Wednesday, March 16, 2011

~petunjuk yg kadang2 kita xsedar~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..Allah itu Maha Adil kan?? DIA berikan kita sedikit ujian kemudian disusuli dengan nikmat yang tak ternilai. Kenapa sy ckp cm2?? Sebab inilah kebenarannya..

"Ujian", "Problem", "Dugaan", "Bencana"

4 perkataan yg berlainan, tapi memberi maksud yg hampir sama. "Ujian"- exam 2 pun dikatakan ujian, btl x?? Tp,bukan ini yg sy ingin maksudkan tapi "ujian dari Allah". Allah sentiasa menguji hati hambanya sehingga lah nafas yg terakhir. Ujian dari Allah juga merupakan "dugaan" untuk iman didada. Seteguh mana seseorang itu berhadapan dengan ujian, sekuat itu jugalah imannya. Sy teringt lirik dalam lgu raihan "iman xdapat diwarisi dari seorg ayah yg bertaqwa, ia xdpt dijual beli, ia tiada di tepian pantai". So, mksdnya iman2 adalah datang dari kita sendiri bukan sesuatu yg diwarisi.

"Problem" plak, semua org pernah ada masalah kn?? tipula kalau korg cakap yg korg xpernah ada masalah. Tp, mcm org slalu ckp"xde masalah yg xdpt diselesaikan". So,take it easy ok !! (huhu,memang senang nak ckp.. Tp,diri sendiri pun sama.. Bila ada problem sikit pun dh jadi mcm apa je..huhu=p). Tp, bagi sy "problem yg datang kepada kita ni sebenarnya satu ujian kecil untuk menguji tahap kesabaran kita. So,ianya bersangkut balik dengan iman.

"Bencana" pula merupakan peristiwa atau rangkaian peristiwa yg mengancam dan mengganggu kehidupan dan penghidupan masyarakat yg disebabkan oleh faktor alam ataupun faktor manusia sehingga mengakibatkan timbulnya korban nyawa dan kerosakan harta benda benda dan juga alam (sumber dari "hrdp" ). Contoh yg latest skrg ni "Bencana alam yg menimpa Jepun-Tsunami dan letupan nuklear". Tp, mcm entry b4 ni yg sy ada share mengenai perkara tersebut.
"dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yg tetap baginya" (al-hijr:4)
Bagi sy "bencana" yg diturunkan adalah satu ketetapan agar kita sentiasa sedar akan nikmat kurniaan dari-NYA. wallahualam..

So, apa kaitannya "dugaan","ujian","problem" & " "bencana" ni dgn tajuk entry ni ek???

Korg semua sedar x, bila korg ada @ menghadapi situasi kt ats ni.. apa yg korg buat?? Mengadu padaNya sbb DIA yg berkuasa atas segalanya kn?. Tp, kita ini selalu merungut dan putus asa bila masalah yg datang terus-menerus dan tiada penyelesaian.

Contohnya, Korg rasa tension je tgk org lain ada bf/gf. Tp,korg xde even korg dh cuba cari . Tp, dalam masa yg sama korg selalu berdoa supaya dikurniakan lelaki/wanita yg soleh/solehah dan beriman. Bila xjmpe2 jgk korg rse ini 1 masalah besar untuk korg dan ujian untuk korg dlm mencari pasangan hidup sampai korg sanggup buat ape je nk bagi diri korg 2 "laku". Kadang2 2 korg sggp berhabis duit beli majalah untuk cari "tips m'dapatkan lelaki/wanita", "tips bercinta" dan mcm2 lagi la.

Pas2 siap search kt google "love" @ "cinta". Bila search kt internet biasalah kan macam2 istilah yg keluar. Tapi, dalam korg search 2 korg jmpe byk sgt yg menghalang korg dr b'cinta dan nasihat2 berguna. Dalam hati 2 "emm, kenapa.. salah ke pun?", "emm..btl ke ni??", "xpe kot, xkan aku nk jd cmni kn..mst xpunye la".. Ha,mcm2 alasan kn??? Tp,inilah realiti kehidupan.

Cuma, apa yg sy nak sampaikan disini, DOA yg kita minta 2 Allah dengar, tambah2 kalau kita sedaya upaya memohon untuk ditemukan "Jodoh yg baik dan beriman". Jadi, atas apa yg kita cari td 2 dan kata2 nasihat yg kita jumpa 2 adalah satu petunjuk. Tp, biasalah kita ni manusia yg mudah tunduk dgn nafsu kan, ada je alasanya dan xsedar kata2 nasihat 2 adalah untuk apa yg kita DOA @ minta dr Allah. (ini contoh semata-mata, maaf kalau korg rasa xde kaitan.. Tapi kaitkan dengan diri sendiri sama ada btl x atau tidak yg sebenarnya bila korg give up n try cri something, korg jmpe dgn sesuatu yg bek. Cuma yg bezanya, kita dapat terima @ x..)

Actually, banyak lagi yg boleh kita kaitkan sebab "setiap ujian itu, pasti ada hikmahnya". Cuma, mungkin bukan sekarang, akan tiba waktunya kelak dan Kadang2 kita xsedar dengan petunjuk dariNya. So, think positive dengan setiap apa yg kita jumpa dalam mengusahakan sesuatu. Bersabarlah dengan ujian yg datang kerana "Allah memberikan kita ujian pada org yg mampu". Jadi, percaya dengan diri sendiri yg kita mampu menghadapi segala ujian yg diturunkan.

p/s: Maaf jika ada kesilapan dalam menyampaikan isi2 ini. Tapi, ini realiti kehidupan yg perlu kita lalui. Moga ujian yg datang dapat mematangkan kita bukan memesongkan kita dari jalanNya. BERDOALAH dan memohon dengan ikhlas hati. (perkongsian ini untuk peringatan diri sy yg sentiasa leka dan berputus asa. Sedangkan nikmat dan petunjuk itu ada didepan mata. wallahualam..yg baik datang dari Allah, yg lemah itu dari diri sy sendiri)





No comments: