Monday, February 16, 2009

16 February

Emm…date yg memberi makna tersendiri n mengajar macam2 dlm kehidupan ni…huhu…but firstly, takziah buat sahabatku umie kerana telah kehilangan ayahanda tersayang semalam..ktorg kwn2 yg lain akan terus support umie n be strong girl…ni maybe ujian dr Allah utk umie terus menjalani hidup dgn lbh tabah..u go girl!!!!..actually semlm terkejut sgt time dpt berita ni coz ktorg hepy2 je time kls smlm..ni lah yg d namakan ajal maut semua kehendak yg Maha Esa..emm..mcm 2 jgk dlm kehidupan kita seharian ni..mungkin 2thn lps pd tarikh yg sma deqsu alami sesuatu yg merubah deqsu skrg…setiap apa yg berlaku mesti ada hikmahnya..Allah dah tentukan hidup manusia cuma kita boleh memilih nak melakukan yg baik atau buruk..jadi setiap apa yg berlaku sama ada gembira atau x kte kena terima…mungkin ada petunjuk lain supaya kte lbh gembira kemudiannya…insyaAllah..

“BILAKAH datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.”
Dugaan hidup menimpa kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Ada yang ditimpa kemalangan, ada yang diuji dengan masalah peribadi, ada yang diduga dengan kesakitan, malah tidak kurang diuji dengan kesempitan kewangan.
Masalah demi masalah yang melanda, bukan bermakna Allah ingin menyeksa hamba-Nya, boleh jadi ia suatu bentuk terapi untuk menjadikan kita lebih tabah, kuat dan khusyuk kepada-Nya.
Bukalah tirai yang menyingkap diri kita dengan Allah dengan membanyakkan solat, berdoa, zikir dan benar-benar menyerahkan nasib kepangkuan-Nya. Apabila kita mula menghampiri Allah, Dia pun akan segera mendekati kita untuk merawat duka dan menghulurkan pertolongan-Nya. Kerana sesungguhnya Allah dekat dengan kita…!

BISIKAN KE HATI: aku tidak tahu berdepan ujian hidup. Allah ada bersama-samaku dan akan membantuku. Aku kini dekat dengan Allah dan pertolongan-Nya. Maka aku tidak lagi resah, takut dan bimbang untuk berdepan dengan apa juga rintangan yang datang…!

1 comment:

Anonymous said...

Dlm hidup ni....
Kita kena tabah...
Selalu kena tabah..
Bknnya kdg2 jer...
Sbb Allah selalu menguji setiap hambanya dgn sesuatu..
Tanpa tabah..
Lemahlah iman kita..
Terhdp ALLAH S.W.T...
Yg pntg senyum sokmo2.. :)