Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, masih dikurniakan ruang untuk terus bernafas dibumiMU Ya Rabb. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dapat jugak menaip dikala kaum adam sedang menunaikan solat Jumaat. (Opps, bukan deqsu saje2 curi tulang okey.. tapi gunakan masa rehat yang ada untuk menaikkan lagi semangat diri sambil blog walking. BESTTTT SANGATTT (moment yang dah lama deqsu tak rasa.hehehe).
Emm, plan asal macam-macam sebenarnya deqsu nak mengomel kat blog ni sebab rasa macam down sikit lately ni. Banyak benda dan kejadian yang huru-hara. Tapi, lepas muhasabah diri, lepas baca artikel-artikel yang best lagi bermanfaat dari murabbi di alam maya. Hilang semua rasa tu. Thanks Allah for the gift. Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan orang-orang yang baik disekeliling kita untuk terus ingatkan kita kepada Pencipta Yang Agung. :).
Selain kata-kata yang bermanfaat, Allah juga kurniakan kita pemandangan yang indah lagi awesome sebagai penyejuk mata dan penawar hati especially dikala duka dan lara (ecece..ayat jiwang sat..huhu). Antaranya air yang mengalir (laut, pantai, sungai etc.) langit, haiwan (especially kucing..hehe). Then, tadi baru je deqsu tengok..baby..waa..dah la comel..menenangkan pulak tu. Senang cakap, segala ciptaan Allah tu adalah yang terindah andai kita menghargainya. Lagi satu, bagi yang duduk dengan family tu, kalau rasa down ke ape, tengok la wajah ibu korang..insha Allah, rasa tenang tu akan datang. Emm.. tetiba rindu dengan family, rindu nak jalan2 dekat sungai ke pantai ke, rindu nak rasa saat-saat yang dulu.huhu. (Emosi tetiba dah kenapa deqsu oiii...hohoho).
Opps.. terpaksa ambil masa dekat nak 15 minit untuk sambung entry ni.. emo oh emo.hoho. Tiba-tiba deqsu terfikir, kenapa perempuan cepat emo ek? Then, dan-dan ni jugak teringat satu post kt fb minggu lepas.. wanita ni cepat emosi sebab akal dia 1, jadi tak mampu nak membendung semua rasa dan keadaan dalam satu masa. (mungkin jugak kan?). Tapi, selagi boleh kawal.. kita kenalah kawal kan. Fighting untuk diri sendiri sebab suka emo sengsorang.hehe. So,tanggung pun sengsorang ok.hee. Please control my dear self. Everything will be fine. Insha Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. (or mungkin jugak diri ni banyak khilaf yang dilakukan tanpa sedar). But, i always try my best to handle every single thing even i can't.huhu Ok, jom tenangkan diri dengan istighfar. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim..
then, cuci mata dengan makhluk terindah ciptaanNya.. :)
Annyeong.. chal-ga.. :)
No comments:
Post a Comment