Tuesday, May 25, 2010

pertemuan vs perpisahan


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dibumi Allah ni..
tiada kata yang mampu dilafaz,
tiada bicara yang mampu diungkap,
melainkan rasa syukur yang teramat,
atas kurniaan yg Maha Berkuasa.

tangan terus menaip apa yang tersimpan didada..tiada apa yang mahu di kongsi bersama melainkan kehidupan kita manusia biasa.. kadang2 kita leka dan alpa dengan keseronokan dunia tanpa kita sedari ia hanya sementara.. hanya menghanyutkan kita pada yang sia2.. kenapa kita sering leka?? kerana iman didada belum cukup untuk melawan nafsu yang bergelora.. wahai sahabat, wahai teman.. sama2 lah kita saling mengingati tugas kita di dunia ini.. kadang2 diri ini sering lupa.. masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.. masih banyak lorong2 yang perlu di tempuhi.. masih banyak liku2 kehidupan yang perlu dilalui.. tanpa ingatan bersama, diri ini akan hanyut entah ke mana..
'berpesan2 dengan kebenaran..
berpesan2 dengan kesabaran..'

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaan sahabat2 yang baik yang sentiasa mengingatkan ku pada-MU.. agar kami kekal di jalan-MU sehingga tibanya ajal kami diambil.. kerana ketika itu tiada lagi yang mampu kami bawa kesana.. hanya amalan di dunia.. ku mengharap taufik serta hidayah dariMU Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..

andai ajal telah tiba, andai insan yang ku sayangi kembali kepada-Mu.. redhakan lah hati ini..tabahkan diri ini agar ku mengerti akan erti sebuah pertemuan dan perpisahan.. agar ku mengerti erti sebuah kehidupan dan kematian.. agar ku sentiasa bermuhasabah diri dan mengingati bahawa kehidupan ini untuk perjalan ke alam2 seterusnya..

2 comments:

Anonymous said...

"Allah swt mengurniakan sahabat itu tanpa tanda harga. Jika Dia meletakkan tanda harga, sudah pasti aku tidak mampu membeli seorang sahabat kerana harga seorang sahabat itu tiada nilai bandingnya."

IbnuSoleh said...

"Allah swt mengurniakan sahabat itu tanpa tanda harga. Jika Dia meletakkan tanda harga, sudah pasti aku tidak mampu membeli seorang sahabat kerana harga seorang sahabat itu tiada nilai bandingnya."