Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk terus rukuk serta sujud di bulan penuh barakah ini kepadaNYA Yang Maha Esa..
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda..
~
~
Saat ini orang ramai sedang berpusu-pusu ke bazar2, pasaraya2 serta tak kurang yang beramai-ramai turun ke dapur menyiapkan beraneka biskut serta jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan insan2 yang pulang ke kampung halaman. Nampak meriah dan ceria since bakal bertemu dengan keluarga tercinta serta sanak saudara yang lain. BESTnye la kan??? :)..
Tapi, dalam pada tu kurang dua hari lagi ramadhan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita. Sayu + terkilan dengan diri sendiri since tak gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Ramadhan kali ini rasa sekejap sangat, terlintas dalam fikiran..dapatkahku bertemu lagi ramadahan akan datang?? Huhu..
Walaupun ramadhan kali ini deqsu rasa kurang, tapi banyak hikmah yang deqsu peroleh darinya antaranya deqsu lebih kenal diri sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan yang dilakukan. Namun, Allah Maha Pengampun dan sentiasa ada dengan hambanya walaupun kadang-kadang kita leka.
Alhamdulillah, setiap kali tahap kesabaran diuji dengan pelbagai karenah dan ragam manusia, DIA cepat sedarkan deqsu akan akibat dan kesan dari tindakan yang kita lakukan contohnya perasaan marah dan geram dengan keadaan sekeliling.. Ya Allah, sungguh halus cara teguran yang DIA berikan.. Dianugerahkan sahabat-sahabat yang baik sebagai perantaraan.. syukur Alhamdulillah... (^~^)
10 malam terakhir ramadhan adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan lailatul qadar.. Tapi, hanya yang benar2 berjuang sahaja yang akan menemuinya. Deqsu nak share sikit tanda-tanda malam lailatul qadar yang deqsu dapat dari "google ahjusshi":
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kenapa deqsu bold kan tanda pertama ni sebab yang deqsu perasan sepanjang 10 terakhir ramadhan tahun ni, setiap malam sunyi tapi seolah-olah bersinar & pagi pula sunyi, mendung dan tenang je. Rahsia sungguh malam yang Allah kurniakan ini agar kita hambanya sentiasa mencari dan istiqamah dalam mendapatkan malam Lailatul Qadar. Jom, ada lagi 2 malam ni untuk kita kejar..moga kita bertemu dengannya, insyaAllah.. PECUTTTTTTTT!!!!!! ;)
No comments:
Post a Comment