Thursday, September 11, 2014

AH Day 1 ~ Seoul Trip

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud dibumiMu Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah selamat pergi dan pulang dari "Advanture Honeymoon" (AH) ke Korea. :). Even plan asal pergi under agen, tapi disebabkan sebab-sebab tertentu maka ber'bagpackers' la kami.:). Research yang tak sampai sebulan maka inilah hasilnya. 

04.08.14 Thursday
Departure time


Flight pukul 8 pagi??ottoke?? Alamatnya kena bangun pagi-pagi la ni kan. So, lebih kurang pukul 3 pagi lebih dah terjaga sebab janji dengan kak eina pukul 4.30 pagi nak gerak ke KLIA2. Komawo Unni, Appa & Omma sebab sudi bangun pagi-pagi untuk hantar kami even sehari sebelumnya baru balik dari Medan. Sepanjang perjalanan ke airport rasa nervous la jugak since rasa responsible untuk itinerary trip kali ni.huhu.

Sampai ke airport je kami terus check-in since tak buat web check-in lagi takut tak dapat duduk sebelah-sebelah..hee. Tapi, ada problem sikit kat sini sebab rupa-rupanya kami lupa untuk masukkan baggage masa tempah tiket dulu.huhu. Melayang la jugak RM105. So, moral of the story, pastikan baggage+makanan yang korang nak order complete ok. Selesai urusan check-in kami terus solat subuh dan breakfast.

Hampir nak ke pukul 7 kami masuk ke tempat departure. As the first time menggunakan KLIA2 terasa sangat jauh ok untuk pergi ke tempat flight boarding..hoho. Disebabkan terlalu jauh dan first time dalam KLIA2 ni, maka kami berjalan sambil menghayati keadaan disekeliling sampai la ternampak 'final call' kat skrin untuk flight yang bakal kami naiki. Hoho. Apa lagi kan, time to speed, berlari-lari la kejap kami dalam tu.hehe.


Alhamdulillah, selamat mendarat dalam perut flight. Muka excited nak fly+tidur since malam sebelumnya tak cukup tidur kan. Al-maklum la pekerja contoh, sibuk dengan kerja sampai semua benda buat last minute.huhuhu.

Hampir 30% dalam flight ni Malaysian and more than 50% Korean. Bila dah start dengar suara-suara korea ni.. so, excited terlebih la pulak kan. Kami dapat sit tengah-tengah, so tak dapat la nak tengok tepi tingkap.huhu

Alhamdulillah, setelah hampir 6 jam lebih perjalanan, kami selamat mendarat di Incheon International Airport. :). Annyeonghasyeyo..


Ehem3.. en. hubby sempat bergambar dengan Kapten Azharuddin yang membawa kami ke negara K-pop ini. Actually, Kapten yang first tegur kami dulu since time kami keluar untuk transit ke arrival hall tu kapten dengan crew2 cabin flight D7504 pun keluar sekali. So, dah alang2 ada peluang ni bergambar la sekali kan :)


Hohoho. lama jugak la kami beratur untuk lepas dekat imigrasen ni memandangkan ramai orang dan urusan di sini agak ketat. But, alhamdulillah semuanya ok cuma kena tegur jela sebab ambil gambar kat kawasan ni. isk3, sape ntah yang snap pic tu kan..heheh :)


Keluar je dari arrival hall, annyeonghasyeyo!!! Siapa yang nak pick-up kitorang ni? Hehehe, Opps, lupa pulak kan, bagpackers ok. So, here we are and adventure honeymoon was start.. :)


First, terus ke 7e @ mini mart untuk cari T-Money. T-Money ni penting untuk kegunaan korang yang akan menggunakan train untuk berjalan sekitar Seoul. Selain itu jugak T-Money ni boleh digunakan di kedai-kedai terpilih, bas dan teksi. Fungsi kad ni lebih kurang macam kad Touch n Go cuma T-Money ni lagi banyak manfaat dari menggunakan cash untuk bayaran tertentu.


Lepas dah dapat T-Money misi mencari subway a.k.a train untuk ke Guest House kami di Myeongdong. Opps, sebelum tu jangan lupa untuk topup T-Money. Macam kami topup siap-siap 20,000 won untuk perjalanan selama 5 hari.

Direction to our guest house at Myeongdong:
Incheon Airport --> Seoul Station (Transfer Line 4)--> Myeongdong (Exit 3)

Lupa pulak nak inform, untuk menjadikan setiap perjalanan korang smooth & steady, korang cuba buat research sikit-sikit and study pasal subway maps di sini @ boleh download apps kat handphone canggih korang tu ek. ;). Mula2, agak susah nak faham sebab banyak line, Tapi, bila korang teliti dan study, insyaAllah senang nanti perjalanan korang. :)


Haa..nampak tak tower yang blue colour kat pic ni, tula Namsan Tower@Seoul Tower yang menjadi mercu tanda South Korea. Actually, time ni deqsu sangat excited sebab tak sangka guest house kami dekat dengan Namsan Tower. Hooyee, hari-hari boleh nampak Namsan Tower ni. ;). Thanks a lot to my junior yang tolong book kan guest ni. Lepas ni boleh datang sini lagi since sangat selesa dan banyak kemudahan kat kawasan ni. 

Alhamdulillah kami selamat sampai di guest house lebih kurang pukul 7 malam. Sebelum tu, kami solat jamak taakhir di Seoul Station. Eh, ada prayer room ke? Jangan nak mimpi ok. Kami solat ditepi lif di Seoul Station memandangkan kawasan tu agak tersorok sikit.


Lepas mandi and solat, malam ni misi kami berjalan sekitar Myeongdong Market. Mula-mula tercari-cari jugak market ni. Sebab dari luar jalan raya memang tak nampak, lepas pusing-pusing baru la jumpa. Sempat beli aiskrim panjang kat market ni. Tengok tu, en. hubby siap bergambar lagi dengan penjual aiskrim tu.:).

Disebabkan keluar dengan tujuan hanya mencuci mata, maka tisu dan segala bentu barang keperluan tak bawak. Kelam kabut cari toilet nak basuh tangan yang berlengas . Tanya punya tanya semua pun tak faham 'toilet' @ 'washroom' tu apa. Then, deqsu teringat yang unni pernah ajar 'toilet' in hanguk. So, jumpa je ahjusshi sorang ni terus tanya "Hwajangshil is-so-yo?". Then, baru la diorang bagi direction. Alhamdulillah, dapat jugak deqsu basuh tangan walau terpaksa masuk toilet lelaki since toilet perempuan tak tau kat mana. Thanks mr. hubby coz tolong cover line.hehe ;)


Perjalanan diteruskan, misi seterusnya nak cari "Cat Cafe' tapi tak jumpa-jumpa pulak @ maybe dah tutup kot since masa tu pun dah agak lewat kan. Opps lupa nak inform, Myeongdong Market ni sangat terkenal dengan barang kecantikan wanita. Banyak sangat make-up & barang perhiasan yang lain. Kami sempat membeli mask dekat "Seetree" tu pun setelah pusing semua kedai dan compare price & jenis. Then, patah balik pegi kedai ni. hehe.. Kali ni deqsu pulak nak bergambar.hehe

Dah penat pusing, now time to sleep.. Banyak lagi aktiviti menanti esok..hehe.. Jom balik guest house jalan kaki.. ;). Sangat enjoy berjalan sekitar Myeongdong even just for a while :)

2 comments:

Anonymous said...

beznyer~
Ble la agknyer bole smpi cni ea..
hehe..

deqsu said...

insyaAllah one day..ajak la en. hubby awk plak one day tu nanti..hehe