~Asyura Day~(",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
~
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus rukuk dan sujud kepadaNYA
Jom terus membaiki diri dengan meningkatkan amal kebaikan..(",)
~
~

Bagi sesiapa yang mampu, mari kita sama-sama berpuasa sunat  (23 Nov = Hari Tasu'a = 9 Muharram) dan ( 24 Nov 2012 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. Demikian pandangan Imam An-Nawawi.

Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

via Ustaz Zaharuddin.net


Jom Puasa Kawan-Kawan Semua... (",)
Teruskan berdoa untuk saudara mara kita di Gaza!!

No comments: