Friday, July 31, 2009

Cinta???

sejenak mengenai cinta:
*mereka yg percaya cinta dunia*
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
*cinta pada pandangan Islam*
Cinta adalah pengorbanan, perkongsian, kesabaran dan ketaatan kepada yang dicintai. Dalam konteks ini, umat islam ituntut untuk melakukan ketaatan kepada seluruh suruhan allah,berkongsi kesenangan dengan orang lain dan sangup berkorban harta yang disayangi demi cinta kepada pencipta.

“ bukanlah menghadap wajahmu kearah timur dan barat itu suatu keajaiban, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada allah, hari kemudian, malaikat2, kitab2, nabi2 dan m’berjkan harta y dicintai kpd kerabanya, anak2 yatim, orang2 miskin musafir dan orang y meminta2, dan memerdekakan hamba sahaya,mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang2 y menepati janjinya apabila berjanji, dan orang2 yang sabar dlm kesempitan, penderitaan dan dlm peperangan mereka itulah orang y benar imannya dan mereka itulah orang y bertakwa" (2:177)


Cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang2, kehadirannya diiktiraf oleh seluruh manusia dan tuhan. Cuma yang menjadi perhitungan adalah pengamal cinta tersebut, adakah berlandaskan hokum tuhan, atau semata-mata menurutkan nafsu sahaja. Betulnya cinta terletak kepada cara dan perlaksanaannya.

“dan diantara tanda2 kekusaannya ialah bahawa dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakannya cinta kasih sayang antara kaum. Sungguh, dalam y demikian ada tanda2 bagi orang y menggunakan fikiran" (30:21)

Cinta kepada makhluk bukan segala-galanya. Tetapi itulah yang sering dilihat oleh kita. Pandangan kita tertutup dengan keindahan dunia y sementara, cinta manusia juga y sering didamba. Tp, cinta yg hakiki hanyalah pada ALLAH yg ESA..Org yg beroleh cinta dan perhatian Allah akan memelihara segala anggota tubuh badannya..Oleh itu kejarlah cinta hakiki sebelum cinta duniawi..xsalah nk bercinta tapi biarlah berlandaskan hukum yg d tetapkan..sesungguhnya org yg bersabar dan sentiasa berdoa akan memperoleh yg terbaik bgnya dr Allah..



p/s:klu ade tersalah tegur2 la saya hanya membuat penilaian dr ape yg d baca dan ini utk peringatan diri saya sendiri.



No comments: