BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur atas segala nikmat kurniaanNya yang memberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Yang Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
Ayat-ayat cinta dariNYA yang tiada yang benar melainkan yang benar belaka. InsyaAllah, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ni cukup sebenarnya. Cuma kita ni kadang-kadand tak mampu control nafsu diri untuk dapatkan yang lebih dari tu, betul tak??^~^. Setiap yang Allah kurniakan kepada kita itu sebenarnya itulah yang selayaknya kita dapat, Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan (flash-back balik konsep kehendak & keperluan) (",)
Dah dua bulan tazkirah di majlis tahlil ofis bercerita mengenai menjemput syukur. SubhanAllah, topik yang sangat menarik even dah banyak kali dengar dan baca pun sebenarnya. Tapi, itulah lumrah manusia sentiasa perlu diingatkan. Bersyukur dengan hati, bersyukur dengan lisan bersyukur dengan tindakan. Macam-macam cara yang boleh kita lakukan asalkan niat dan cara yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan syariat. Cuma, yang paling utama segala yang kita dapat, segala yang jadi dalam kehidupan seharian kita adalah aturan terbaik dariNYA, sepatutnya setiap saat kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakan nafas untuk terus melakukan kerja seharian.
Andai dikurniakan rezeki yang lebih, bersyukur dan berkongsi pada yang memerlukan..
Andai dikurniakan rezeki yang seadanya, bersyukur dan lihatlah mereka yang tidak makan, minum & tidur di Gaza & Palestin sana..
Andai dikurniakan keluarga yang penyayang, bersyukur dan hargailah mereka sebaiknya..
Andai dilanda dugaan & ujian yang berat, bersyukur & pandanglah pada mereka yang lebih berat dan terdahulu diuji..
No comments:
Post a Comment