“wahai tetamu Ramadhan,
Untukmu rahmat dan maghfirah,
Air mata taubat,
Dendangan tadarus,
Selimut tarawih dan bantal tahajjud,
Moga mewarisi Jannah”
Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi.. dimana merupakan bulan yang penuh keberkatan, kemuliaan serta kerahmatan dan juga merupakan bulan keampunan.. apabila bulan ramadhan sudah pastinya dikaitkan dengan puasa iaitu merupakan rukun Islam yg ketiga yang wajib kita mengerjakannya.. dimana kita dikehendaki menahan lapar dan dahaga dari terbir fajar sehingga terbenamnya matahari disertakan dengan niat agar kita merasa kesusahan mereka yang terpaksa berlapar dan dahaga contohnya umat Islam di Palestin yang terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana peperangan yang melanda.. Oleh itu, puasa juga tanda rasa kasih kita sesama umat manusia.. di harap Ramadhan kali ini memberi seribu makna yg mendalam buat kita umat Islam..di harap juga bulan Ramadhan memberi kita keinsafan dan menjadi satu titik permulaan untuk kita lebih dekat dengan-Nya dan harapnya berterusan hingga ke akhir hayat.. saya kata begini bukan apa kerana kadang-kadang kita sebagai manusia ini sering leka dan hanya akan beramal apabila tibanya Ramadhan.. sedangkan hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya tidak kira bulan apa pun juga tidak kira apa yang berlaku sekalipun.. cuma dibulan Ramadhan ini kita boleh meningkatkan lagi amal kita dengan melakukan solat terawih dan sentiasa mengamalkan solat tahajjud dan kita berdoa agar kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan) iaitu merupakan permulaan diturunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad SAW.. ini adalah untuk peringatan kita bersama kerana saya juga sering alpa dengan amanah-Nya.. insyaAllah agar dibulan yang mulia ini kita beroleh keberkatan dan keinsafan yang boleh membawa kita lebih dekat dengan-Nya sepanjang hidup kita.. insyaAllah..
No comments:
Post a Comment