Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
To be continue..
05.08.2014 Friday
Namsan Tower
Pagi-pagi lepas je breakfast, ni la tempat yang kami tuju. Opps.. sebelum tu nak story, pagi ni kami breakfast nasi goreng kampung Brand Sharifah. Hanya perlu rendam dalam masa 5 min dalam air panas yang menggelegak dan masukkan dalam microwave@rice cooker untuk hasil yang lebih menyelerakan. Actually, dah lepas rendam dengan air panas tu pun dah boleh terus makan. Tapi, saje ngada-ngada nak lagi best kan, so buat-buat la rajin depan en. hubby.heheh.
Ok, dari Guest House (IB Ville Guest House) kami hanya perlu berjalan kaki a.k.a mendaki untuk sampai ke Namsan Cable Car. Bagi yang stay di kawasan lain, korang boleh ambil subway ke Myeongdong(line 4) exit 3 dan keluar dari subway akan nampak Pacific Hotel then teruskan berjalan + mendaki di kanan Pacific Hotel. Lebih kurang dalam 15 minit korang akan sampai ke destinasi. Sepanjang perjalanan akan jumpa banyak lagi Guest House especially Namsan Guest House 1, 2 & 3.
Tapi, disebabkan kami keluar awal dan perjalanan yang tak berapa nak jauh ni. Maka entrance cable car tak buka lagi. huhu. Nak tunggu lama la pulak, so kami plan untuk mendaki ke puncak Namsan Tower. Tak sampai suku perjalanan, dah rasa penat + macam jauh je lagi perjalanan. Kami decide untuk turun semula dan tunggu bus untuk ke puncak Namsan Tower. Bus Tour, here we go!!! :) . Fee yang dikenakan hanya 850won dengan menggunakan T-Money. Sepanjang perjalanan ke puncak tu, kitorang berdialog sesama sendiri; "tingginye la..nasib baik tak mendaki tadi kalau tak, mau flat tengah jalan ni" hoho. Untuk naik ke Namsan Tower menggunakan bas, korang boleh menaiki bas no. 02@05. Tapi, untuk yang dari Myeongdong, boleh naik dan turun dari Namsan Tower dengan menggunakan bas 05. Cara nak kenal bas ni, korang akan nampak gambar Namsan Tower pada bas berkenaan.
Jom layan view sekitar Namsan Tower :)
Alhamdulillah.. Safely arrived. Ini la Namsan Tower a.k.a Seoul Tower :) |
View Bandar Seoul dari kaki bukit Namsan Tower :) |
Finally dapat snap pic kat sini. Punya la lama tunggu turn.hehe.Saranghae!! |
Nampak tak, dedaunan baru nak bertukar warna. SubhanAllah, serius cantik!! |
Kawasan sekitar Namsan Tower yang agak luas, Ada kubu pertahanan apa ntah, kitorang lupa. hehe. Dapat snap pic together since ada yang offer diri. komawo ahjusshi. ;) |
Dari sini pun boleh nampak bandar Seoul. Untuk ke love padlockni tak ada sebarang bayaran dikenakan. So, boleh la nak berjalan-jalan+berselfie dengan monopod masing-masing (macam kitorang) :) |
Muka excited since everything in green. Suka la tu kan sebab warna tema Namsan Tower sama dengan colour baju+ handphone+monopod+ kasut+cenderahati. Complete set untuk dijual..heheh ;) |
Selfie free style kejap sambil menikmati pemandangan dari atas N. Tower dan minum kopi bersama LMH version melayu.:p |
I like this view. Nampak macam lukisan. Tapi, its real view actually. |
Next destination:
'Myeongdong--> Chungmuro(Transfer Line 3)--> Yaksu-->(Transfer Line 6)-->Itaewon
Aktiviti seterusnya adalah solat Jumaat di Itaewon. Salah sebuah bandar yang anda boleh dapati pelbagai jenis halal food dan juga satu-satunya masjid yang ada di bandar Seoul ni (kalau tak salah deqsu la). Masa mr. hubby solat Jumaat deqsu duduk betul-betul berhadapan dengan tangga masuk ke masjid ni dengan seorang student dari Indonesia yang tengah tunggu husband solat jugak.
Tapi, majoriti yang datang solat disini adalah orang Arab, Indonesia, Malaysia, Turki, Pakistan dan dari beberapa negara lagi. Muslim korean tak nampak pulak. Maybe tak persan kot.huhu. Khutbah disini disampaikan dalam 3 bahasa (english,arabic & korean) Sangat ringkas, menarik dan clear bak kata mr. hubby.
Penuh sampai ke tangga. |
Prove yang kami memang berada disini.heheh.;) |
Bibimbap. neomu mashitda |
Lepas habis solat Jumaat, makan time!! since perut dah berbunyi minta diisi. Kali ni, senang sikit nak cari makan since banyak pilihan kedai yang halal. Kami makan di Muree Restaurant yang menyediakan makanan melayu dan korea. Then, apalagi kan deqsu try la bibimbap die. Sedap3. tapi, yang unni buat lagi sedap kot. hehe. mr. hubby plak order nasi beriani ayam since seharian tak jumpa ayam kan. :p
Lama jugak la kami di Muree Restaurant tu sampai dah bertukar-tukar orang dalam kedai tu. Tapi, kitorang tak bangun-bangun jugak.hehe. Then, teruskan berjalan disekitar Itaewon. Sempat la jugak beli souvenir untuk kawan-kawan di Malaysia. Tapi, ada certain kedai je yang murah. So, berjalan-jalan la dulu ek. Tapi, kalau nak lagi murah dan banyak pilihan korang boleh shopping di Namdaemun, Dongdaemun & Insa-dong. Since misi ke South Korea kali ni bukan untuk shopping, jadi kami beli je di mana tempat yang kami singgah.
Ok, rasanya cukup kot untuk kali ni. To be continue untuk aktiviti petang di hari ke-2 di next entry arasso? Annyeong.. ;p.
(p/s: feel free untuk tanya apa-apa kepada yang ingin ber'bagpackers' ke Korea. Mana yang deqsu tahu, deqsu akan jawab. )
(p/s: feel free untuk tanya apa-apa kepada yang ingin ber'bagpackers' ke Korea. Mana yang deqsu tahu, deqsu akan jawab. )
3 comments:
time bce karangan ni..
dh rse cm kt korea la plak..
^_^
hehe.. so, everyone can fly and dream even not there..:)..thanks for reading.
Did you know that you can make dollars by locking special sections of your blog / website?
Simply open an account on AdscendMedia and embed their Content Locking tool.
Post a Comment