Friday, November 21, 2014

:) Positive!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, masih dikurniakan ruang untuk terus bernafas dibumiMU Ya Rabb. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dapat jugak menaip dikala kaum adam sedang menunaikan solat Jumaat. (Opps, bukan deqsu saje2 curi tulang okey.. tapi gunakan masa rehat yang ada untuk menaikkan lagi semangat diri sambil blog walking. BESTTTT SANGATTT (moment yang dah lama deqsu tak rasa.hehehe).

Emm, plan asal macam-macam sebenarnya deqsu nak mengomel kat blog ni sebab rasa macam down sikit lately ni. Banyak benda dan kejadian yang huru-hara. Tapi, lepas muhasabah diri, lepas baca artikel-artikel yang best lagi bermanfaat dari murabbi di alam maya. Hilang semua rasa tu. Thanks Allah for the gift. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan orang-orang yang baik disekeliling kita untuk terus ingatkan kita kepada Pencipta Yang Agung. :).

Selain kata-kata yang bermanfaat, Allah juga kurniakan kita pemandangan yang indah lagi awesome sebagai penyejuk mata dan penawar hati especially dikala duka dan lara (ecece..ayat jiwang sat..huhu). Antaranya air yang mengalir (laut, pantai, sungai etc.) langit, haiwan (especially kucing..hehe). Then, tadi baru je deqsu tengok..baby..waa..dah la comel..menenangkan pulak tu. Senang cakap, segala ciptaan Allah tu adalah yang terindah andai kita menghargainya. Lagi satu, bagi yang duduk dengan family tu, kalau rasa down ke ape, tengok la wajah ibu korang..insha Allah, rasa tenang tu akan datang. Emm.. tetiba rindu dengan family, rindu nak jalan2 dekat sungai ke pantai ke, rindu nak rasa saat-saat yang dulu.huhu. (Emosi tetiba dah kenapa deqsu oiii...hohoho).

Opps.. terpaksa ambil masa dekat nak 15 minit untuk sambung entry ni.. emo oh emo.hoho. Tiba-tiba deqsu terfikir, kenapa perempuan cepat emo ek? Then, dan-dan ni jugak teringat satu post kt fb minggu lepas.. wanita ni cepat emosi sebab akal dia 1, jadi tak mampu nak membendung semua rasa dan keadaan dalam satu masa. (mungkin jugak kan?). Tapi, selagi boleh kawal.. kita kenalah kawal kan. Fighting untuk diri sendiri sebab suka emo sengsorang.hehe. So,tanggung pun sengsorang ok.hee. Please control my dear self. Everything will be fine. Insha Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. (or mungkin jugak diri ni banyak khilaf yang dilakukan tanpa sedar). But, i always try my best to handle every single thing even i can't.huhu Ok, jom tenangkan diri dengan istighfar. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. 

then, cuci mata dengan makhluk terindah ciptaanNya.. :)

Annyeong.. chal-ga.. :)

 




Sunday, November 16, 2014

I'll be back :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara segar dibumiMU Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. :). Rindu rasanya since dah lama tak menaip kat sini. Neomu bougo-shipouda. Mohon maaf since coretan ke Seoul tak dapat disambung lagi (ada niat lagi tu nak sambung story even dah nak dua bulan dah pun balik dari sana..hehe ). InsyaAllah, ada kelapangan dan idea nanti kita sambung ek.


Actually, tak ada apa sangat pun nak share kat sini arini, cuma lately ni pelbagai isu melanda Malaysia & dunia. Macam2 trend dari isu "i want touch a dog", "isu gambar UAI", "jeruk asam boi", "banjir lumpur cameron highland"isu-isu politik yang pelbagai ragam" dan lain-lainnya lagi. Deqsu pun just sempat baca a few article dan pendapat. So, nak komen lebih-lebih pun tak boleh since info yang kita baca pun kadang-kadang belum tentu lagi kesahihannya. Cuma, apa yang boleh deqsu simpulkan, jangan 'complicated'kan keadaan, fikir secara rasional dengan setiap isu yang melanda dan corrective diri sendiri dulu sebelum menuding jari ke pihak yang lain @ jangan cuba cari alasan untuk tegakkan benang yang basah. arasso??? :p


Rasanya belum terlambat lagi (since tak sampai sebulan pun lagi) deqsu nak wish "Happy Belated Birtday "deQsu". Happy 7 years. Thanks for being a "thing" to share everything. (26/10/2007 - 26/10/2014). Peneman setia dari zaman mula-mula masuk universiti, sampai zaman dah kerja dan sampai sekarang dah zaman berumah tangga pun. waaa..banyak jasa ni..:p.. kiss3x for u.. :)


Walaupun kadang-kadang blog ni sepi tak berpenghuni, tak ber'post baru dan tak berwajah baru. But, still be the best place in my stress time.hehehe. Nampak sangat selalu stress kan. isk3..no good for health ok Pn. Dila. But, thanks a lot to my sweetheart to always here with me and always hold my hand in every condition. Thanks a lot to my dear bff because always hear my 'bebelan' about working task especially. hehehe. (cop, entry apakah kali ini??? compius jap..huhu layankan jela ek). Yang pastinya, apa-apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita seharian pasti ada hikmahnya. Tak kisah la yang kita lalui tu pahit ke manis. Sebab setiap yang datang tu dari Allah dan DIA adalah sebaik-baik pencipta dan perancang. Follow the flow, keep strong and try the best every second to be best among the best in every single thing you do. Hwaiting!!! :)