Alhamdulillah masih terus diberi ruang untuk terus bernafas serta rukuk dan sujud padaNYA....
Selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat... (",)
".. Walau apapun rintangan hidup perlu diteruskan, kerana itulah kehidupan.."
.
.
Alhamdulillah, finally 3 part untuk working life berjaya di 'post'.. moga apa yang dilalui menguatkan lagi semangat untuk terus maju kehadapan disamping memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.. insyaAllah.. (",)
Lately ini, setiap working deqsu kat office mesti buat summary. Ala2 buat audit dulu la pulak kan.. hehe..
So, this is summary and Q & A for this 3 part of Working Life
.
.
Part I
During this part actually, pengalaman yang sangat2 berharga buat deqsu. Sebab pengalaman buat audit yang terlalu mencabar ini lah yang menjadikan deqsu sekarang ni. Bukan sahaja knowledge, tapi cara hidup, pergaulan, cara bekerja yang efektif dan juga dapat tahu kekurangan dan kelebihan diri. Dalam Part I ada deqsu bagi tahu nak story kenapa deqsu perlu tolak offer job kat tempat praktikal kan?? So, sebabnya :
- Masa. Masa bekerja yang terlalu panjang membuatkan deqsu rasa tak mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik. Lagipun, sepanjang 6 bulan praktikal deqsu rasa masa semua untuk kerja, balik dah lewat malam, Masa untuk diri sendiri memang tak pernah ada, sebab balik rumah pun bawak kerja jugak. kadang2 baca Al-Quran pun tersengguk-sengguk, baca yassin lagi la.. orang lain baca antara maghrib isya'. tapi deqsu kadang2 lepas isya' dan kadang2 tu ter'miss' la jugak.. Rugi kan?? Mungkin orang akan anggap deqsu yang
tak pandai bahagi masa dan semua ini alasan je. Tapi, kemampuan setiap orang tu berlainan kan?? dan terfikir jugak, masa bujang pun dah tak ada masa untuk diri, apatah lagi kalau dah bekeluarga.. Mesti rasa terabai. Dan diakui, itu kelemahan yang ada. Buat yang boleh bahagikan masa itu, deqsu sangat respect & tahniah untuk anda (",)..
- Pergaulan. Cara pergaulan yang agak bebas buatkan deqsu tak selesa. Sebab audit ni kadang2 berkumpulan, kadang2 berdua je dan kadang2 sorang2.. kalau dapat semua dengan girl's je ok la kan. Tapi, mostly mesti lain jantina. Bukan tak nak jadi sporting atau apa, tapi batas pergaulan tu kena jaga kan??
- Kontrak. Yes, bila dapat offer untuk sambung ACCA sekali mesti ada kontrak kan. Jadi, kalau boleh deqsu tak nak terikat dengan kontrak since masa yang ditawarkan untuk study sangat singkat. Lagipun, deqsu tak yakin dapat bahagikan masa kerja dan study berdasarkan pengalaman2 senior2 disitu. Emm..then i let it go...
Lagi satu, kenapa deqsu lepaskan 1st job deqsu after praktikal sebab perkara yang lebih kurang sama.. masa dan pergaulan. Cuma kali ini konteks pergaulan tu lain sedikit. Bukan melibatkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. tetapi, pergaulan antara orang atas dan orang bawah, antara senior & junior. Kenapa perlu ada jurang yang dalam ye?? Dari segi masa pulak, masa untuk solat & makan sangat singkat. Cuba bayangkan ye, dengan deqsu tak minat costing.. lepas tu kena kerja dengan environment yang macam tu.. rasa tak enjoy kerja kan..lagipun rasa hati macam tak ikhlas nak buat..emmm.. coppp, ada lagi 1 sebab.. pakaian/uniform yang kena pakai tak sesuai dengan jiwa. Masa tu, 1st time deqsu pakai kemeja..hoho.. sangat tak selesa ok!! tapi, apa2 pun pengalaman bekerja tempat besar macam tu memang deqsu hargai since my boss is the best boss coz tahu macam mana nak manage staff. Thanks boss..(",).really appreciated..
Part II & III
Nak diringkaskan tentang temporary job yang deqsu lalui, walaupun temporary, tapi sangat mencabar especially bila kena bekerja dengan orang cina. Memang diakui, dari segi knowledge dan financial mereka memang arif. Semangat bekerja mereka jugak sangat kuat. Tapi, kalau bab solat dan batas pergaulan ni mereka ambil remeh. Dan untuk current working ni.. Alhamdulillah, setahun dah mengharunginya. Masa & pergaulan bukan lagi masalah. Walaupun environment sangat best at the 1st, tapi lately ni makin mencabar.. Yup, i need to admit it. Mungkin tanpa adanya dugaan begini.. kita tak akan maju.. tak akan lebih berfikir kehadapan..dan pergi la ke mana sekali pun, dugaan dan ujian itu tetap ada....kerana itulah warna sebuah kehidupan...(",)
".. Allah Maha Benar dan janji-Nya benar. DIA tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat kita selain Allah Yang Maha Berkuasa? Maka, andai sesekali diri diuji, usah cepat mengalah. Mohonlah kepada-Nya. Moga rahmat dan hidayah-nya sentiasa memayungi keberkatan perjalanan hidup kita..." via Ustaz kazim Elias..
No comments:
Post a Comment