Tuesday, September 23, 2014

AH Day 2 Part II ~ Gyeongbokgung Palace + National Folk Museum

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

To be continue again after a week..hehe (busy3. :p)

Lepas dah makan2 + shopping2 sikit di Itaewon, kami teruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Actually, dah agak lewat since planning asal nak gerak dari Itaewon dalam jam 2.30 sebab nak tengok perarakan pertukaran pengawal Gyeongbokgung Palace yang dijadual kan sekitar jam 10 pagi & 3.30 petang. Nak kejar yang pagi, memang dah terlepas la kan. So, berlari-lari anak2 jap ke Gyeongbokgung Station nak kejar perarakan pukul 3 (nampak sangat menipu berlari kan since agak jauh la jugak ke sana).

'Itaewon --> Yaksu (transfer line 3) --> Gyeongbokgung'

Alhamdulillah, selamat sampai ke Gyeongbokgung Palace. Snap pic kat sini dulu sebelum masuk ke dalam istana. Tapi, sebelum tu nak story, since station subway kali ni menghala terus ke pintu masuk istana. So, dinding2 sepanjang exit tu semua traditional. Cantik + Menarik + Memang Daa Boom la.. UNIK!!!
Pintu masuk ke palace. Sangat kagum dengan korean yang mampu mengekalkan tinggalan sejarah mereka walaupun Gyeongbokgung Palace ni terletak ditengak-tengah kota yang sesak. Kami sampai sini dalam jam 4petang (dalam hati masa ni dah redha since tau tak dapat nak tengok perarakan pertukaran pengawal istana). Sob3...sedih jap :(.. So, terus je nak beli tiket masuk ke palace (3,000 won) disebelah kanan sebelum pintu masuk istana. Tapi, disebabkan mata yang meliar tengok ke pintu utama istana akibat kempunan nak tengok pengawal istana. Tiba2.. "abang, tengah exchange security la'.. apa lagi kan, en. hubby lari-lari pegi ke pintu utama istana untuk snap pic. Alhamdulillah, rezeki kami untuk tengok adat istiadat pertukaran pengawal. :)
Proses pertukaran shift pengawal Gyeongbokgung Palace :)
Lead of Palace Security.hehe (cantik pic ni.. siapa ntah yang snap kan? :))
Main Palace dalam Gyeongbokgung. Kawasan dalam ni tersangat la luas. Tak sure kena amik masa berapa lama untuk khatam seluruk kawasan ni since kami pun tak sempat tawaf keseluruhan bangunan.
Selfie kejap..hehe..(sila abaikan muka yang tak bersemangat tu since dah penat berlari kan..hehe ;p)
Tempat raja bersemayam.
Ni maybe tempat lepak-lepak + makan-makan kot.hehe
Another palace in the main palace. (ala-ala istana orang bawahan)
Tengah busy berjalan dan tengok kawasan sekitar palace, terjumpa dua budak yang sangat comel ini. Neomu keomi :)
NI pulak tak sure tempat apa, tapi environment yang sangat menarik + mendamaikan. (One of favourite pic of...my hubby..hehe)
Nak jugak kan..hehe..Ok, korang fokus pada bangunan yang kat belakang tu je ek. hehe.. since deqsu nak tunjuk yang kawasan ni sangat besar dan ada bermacam-macam bentuk istana kecil/rumah dan lain-lain lagi. Kira macam satu perkampungan jugak la.:)
ecece..berlagak model jap ek.. hehe
Ok, kalau korang teruskan lagi perjalanan di kawasan belakang istana, korang akan jumpa National Folk Museum. Untuk masuk ke sini entrance fee adalah free..hooyee.(jimat duit ..;p). Museum ni mengetengahkan sejarah kerajaan korea , pakaian tradisional dan juga aktiviti masyarakat di sini. (So, sambil berjalan sambil mempelajari dan menghayati sejarah negara asing)
Actually, dekat depan pintu masuk one of museum ni dah mention tak boleh snap pic since show semua dalam bentuk 3D. Tapi, degil jugak kan..Nak snap pic jugak. So, ni la hasilnya.heheh
Ok, kat part ni tertulisnya sejarah penubuhan Republic of Korea dan apa lagi en. hubby snagt khusyu' dan tawaduk baca sejarah yang ditulis dalam bentuk time line sine dari awal lagi en. hubby sangat berminat untuk tahu ke mana hilangnya raja south korea dan kerajaannya. Sampaikan, hampir semua pekerja yang dijumpa dalam istana ni kena soal..alahai..hehe ;)
bersama replika masyarakat di sana. :)
One of beautiful scenery there. SubhanAllah.. serius menenangkan je masa ni even kami berkejar dengan masa dan pada masa yang sama jugak, pengumuman untuk reminder yang istana akan ditutup telah pun dikeluarkan.hehe
Tak dapat pakai hanbook, snap pic dengan gadis-gadis comei ni pun jadi la kan.hehe

So, ini lah story kami sepetang di palace. Lepas ni nak bekejar untuk cari tempat solat pulak since nak solat dalam istana tadi takut kena kurung pulakkan. Al-maklum la dah sampai lewat kan..huhu. Ok, next destination is Gwanghamun. Nak tahu kenapa kami ke Gwanghamun dan cerita sesat + kena halau. So, waiting for the next entry ok (emm, maybe take a week jugak la since sangat busy dengan GST training lately ni..hoho)..

Annyeong..:(

2 comments:

hubby makan honey said...

bukan raja south korea.tapi raja korea.dulu korea x berpecah lagi.hehe. *larikk

deqsu said...

nae, arasso cha-gi-ya :) kamsahamida..hehehe..