Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
Re-post entry last year ^~^
Bagi sesiapa yang mampu, jom kita sama-sama berpuasa sunat (13 Nov 2013 = Hari Tasu'a = 9 Muharram) dan (14 Nov 2013 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. ~Imam An-Nawawi~
Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
via Ustaz Zaharuddin.net
No comments:
Post a Comment