Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur atas nikmat iman & islam kurniaan dariNya Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
April'14 to be continue...
Hidup diteruskan seperti biasa cuma bulan April ni rasa macam schedule pack sangat, every week ada je urusan seri paduka baginda yang perlu diselesaikan. Even orang cakap takpe ada masa lagi, tapi bagi deqsu selagi mana yang boleh settle buat dulu. So, nanti bulan depan takde nak kelam-kabut/stress sangat kan.^~^
But, as usual.. tak semesti yang kita rancang itu menjadi.. sebab kita merancang dengan cita-cita.. tapi DIA merancang dengan cintaNYA.. Allahu Allah.. Sekali lagi diuji dengan dugaan kerja, tapi kali ni lain sikit since kena buat keputusan dan buat deqsu risau sangat sebab keputusan yang deqsu kena buat melibatkan banyak pihak.huhu.
Kebetulan semua nak jadi dalam minggu lepas, so agak tertekan sebenarnya cuma berlagak cool je kat office. huhu. Bila abis je kerja, masuk kereta baru la boleh nak beremosi sendiri dan fikir solution. Ada sehari tu, berfikir sambil karaoke nasyid dalam kereta sampai malam tu perit tekak..hoho (So, sila bayangkan betapa teruknya berfikir sampai jadi camtu sekali..hehe..bila fikir balik..macam kelakar je..ntah, lately ni banyak buat benda pelik2..isk3..^~^)
Dan sampai sekarang sebenarnya takde solution pun untuk problem & keputusan yang deqsu kena buat. Emm, just follow the flow je boleh tak? huhuhu. Hopefully semuanya baik-baik je nanti. InsyaAllah.. setiap musibbah yang diturunkan kepada kita ada sebab yang tersendiri. Teringat topik dalam rancangan "Tanya Ustaz" : Hikmah Musibah dan jenis-jenis musibah. Thanks blogger yang share info yang sama. :)
3 Jenis Musibah : Kaffarah, bala, dan ibtila'. Siapakah yg akan mendapat kaffarah? siapakah yg akan mendapat bala? siapakah yg akan mendapat ibtila'?
1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.
Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat
"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)
2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)
3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.
"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)
Golongan mana pun kita, tapi sedarlah kita hanya hamba kerdil yang berhadapan dengan warna-warni kehidupan. Bagi deqsu, diturunkan ujian sebagai kafarah untuk kita sentiasa bersyukur dan redha serta ingatlah Allah sentiasa menjaga dan menginginkan kita agar tidak lari dari landasannya. Diturunkan pula ujian sebagai bala' agar kita sentiasa ingat, perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang sepatutnya. So, don't be naughty and always try to be better.. InsyaAllah ^~^. Ujian dikira sebagai ibtila' pula untuk mengangkat darjat seseorang itu.
After type and read it back. I'm realize that i should be strong & need to always be positive. Everything happen with a reason. Thanks Allah because YOU always remind me with YOUR love letter. Let's always start a new day with a new book. May Allah protect and bless on us always. ^~^ #oneandhalfmonthtogo#
2 comments:
Best perkongsiannya..Nak kekal cergas??? Jom tinkatkan Imunisasi dengan SHAKLEE..http://mamasyuhadahmall.blogspot.com/2014/02/mighty-3-gems-programme.html
Nice blog....but pls watch out of using others photo from internet. For this case I am OK that you use my photo (without my consent), basis it is not for commercial use... or else you might see me in court.
Not a nice thing to do to just kidnap photo from internet and use without owner consent.
The proper way is....ask permission if would like to use it for free....and put credit to the photographer. For your info...the cost of the photo is RM 1339, sold in Getty Images.
http://www.gettyimages.com/detail/photo/the-moon-royalty-free-image/141330190
rozikassim@yahoo.com
Post a Comment