Monday, October 13, 2014

AH Day 2 Part III ~ Gwanghamun + In-sadong

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumiMu Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Jom tengok aktiviti malam kami dihari ke-2:

 
Memandang kami antara orang terakhir yang keluar dari palace. Jadi, beramai-ramai la keluar dari palace since dah kena halau a.k.a dah kena buang istana kan..hehe. Selepas kami keluar je dari Gyengbokgung Palace, tanpa tengok map @ bertanya pada sesiapa kami terus menghala ke bahagian kanan pintu utama palace follow ada satu rombongan pelancong ni.  Sebab kami expect mesti diorang ni akan pergi ke stesen subway @ tempat menarik yang berdekatan.

Based on planning lepas je keluar dari Gyeongbokgung Palace, kami akan ke Gwanghamun gate memandangkan info-info yang pernah deqsu baca bagi tahu dari palace ni boleh jalan kaki untuk terus tembus ke Gwanghamun Gate. Tapi, setelah hampir 20 min berjalan (sambil follow rombongan tadi), rasa macam pelik dan jauh la pulak kan. So, deqsu sempat bertanya dengan somebody ni and dia cakap kalau dari palace tadi sepatutnya kami kena belok ke kiri palace dan tak sampai 10 minit akan jumpa Gwanghamun Gate. Oh no!!!nak patah balik memang tak la kan.huhu. 

So, kami teruskan perjalanan ke station subway berdekatan since nak cari tempat yang sesuai untuk solat.hoho.. Time ni memang rushing sangat tau. Yela, dah dekat dah sepatutnya, tapi boleh pulak memusing dulu ke tempat lain.huhu. Dah sampai dekat satu subway station ni (tak ingat nama station tu) kami pun terus follow direction ke Gwanghamun. Mula-mula ingat nak solat kat station subway tu, tapi tersangat la crowded sampai tak jumpa tempat yang sesuai.huhu. Ottoke?? :(..

Then, perjalanan diteruskan. Untuk korang yang bagpackers dan tersesat@ salah jalan macam yang kitorang alami ni benda yang paling penting kena ada dengan korang adalah subway map. So, pilih jalan berdekatan ke tempat yang korang tau.. arosso??. Ok, continue balik story tadi. Sesampai je kat stesen Gwanghamun terus cari hwajang-shil sign board (washroom) untuk wudu'. Tapi, tetiba jugak perut nak buat hal masa ni.huhu..sembelit plak tu.nak nagis jap dalm toilet time 2..hampir setengah jam jugak la dalm washroom. Sian en. hubby yang kena tunggu kat luar. Lepas tu siap ingat yang deqsu ni tertido@pengsan @dah lari..hehe. Nak lari mana sayang oii..:p. Then, apalagi kan rushing la nak kejar waktu solat.huhu. Moral of the story janagn lambat-lambatkan solat ok. Kat mana pun tempat yang ada. solat je selagi boleh.huhu. Dah alang-alang tu jugak tunggu maghrib masuk kejap then terus jamak isya' sekali.

Alhamdulillah.. selesai solat terus je ke exit (yang mana jarak tak sampai 50 meter pun dari tempat solat kami. Then, time ni deqsu rasa macam something sikit since warna langit yang cantik, pemandangan yang wonderful. SubhanAllah sangat kagum dengan ciptaanNya. Mungkin bagi orang lain keadaan waktu senja ni macam sama je kat tempat lain. Tapi, deqsu rasa tak. Nampak gunung tu pun dah cukup buat deqsu rasa sangat damai..heheh..(layan emosi jap..hehe)
Firstly tengok tugu ni, deqsu ingat inilah replika King Joseon yang selalu diperkatakan tu yang menjadi tempat tumpuan peminat tegar Running Man. Tapi, bila baca sejarah kat depan replika ni, rupanya bukan. hoho. Sabar jela kan. Nampak sangat tak berapa nak minat Running Man. hehe. Cop, lupa nak cerita = deqsu pun baru je tau lepas balik Malaysia. Rupa-rupanya gate kat belakang tugu ni (kiri dan kanan belakang replika ni kan nampak ada lampu-lampu tu) tula Gwanghamun gate!! heheh..Kelakar je dah balik Malaysia baru tau ini la tempat yang kitorang nak pegi.(so, lain kali buat research habis-habis dulu naaa..)
Ok, jom teruskan perjalanan mencari tempat Running Man (takde motif pun sebenarnya..hehe)
Colorful.. Cantik
Hehe..nak jugak snap pic kat sini kan.Thanks cameraman :)..
Ini la tempat yang diorang cakap Running Man selalu shooting (betul ke tidak deqsu pun tak pasti sangat since tak layan sangat kan..huhu).  Lagipun takde pulak shooting masa ni. Tapi, ada event a.k.a mogok sempena hari ke berapa ratus peristiwa tenggelamnya feri ke jeju island dalam bulan April yang lepas. Ramai jugak la yang berkumpul berhadapan depan replika ni.
Ok, lepas tengok air pancut+lampu cantik, next destination In-sadong.. shopping time :p. Actually deqsu dengan unni dah pernah pergi In-sadong ni dulu.. tapi, seriously tak ingat jalan nak ke sana. So, bermula la proses tanya menanya dengan orang sekeliling. Lebih kurang 15-20 minit jugak la berjalan dari Replika King Joseon tu. Sambil tu sempat singgah mart beli banana uyu + olleh wifi. :). 

Pemandangan sekitar In-sadong. Masa ni tak ramai sangat orang since dah agak lewat.
Sempat shopping souvenir untuk family..:)
Penyanyi jalanan ala2 dalam cerita Marry me Marry tu.hehe :)
Ramai jugak la yang tengok + suara pun boleh tahan..:p
Misi mencari jalan pulang..huhu.. kitorang main redah je time ni..hehe
Ok..faham sangat kan?hoho.. Tapi..
Nasin baik sistem metro kat korea ni adalm dalm 3 bahasa (Korea, English & Japan)
Even dah lewat malam, ramai jugak rupanya yang still berkeliaran..isk3..hehe
Finally, tamatlah cerita hari kedua kami dibumi Seoul. Enjoy + Happy even penat kaki + berhadapan dengan macam-macam situasi yang tak dijangka.hehe. Anywy, sorry since lambat meng'update' blog untuk entry kali ni since sangat-sangat sibuk dengan macam2 kerja + mood yang on-off. Thanks for reading. Have a nice day :). Jangan rasa jemu untuk baca story hari ke-3 plak ek..hehe :)

1 comment:

Anonymous said...

to b continue.. =)