Friday, March 4, 2011

~its about u~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...



Mengenali seseorang itu membuatkan kita gembira..

Mengenali seseorang itu membuatkan kita mengalirkan air mata..

Mengenali seseorang itu memberi kita sejuta rasa...

Walaupun kehadirannya hanya seketika...


Akan tetapi...

Dia mengajar kita untuk terus berdiri kuat...

Dia mengajar kita tentang erti sebenar kegagalan...

Dia mengajar kita nilai sebuah perhubungan yang begitu bermakna...


KERNA DIA ADALAH DIA


Opps... terjiwang plak sekejap kn...hehehee..=p=p... tp,siapa ek seseorang 2... ha,itu yang kita xtau dan mari kita fikir-fikirkan..hehe... apa2 pun, moral of the story.. hargailah setiap orang yang ada disekeliling kita especially seseorang yang telah pun menyerapkan nilai2 murni dalam diri kita.. mungkin dia pernah menyakiti kita.. mungkin dia pernah mengecewakan kita... Tetapi, setidak-tidaknya dia pernah memberi sedikit kegembiraan dan pengajaran dalam hidup kita....


Jangan jadikan kekecewaan dan kegagalan dalam hidup itu sebagai satu nokhtah dalam melakukan sesuatu.. Tetapi cubalah perbaiki sedaya yang termampu kerana itu mungkin ujian dari-NYa untuk kita.. Ujian untuk iman yg semakin nipis dalam menangkis segala rasa dijiwa... Ujian untuk diri yang semakin leka dengan permainan dunia.. dan juga ujian atas anugerah dari-NYA yang kita permain dan persendakan..


Bersyukurlah dengan setiap hadiah dari-NYA.. hargailah ia dan jangan jadikan kegagalan dalam sesuatu itu sebagai sesuatu yang sia-sia.. Tapi, anggaplah ia sebagai satu hikmah dan petunjuk yang dia bukanlah yg terbaik untuk kita jadikan contoh.. Teruskan berdoa pada-NYA agar peroleh petunjuk yang benar..wallahualam...


No comments: