Tuesday, September 23, 2014

AH Day 2 Part II ~ Gyeongbokgung Palace + National Folk Museum

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

To be continue again after a week..hehe (busy3. :p)

Lepas dah makan2 + shopping2 sikit di Itaewon, kami teruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Actually, dah agak lewat since planning asal nak gerak dari Itaewon dalam jam 2.30 sebab nak tengok perarakan pertukaran pengawal Gyeongbokgung Palace yang dijadual kan sekitar jam 10 pagi & 3.30 petang. Nak kejar yang pagi, memang dah terlepas la kan. So, berlari-lari anak2 jap ke Gyeongbokgung Station nak kejar perarakan pukul 3 (nampak sangat menipu berlari kan since agak jauh la jugak ke sana).

'Itaewon --> Yaksu (transfer line 3) --> Gyeongbokgung'

Alhamdulillah, selamat sampai ke Gyeongbokgung Palace. Snap pic kat sini dulu sebelum masuk ke dalam istana. Tapi, sebelum tu nak story, since station subway kali ni menghala terus ke pintu masuk istana. So, dinding2 sepanjang exit tu semua traditional. Cantik + Menarik + Memang Daa Boom la.. UNIK!!!
Pintu masuk ke palace. Sangat kagum dengan korean yang mampu mengekalkan tinggalan sejarah mereka walaupun Gyeongbokgung Palace ni terletak ditengak-tengah kota yang sesak. Kami sampai sini dalam jam 4petang (dalam hati masa ni dah redha since tau tak dapat nak tengok perarakan pertukaran pengawal istana). Sob3...sedih jap :(.. So, terus je nak beli tiket masuk ke palace (3,000 won) disebelah kanan sebelum pintu masuk istana. Tapi, disebabkan mata yang meliar tengok ke pintu utama istana akibat kempunan nak tengok pengawal istana. Tiba2.. "abang, tengah exchange security la'.. apa lagi kan, en. hubby lari-lari pegi ke pintu utama istana untuk snap pic. Alhamdulillah, rezeki kami untuk tengok adat istiadat pertukaran pengawal. :)
Proses pertukaran shift pengawal Gyeongbokgung Palace :)
Lead of Palace Security.hehe (cantik pic ni.. siapa ntah yang snap kan? :))
Main Palace dalam Gyeongbokgung. Kawasan dalam ni tersangat la luas. Tak sure kena amik masa berapa lama untuk khatam seluruk kawasan ni since kami pun tak sempat tawaf keseluruhan bangunan.
Selfie kejap..hehe..(sila abaikan muka yang tak bersemangat tu since dah penat berlari kan..hehe ;p)
Tempat raja bersemayam.
Ni maybe tempat lepak-lepak + makan-makan kot.hehe
Another palace in the main palace. (ala-ala istana orang bawahan)
Tengah busy berjalan dan tengok kawasan sekitar palace, terjumpa dua budak yang sangat comel ini. Neomu keomi :)
NI pulak tak sure tempat apa, tapi environment yang sangat menarik + mendamaikan. (One of favourite pic of...my hubby..hehe)
Nak jugak kan..hehe..Ok, korang fokus pada bangunan yang kat belakang tu je ek. hehe.. since deqsu nak tunjuk yang kawasan ni sangat besar dan ada bermacam-macam bentuk istana kecil/rumah dan lain-lain lagi. Kira macam satu perkampungan jugak la.:)
ecece..berlagak model jap ek.. hehe
Ok, kalau korang teruskan lagi perjalanan di kawasan belakang istana, korang akan jumpa National Folk Museum. Untuk masuk ke sini entrance fee adalah free..hooyee.(jimat duit ..;p). Museum ni mengetengahkan sejarah kerajaan korea , pakaian tradisional dan juga aktiviti masyarakat di sini. (So, sambil berjalan sambil mempelajari dan menghayati sejarah negara asing)
Actually, dekat depan pintu masuk one of museum ni dah mention tak boleh snap pic since show semua dalam bentuk 3D. Tapi, degil jugak kan..Nak snap pic jugak. So, ni la hasilnya.heheh
Ok, kat part ni tertulisnya sejarah penubuhan Republic of Korea dan apa lagi en. hubby snagt khusyu' dan tawaduk baca sejarah yang ditulis dalam bentuk time line sine dari awal lagi en. hubby sangat berminat untuk tahu ke mana hilangnya raja south korea dan kerajaannya. Sampaikan, hampir semua pekerja yang dijumpa dalam istana ni kena soal..alahai..hehe ;)
bersama replika masyarakat di sana. :)
One of beautiful scenery there. SubhanAllah.. serius menenangkan je masa ni even kami berkejar dengan masa dan pada masa yang sama jugak, pengumuman untuk reminder yang istana akan ditutup telah pun dikeluarkan.hehe
Tak dapat pakai hanbook, snap pic dengan gadis-gadis comei ni pun jadi la kan.hehe

So, ini lah story kami sepetang di palace. Lepas ni nak bekejar untuk cari tempat solat pulak since nak solat dalam istana tadi takut kena kurung pulakkan. Al-maklum la dah sampai lewat kan..huhu. Ok, next destination is Gwanghamun. Nak tahu kenapa kami ke Gwanghamun dan cerita sesat + kena halau. So, waiting for the next entry ok (emm, maybe take a week jugak la since sangat busy dengan GST training lately ni..hoho)..

Annyeong..:(

Monday, September 15, 2014

AH Day 2 Part I ~ Namsan Tower + Itaewon

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. 

To be continue..
 05.08.2014 Friday
 Namsan Tower

Pagi-pagi lepas je breakfast, ni la tempat yang kami tuju. Opps.. sebelum tu nak story, pagi ni kami breakfast nasi goreng kampung Brand Sharifah. Hanya perlu rendam dalam masa 5 min dalam air panas yang menggelegak dan masukkan dalam microwave@rice cooker untuk hasil yang lebih menyelerakan. Actually, dah lepas rendam dengan air panas tu pun dah boleh terus makan. Tapi, saje ngada-ngada nak lagi best kan, so buat-buat la rajin depan en. hubby.heheh.

Ok, dari Guest House (IB Ville Guest House) kami hanya perlu berjalan kaki a.k.a mendaki untuk sampai ke Namsan Cable Car. Bagi yang stay di kawasan lain, korang boleh ambil subway ke Myeongdong(line 4) exit 3 dan keluar dari subway akan nampak Pacific Hotel then teruskan berjalan + mendaki di kanan Pacific Hotel. Lebih kurang dalam 15 minit korang akan sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan akan jumpa banyak lagi Guest House especially Namsan Guest House 1, 2 & 3.

Tapi, disebabkan kami keluar awal dan perjalanan yang tak berapa nak jauh ni. Maka entrance cable car tak buka lagi. huhu. Nak tunggu lama la pulak, so kami plan untuk mendaki ke puncak Namsan Tower. Tak sampai suku perjalanan, dah rasa penat + macam jauh je lagi perjalanan. Kami decide untuk turun semula dan tunggu bus untuk ke puncak Namsan Tower. Bus Tour, here we go!!! :) . Fee yang dikenakan hanya 850won dengan menggunakan T-Money. Sepanjang perjalanan ke puncak tu, kitorang berdialog sesama sendiri; "tingginye la..nasib baik tak mendaki tadi kalau tak, mau flat tengah jalan ni" hoho. Untuk naik ke Namsan Tower menggunakan bas, korang boleh menaiki bas no. 02@05. Tapi, untuk yang dari Myeongdong, boleh naik dan turun dari Namsan Tower dengan menggunakan bas 05. Cara nak kenal bas ni, korang akan nampak gambar Namsan Tower pada bas berkenaan.

Jom layan view sekitar Namsan Tower :)

Alhamdulillah.. Safely arrived. Ini la Namsan Tower a.k.a Seoul Tower :)
View Bandar Seoul dari kaki bukit Namsan Tower :)
Finally dapat snap pic kat sini. Punya la lama tunggu turn.hehe.Saranghae!!
Nampak tak, dedaunan baru nak bertukar warna. SubhanAllah, serius cantik!!
Kawasan sekitar Namsan Tower yang agak luas, Ada kubu pertahanan apa ntah, kitorang lupa. hehe. Dapat snap pic together since ada yang offer diri. komawo ahjusshi. ;)
Love Padlock. dah full dah kat sini. 2 tahun lepas deqsu pergi dengan unni kosong lagi kat hujung ni. Currently, dah tambah lagi satu port letak padlock ni kat bahagian bawah sikit dari entrance office. (lupa nak snap pic.huhu)
Opps, ada benda baru la. :) Sekarang ni dah ada love chair pulak. Kreatif sungguh orang korea ni kan. Sepanjang di Namsan Tower apa yang deqsu boleh conclude kan, orang korea ni sangat mengagungkan makna cinta sebab everything yang ada dan mereka reka kebanyakkannya untuk melambangkan makna sebuah cinta. So, sangat sesuai la untuk korang-korang yang nak pergi honeymoon tu ek ;)
Dari sini pun boleh nampak bandar Seoul. Untuk ke love padlockni tak ada sebarang bayaran dikenakan. So, boleh la nak berjalan-jalan+berselfie dengan monopod masing-masing (macam kitorang) :)
Ok, sekarang masa untuk menjelajah Namsan Tower itu sendiri. Entrance fee untuk masuk ke Namsan Tower ni 9,000won seorang. Plan asal nak masuk Tower+Teddy Bear Museum. Tapi, baru deqsu tau yang Teddy Bear Museum dah tutup dan digantikan dengan Alive Museum. Tapi, kami decide untuk naik ke Tower je since Alive Museum buka tengah hari.
Dah penat pusing, jom kita minum dulu bersama Lee Min Ho@ Twosome+ coffee.hehe. Selain kopi terdapat juga cenderahati pic LMH kat sini since LMH jadi duta untuk Twosome+ Coffee. Ingat nak beli jugak, tapi takut ada yang jealous la pulak kan..huahua..larikkkkkk. ;)
Muka excited since everything in green. Suka la tu kan sebab warna tema Namsan Tower sama dengan colour baju+ handphone+monopod+ kasut+cenderahati. Complete set untuk dijual..heheh ;)
Selfie free style kejap sambil menikmati pemandangan dari atas N. Tower dan minum kopi bersama LMH version melayu.:p
I like this view. Nampak macam lukisan. Tapi, its real view actually.
Ok, sedar tak sedar dekat nak separuh hari kat namsan Tower. Nak bekejar ke Itaewon pulak untuk Soalt Jumaat. Jom turun balik ke kaki bukit . ;) Masa on the way turun tu plan nak datang sini lagi tengok view malam plak.;). Sempat ke? tunggu next2 entry ok..:p
Next destination:
'Myeongdong--> Chungmuro(Transfer Line 3)--> Yaksu-->(Transfer Line 6)-->Itaewon
Aktiviti seterusnya adalah solat Jumaat di Itaewon. Salah sebuah bandar yang anda boleh dapati pelbagai jenis halal food dan juga satu-satunya masjid yang ada di bandar Seoul ni (kalau tak salah deqsu la). Masa mr. hubby solat Jumaat deqsu duduk betul-betul berhadapan dengan tangga masuk ke masjid ni dengan seorang student dari Indonesia yang tengah tunggu husband solat jugak. 

Tapi, majoriti yang datang solat disini adalah orang Arab, Indonesia, Malaysia, Turki, Pakistan dan dari beberapa negara lagi. Muslim korean tak nampak pulak. Maybe tak persan kot.huhu. Khutbah disini disampaikan dalam 3 bahasa (english,arabic & korean) Sangat ringkas, menarik dan clear bak kata mr. hubby.

Penuh sampai  ke tangga.
Prove yang kami memang berada disini.heheh.;)

Bibimbap. neomu mashitda
Lepas habis solat Jumaat, makan time!! since perut dah berbunyi minta diisi. Kali ni, senang sikit nak cari makan since banyak pilihan kedai yang halal. Kami makan di Muree Restaurant yang menyediakan makanan melayu dan korea. Then, apalagi kan deqsu try la bibimbap die. Sedap3. tapi, yang unni buat lagi sedap kot. hehe. mr. hubby plak order nasi beriani ayam since seharian tak jumpa ayam kan. :p

Lama jugak la kami di Muree Restaurant tu sampai dah bertukar-tukar orang dalam kedai tu. Tapi, kitorang tak bangun-bangun jugak.hehe. Then, teruskan berjalan disekitar Itaewon. Sempat la jugak beli souvenir untuk kawan-kawan di Malaysia. Tapi, ada certain kedai je yang murah. So, berjalan-jalan la dulu ek. Tapi, kalau nak lagi murah dan banyak pilihan korang boleh shopping di Namdaemun, Dongdaemun & Insa-dong. Since misi ke South Korea kali ni bukan untuk shopping, jadi kami beli je di mana tempat yang kami singgah.

Ok, rasanya cukup kot untuk kali ni. To be continue untuk aktiviti petang di hari ke-2 di next entry arasso? Annyeong.. ;p.

(p/s: feel free untuk tanya apa-apa kepada yang ingin ber'bagpackers' ke Korea. Mana yang deqsu tahu, deqsu akan jawab. )

Thursday, September 11, 2014

AH Day 1 ~ Seoul Trip

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud dibumiMu Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah selamat pergi dan pulang dari "Advanture Honeymoon" (AH) ke Korea. :). Even plan asal pergi under agen, tapi disebabkan sebab-sebab tertentu maka ber'bagpackers' la kami.:). Research yang tak sampai sebulan maka inilah hasilnya. 

04.08.14 Thursday
Departure time


Flight pukul 8 pagi??ottoke?? Alamatnya kena bangun pagi-pagi la ni kan. So, lebih kurang pukul 3 pagi lebih dah terjaga sebab janji dengan kak eina pukul 4.30 pagi nak gerak ke KLIA2. Komawo Unni, Appa & Omma sebab sudi bangun pagi-pagi untuk hantar kami even sehari sebelumnya baru balik dari Medan. Sepanjang perjalanan ke airport rasa nervous la jugak since rasa responsible untuk itinerary trip kali ni.huhu.

Sampai ke airport je kami terus check-in since tak buat web check-in lagi takut tak dapat duduk sebelah-sebelah..hee. Tapi, ada problem sikit kat sini sebab rupa-rupanya kami lupa untuk masukkan baggage masa tempah tiket dulu.huhu. Melayang la jugak RM105. So, moral of the story, pastikan baggage+makanan yang korang nak order complete ok. Selesai urusan check-in kami terus solat subuh dan breakfast.

Hampir nak ke pukul 7 kami masuk ke tempat departure. As the first time menggunakan KLIA2 terasa sangat jauh ok untuk pergi ke tempat flight boarding..hoho. Disebabkan terlalu jauh dan first time dalam KLIA2 ni, maka kami berjalan sambil menghayati keadaan disekeliling sampai la ternampak 'final call' kat skrin untuk flight yang bakal kami naiki. Hoho. Apa lagi kan, time to speed, berlari-lari la kejap kami dalam tu.hehe.


Alhamdulillah, selamat mendarat dalam perut flight. Muka excited nak fly+tidur since malam sebelumnya tak cukup tidur kan. Al-maklum la pekerja contoh, sibuk dengan kerja sampai semua benda buat last minute.huhuhu.

Hampir 30% dalam flight ni Malaysian and more than 50% Korean. Bila dah start dengar suara-suara korea ni.. so, excited terlebih la pulak kan. Kami dapat sit tengah-tengah, so tak dapat la nak tengok tepi tingkap.huhu

Alhamdulillah, setelah hampir 6 jam lebih perjalanan, kami selamat mendarat di Incheon International Airport. :). Annyeonghasyeyo..


Ehem3.. en. hubby sempat bergambar dengan Kapten Azharuddin yang membawa kami ke negara K-pop ini. Actually, Kapten yang first tegur kami dulu since time kami keluar untuk transit ke arrival hall tu kapten dengan crew2 cabin flight D7504 pun keluar sekali. So, dah alang2 ada peluang ni bergambar la sekali kan :)


Hohoho. lama jugak la kami beratur untuk lepas dekat imigrasen ni memandangkan ramai orang dan urusan di sini agak ketat. But, alhamdulillah semuanya ok cuma kena tegur jela sebab ambil gambar kat kawasan ni. isk3, sape ntah yang snap pic tu kan..heheh :)


Keluar je dari arrival hall, annyeonghasyeyo!!! Siapa yang nak pick-up kitorang ni? Hehehe, Opps, lupa pulak kan, bagpackers ok. So, here we are and adventure honeymoon was start.. :)


First, terus ke 7e @ mini mart untuk cari T-Money. T-Money ni penting untuk kegunaan korang yang akan menggunakan train untuk berjalan sekitar Seoul. Selain itu jugak T-Money ni boleh digunakan di kedai-kedai terpilih, bas dan teksi. Fungsi kad ni lebih kurang macam kad Touch n Go cuma T-Money ni lagi banyak manfaat dari menggunakan cash untuk bayaran tertentu.


Lepas dah dapat T-Money misi mencari subway a.k.a train untuk ke Guest House kami di Myeongdong. Opps, sebelum tu jangan lupa untuk topup T-Money. Macam kami topup siap-siap 20,000 won untuk perjalanan selama 5 hari.

Direction to our guest house at Myeongdong:
Incheon Airport --> Seoul Station (Transfer Line 4)--> Myeongdong (Exit 3)

Lupa pulak nak inform, untuk menjadikan setiap perjalanan korang smooth & steady, korang cuba buat research sikit-sikit and study pasal subway maps di sini @ boleh download apps kat handphone canggih korang tu ek. ;). Mula2, agak susah nak faham sebab banyak line, Tapi, bila korang teliti dan study, insyaAllah senang nanti perjalanan korang. :)


Haa..nampak tak tower yang blue colour kat pic ni, tula Namsan Tower@Seoul Tower yang menjadi mercu tanda South Korea. Actually, time ni deqsu sangat excited sebab tak sangka guest house kami dekat dengan Namsan Tower. Hooyee, hari-hari boleh nampak Namsan Tower ni. ;). Thanks a lot to my junior yang tolong book kan guest ni. Lepas ni boleh datang sini lagi since sangat selesa dan banyak kemudahan kat kawasan ni. 

Alhamdulillah kami selamat sampai di guest house lebih kurang pukul 7 malam. Sebelum tu, kami solat jamak taakhir di Seoul Station. Eh, ada prayer room ke? Jangan nak mimpi ok. Kami solat ditepi lif di Seoul Station memandangkan kawasan tu agak tersorok sikit.


Lepas mandi and solat, malam ni misi kami berjalan sekitar Myeongdong Market. Mula-mula tercari-cari jugak market ni. Sebab dari luar jalan raya memang tak nampak, lepas pusing-pusing baru la jumpa. Sempat beli aiskrim panjang kat market ni. Tengok tu, en. hubby siap bergambar lagi dengan penjual aiskrim tu.:).

Disebabkan keluar dengan tujuan hanya mencuci mata, maka tisu dan segala bentu barang keperluan tak bawak. Kelam kabut cari toilet nak basuh tangan yang berlengas . Tanya punya tanya semua pun tak faham 'toilet' @ 'washroom' tu apa. Then, deqsu teringat yang unni pernah ajar 'toilet' in hanguk. So, jumpa je ahjusshi sorang ni terus tanya "Hwajangshil is-so-yo?". Then, baru la diorang bagi direction. Alhamdulillah, dapat jugak deqsu basuh tangan walau terpaksa masuk toilet lelaki since toilet perempuan tak tau kat mana. Thanks mr. hubby coz tolong cover line.hehe ;)


Perjalanan diteruskan, misi seterusnya nak cari "Cat Cafe' tapi tak jumpa-jumpa pulak @ maybe dah tutup kot since masa tu pun dah agak lewat kan. Opps lupa nak inform, Myeongdong Market ni sangat terkenal dengan barang kecantikan wanita. Banyak sangat make-up & barang perhiasan yang lain. Kami sempat membeli mask dekat "Seetree" tu pun setelah pusing semua kedai dan compare price & jenis. Then, patah balik pegi kedai ni. hehe.. Kali ni deqsu pulak nak bergambar.hehe

Dah penat pusing, now time to sleep.. Banyak lagi aktiviti menanti esok..hehe.. Jom balik guest house jalan kaki.. ;). Sangat enjoy berjalan sekitar Myeongdong even just for a while :)