Monday, May 20, 2013

Korea Trip : Departure Time...(",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk terus bernafas di bumiMu Ya Rabbi
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat..
~
~
A year ago.. 19-05-2012
dah setahun rupanya, kenangan dan memori lalu yang tak dapat dilupakan.. maka, writing & updating mission untuk minggu ni perlu diteruskan agar ia kekal dalam ingatan..
ceewahhh...ayat...heee.. (",)..
~
~
Trip to Korae..Departure Time (itu plan asal untuk tajuk entry deqsu kali ni.)
Plan untuk trip ini bermula dah lama since unni memang misi dia lepas habis belajar bahasa korea untuk ke sana..kononnya nak mempraktikkan apa yang telah dipelajari..selebihnya ingin merasa melancong dan tinggal di negara K-Pop itu sekejap...(",)
~
~
Sehari sebelum fly, anak2 bulus telah pun dihantar ke Erul Cat Palace untuk boarding selama seminggu..huhu.. sedih je time nak melepaskan anak bulus kat orang lain walaupun seminggu.. lagipun belum ada pengalaman menghantar anak2 bulus ini.. Jadinya, risau sangat..tak tahu macam mana keadaan dan cara jagaannya..tpi, kami tawakal masa itu..moga yang baik2 saja..insyaAllah..
~
~
Flight dari LCCT for D7504, jam 2.20 petang.. Dalam jam 10 kami dari puncak alam terus singgah ke Erul Cat Palace since ada barang untuk anak2 bulus yang lupa untuk kami beri semalam.. dan terus ke rumah kak wiwie.. lepas itu, kak ayit & dak wan pulak sampai untuk pick-up kami.. kami ke LCCT dengan 2 kereta..hoho.. yang nak di hantarnya 2 orang je.. Tapi, sampai 2 kereta..kelakar je masa tu.. (",)
Terus check in walaupun masa itu awal lagi..teruja + sedih + takut pulak sebab nak ke negara orang kan.. berdua je pulak tu.. bag packer la katakan..hee (",).. Tapi, segala persiapan dari segi duit, makanan, pakaian dan alternary untuk perjalanan selama lebih kurang 8 hari dah pun unni sediakan.. memang deabakk la.. (",)
duit kami tukar awal setelah tunggu rate yang kami rasa rendah.. masa itu, kami tukar dalam 4k-5k untuk 2 orang, selebihnya prepare dalam bank kot2 tak cukup kan.. hee

Perjalanan bermula.. selepas check-in deqsu tunggu masuk zuhur dan jamak sekali asar sebelum berlepas.. Alhamdulillah, sempat.. Allah permudahkan.. Sepanjang perjalanan, suka tengok ke luar tingkap.. SubhanAllah..cantik sangat kepulan awan yang membentuk pelbagai rupa dan sekali lagi deqsu dapat menyaksikan perubahan siang ke malam ditingkap yang berbeza.sebab masa itu, deqsu duduk sebelah kakan flight, masih siang dan cerah lagi, sekali toleh belah kiri.. SubhanAllah..dah gelap..tapi, awan dan warna malam yang sangat cantik.. Teruja...(",)...
Lebih kurang jam 9.45 pm waktu korea setelah 6 jam perjalanan.. safely arrived at Incheon International Airport..Alhamdulillah..(",)..
tengok kat dalam gambar ni..rupanya ramai juga "malaysian" yang datang bercuti sama..muka terkejut sikit since tak sangka dapat berpijak ke negara orang kan..hee.. Setelah melalui proses imegresen, lama la jugak masa tu, then kami pick up bag.. sedar tak sedar dah jam 12.30am waktu korea.. Kalau dalam plannya, kami akan lepak dekat Spa on Air Sauna dalam airport ni, tapi tak ada rezeki kan..under maintenance la pulak..huhu.. (baru teringin nak rasa bersauna macam dalam drama korea tu tapi dengan pakaian yang menutup aurat..siap dah planning nak pakai macam mana lagi tu tau..huhu)..
~
~
Then, plan b lepak surau.. tapi, jenuh jugak la pusing airport tu tak jumpa pun, yang ada hanya tempat ibadah untuk penganut agama lain.. Then lepas cari kat tingkat lain..baru perasan..aras tempat surau tu dah berkunci.. maka duduk la kami ditempat menunggu sehingga subuh..

Unni yang busy dengan tab nak cari jalan & planning untuk hari esok.. Tapi, at the same time deqsu selamba je tido duduk kat kerusi tu..hehehe..Jap, kat airport ni semua ok la..cuma bab toilet memang azab..huhu..
Ok, to be continue to the next day....



No comments: