Saturday, February 22, 2014

Dugaan oh dugaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Terinspirasi dengan 'quote' ini. Moga diri ini sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh dugaan dan ujian yang mendatang dalam meniti kehidupan kurniaan dariNya Pencipta Agung. InsyaAllah ^~^.
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.
 
Life Challenge
 
Untuk saat dan ketika ini terasa diri lemah dan penat sangat dengan dugaan kerja yang mencabar minda dan akal. Sampai ada ketikanya, deqsu tanya balik pada diri "apa sebenarnya yang deqsu nak capai dan nak dalam kehidupan? Experience? Good Environment? Income? Satisfaction? dan apa sebenarnya target deqsu dalam kerjaya? Sebab bila sampai satu tahap kita rasa dah buat yang terbaik, dah cuba jadi kuat. Tapi.. ada yang menghalang untuk kita teruskan perjuangan.
 
Dugaan yang paling deqsu risau bila timbulnya rasa tak happy nak bekerja (ikhlas tu seolah-olah hilang secara tak sedar). Kadang-kadang rasa "is it need to find another work? dan mula la berfikir sampai kaitkan dengan environment & income. Opps, Kenapa deqsu tak kaitkan dengan experience & satisfaction? sebabnya deqsu rasa puas sangat dapat buat macam-macam kerja since pengalaman tu terlalu berharga bila ada yang beri kepercayaan untuk kita lakukan sesuatu kerja. Namun, ada tapinya, untuk sesuatu usaha yang disalurkan perlukan ganjaran yang berbaloi jugak kan? ^~^ (ke salah? Tapi perlu diingat, ganjaran tak semestinya duit semata-mata. fikir-fikir kan lah^~^).
 
Just for sharing " Sesiapa yang menjadikan harta sebagai matlamat, akan menjadi mudharat. dan sesiapa yang menjadikan harta sebagai alat, akan menjadi manfaat ". Mohon beri pendapat ye..dalam sesuatu kerja, apa yang korang pandang; environment? income? satisfaction? @ experience? Please rank it ^~^.
 
Perkara kedua yang deqsu takut sekali dalam alam perkerjaan adalah bila dikelilingi iron-iron negative. Risau tak mampu menjaga diri, hati dan iman. Sangat risau terpengaruh dengan perkara-perkara tak sihat. Ya Allah minta dijauhkan sebab diri ini terlalu banyak kekurangan. Selain tu term "culture shock" mungkin boleh diguna pakai since kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yang kita tak pernah jangka sampai terdetik dalam hati "boleh ye macam ni? is it true?" emm..
 
Effect of it
 
Tapi deqsu akui ada insan yang lebih penat dan berat ujiannya. Namun mereka tetap redha, tetap tersenyum dan meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang kerana percaya dengan qada' dan qadar Allah. Terasa diri ini kerdil sangat sebab selalu tak kuat, selalu alpa dengan 'hint2' yang Allah berikan. Astaghfirullahalazim. Dalam tempoh 3 minggu ni, disebabkan "culture shock" sikit dengan beberapa perkara menyebabkan deqsu banyak berfikir sampai memudaratkan diri dan cinta hati (kereta ^~^). Sebab terlalu banyak berfikir sampai tak lalu makan, sampai jatuh menyebabkan luka dekat kedua belah tangan. Banyak berfikir sampai tak focus dengan pemanduan, kereta jadi mangsa kena langgar pagar dan tiang. (T.T).
 
Thanks for support
 
 Apa-apa pun yang jadi, deqsu percaya mungkin ada hikmah yang tersembunyi atas segala yang terjadi. Moga diberikan petunjuk untuk melalui jalan yang lurus dan diredhai. Andai rezeki ditempat lain, moga dipermudahkan. Andai rezeki masih disitu , moga terus diberi kekuatan untuk terus ikhlas dan lebih bertanggungjawab dalam melakukan segala urusan. InsyaAllah.
 
Alhamdulillah, disaat ujian ini, Allah tetap berikan kekuatan untuk terus muhasabah diri, Allah terus hadirkan insan-insan yang memahami dan Allah permudahkan urusan-urusan deqsu yang lain. Alhamdulillah. ^~^. Syukran jazilan buat mereka yang begitu memahami dengan apa yang terjadi dan sorry buat mereka yang nampak akan kepenatan diri ni sampai tak sanggup nak marah dan nak tegur apa-apa.hehehe. (Sorry, sometime I cannot control my stress & my face to keep smile ^~^).
 
Sebelum melelapkan mata, nak ber'dreaming'.. " Indahnya hidup bersyariat, andai setiap dari kita mengamalkannya pasti hidup ini akan tenang dan berjalan lancar. Tiadanya fitnah, tiada salah-sangka & tiada sengketa." Untuk dapatkan suasana yang baik, kena mulakan denga diri sendiri dulu, baru yang lain akan follow. Jom kita amalkan hidup bersyariat!!.InsyaAllah. Hanya DIA Yang Lebih Mengetahui ^~^
 
 
 



2 comments:

Anonymous said...

Dear bff.. Maaf if x dpt jd penyelesai mslh yg baek.. But hopefully dpt jd pendengar & teman di sisi yg baek.. Mdh2an.. If ade sala slp maaf ye~

deqsu said...

its ok & thanks a lot..i just need a time..february totally change my mind n myself..hopefully it will recover fast..