BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
Alhamdulillah.. Ahamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk terus menghirup udara segar dibumiMu Ya Rabb. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
Alhamdulillah, weekend baru ni dapat diisi dengan perkara berfaedah even misi utama nak siapkan benda lain, tapi tak berjaya pun.. huhuhu (bila blogger dah berjumpa buku, inilah jadinya..^~^). Ilmu + Iman perlu ditopup, bukan perut je perlu diisikan??^~^
Hari Jumaat minggu lepas alang-alang beli barang dapur dekat Giant, singgah sekejap kat MPH cari bahan bacaan since rasa macam dah lama tak beli buku (emm, rasanya baru bulan lepas dah beli 2 buah kot.heee). Buku " Sebelum Aku Bernikah" by Hilal Asyraf menjadi pilihan hati. Kenapa? mai cheq nak habaq mai naa..^~^.
Actually, dalam hujung Ogos & awal September lepas masa tengah mencari artikel berkenaan dengan istikharah, deqsu terjumpa sinopsis buku ni dekat blog saudara Hilal. Menarik, tapi dalam hati cakap, "..perlu ke nak baca? macam belum sampai masanya lagi je..". Perkataan yang sama jugak deqsu ungkapkan tatkala seorang sahabat menghulur buku " Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul" by Ustazah Fatimah Syarha sekitar tahun 2010 dulu.
Tapi, sebenarnya, disinilah titik permulaan deqsu dalam mendidik diri agar lebih
menjaga hati dan akhlak andai ingin yang terbaik kelak. "..Menjemput kefahaman terlebih dahulu, berbanding menerjah ke alam itu secara melulu.." agree bukan dengan kata2 ni?. Tanpa ilmu yang cukup, kita takkan kemana. ^~^ (just remind my self). Dalam buku ni, bukan hanya bercerita pasal cinta. Tapi, bagaimana nak mencari cinta yang sebenar, bagaimana nak menjadi muslim/muslimah yang baik. Kadang-kadang kita ni cepat salah faham dengan tajuk dan berfikir "..ooo, ni untuk orang bercinta, yang berkahwin.." Nope, don't judge a book by its cover ok? ^~^. Baca dan fahami dulu..
Then, kenapa buku saudara Hilal Asyraf pula menjadi pilihan deqsu sebabnya deqsu dah pernah baca pengalaman Ustazah Fatimah Syarha dalam tulisannya diaatas serta novelnya "Tautan Hati" & "Sebarkan Cinta-Mu". So, kali ni nak baca pula coretan dan pengalaman insan lain dan SubhanAllah, coretan dan perkongsian yang menarik. Kadang2 terasa seperti membaca cerita sendiri dan terasa akan kekhilafan diri yang lemah ini.
Pengalaman hidup ini terlalu mahal sebenarnya sebab kita sedang diajar secara tak langsung olehNya Yang Maha Penyayang. Makanya kita kenalah sentiasa muhasabah dan renung kembali rentetan hidup yang pernah dilalui. Syukran jazilan buat penulis2 ini yang sudi berkongsi cerita untuk ingatan dan iktibar insan2 lain. ^~^
Selamat bercinta hingga ke Syurga buat sahabat2 deqsu yang bakal mendirikan rumah tangga sekitar November & Disember ini (date fully book.hehe). Barakallah ^~^
InsyaAllah, andai ada kesempatan dan diizankan olehNya kita sampai ek kawan2 ^~^