Thursday, July 25, 2013

Hijrah oh Hijrah Part II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan masa untuk terus rukuk serta sujud kepadaNya yang Maha Esa di bulan yang penuh berkat ini.. Selawat  serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat baginda. (",)



Terbaca post dari seorang sahabat di fb, teringat akan cerita diri sendiri. Diri ini juga bermula sama seperti adik ini, rasa ingin berubah untuk jadi lebih baik itu sudah lama ada.. cuma ia seperti di atas angin..ada niat tapi tak lakukan dan tak ada usaha yang gigih untuk lakukan.. Bermula dari menjadi ajko kmp, sebelum ini deqsu ada post satu entry yang selain experience jadi ajko, deqsu just got something that make me now.. (",).. then, inilah hasilnya... Alhamdulillah..

Ceritanya bermula disini,  dikelilingi adik2 dan sahabat2 yang bertudung labuh + yang sangat menjaga akhlak dan peribadi mereka membuat deqsu rasa tenang dan seronok sangat. The feeling that i can't describe by word..just Alhamdulillah..thanks Allah for the ukhwah even just for 10 days to know them.. (^~^). Tapi, hati ni still keras sebab masa tu rasa diri dah cukup ok agaknya. At that time, deqsu mula berjinak-jinak dengan stokin dan handsock.. tudung ada improvement sikit la, dari bidang 45 ke bidang 50.. But, still.. belum memenuhi tuntutan syariat lagi kan? Jarang dan agak pendek jugak la.. huhuhu..

Dan sampai satu ketika tu dalam hujung tahun 2011, deqsu rasa dalam diri masih ada yang kurang.. Tapi, tak tahu apa yang dicari. Deqsu mula beli dan baca buku-buku ilmiah untuk tambahkan knowledge dan keyakinan. Alhamdulillah, Allah sentiasa hadirkan diri yang kerdil ni dengan insan2 yang baik hati yang sentiasa support dan share ilmu serta info2 yang bermanfaat.

Dan dalam November 2012, sekali lagi hati ini resah, rasa kosong... apa lagi kali ni??emm.. dan kebetulan pula isu Palestin berbangkit.. Bermula dari situ, rasa ada satu jiwa yang baru.. Solat Dhuha deqsu cuba terapkan dalam diri, sabar serta redha deqsu terus ingatkan diri tika dilanda ujian. Dan tika itu juga terjumpa page Bidadari Collection ni.. Bila tengok tudung labuh dan niqab yang dijual, dalam hati berkata "boleh ke nak pakai macam ni?? nanti dah tak boleh nak fesyen2 sangat dah"..huhuhu.. astaghfirullahalazim, macam2 dalam fikiran ni.

Selama hampir 2 bulan jugak la kerja deqsu asyik membuka dan membelek page ni. Tiba2, Bidadari Collection tawarkan shawl haflmoon labuh.. Berkobar2 je masa tu. Tapi, fikir pulak.. kalau nak berubah kena beli banyak2 la dulu tudung ni. Duit pulak terhad masa tu dengan nak kena bayar roadtax lagi..adoiii, cancel la macam ni kan..huhu.. Tapi, perancangan Allah mengatasi segalaNya..dikurniakan bonus masa tu, bukan sebulan tapi 2 bulan..Alhamdulillah..terus deqsu order dengan asma'.

Masa first time cuba pakai halfmoon labuh ni memang agak sukar nak bentuk walaupun deqsu dah biasa pakai shawl sebelum ni. Tapi, semangat nak berubah.. Alhamdulillah..lama2 jadi mudah. Dan sekarang tengah cuba dengan tudung segi 3 bidang 55 pulak, Alhamdulillah..tatkala tersarung dikepala..rasa tenang dan selamat. Syukran asma' atas usaha perniagaan ni yang banyak memberi manfaat kepada muslimah lain.. Sangat selesa sebab kain tak jarang dan labuh hingga menutup bahagian depan dan belakang. (neomu chahae.. >.<

Darah yang mengalir tatkala menjahit tudung/niqab untuk pelanggan adalah darah jihad. Deqsu berharap agar diri ini terus istiqamah dan doakan agar menjadi muslimah yang lebih baik keran insan yang menjahitnya juga begitu bekerja keras dan telus. InsyaAllah.. Buat perniagaan Bidadari Collection, moga usaha anda sentiasa dalam redhaNya.. dimurahkan rezeki dan berjaya dalam setiap yang anda lakukan. InsyaAllah..Fighthing!!!!

Pic: credit to Asma' & Bidadari Collection

Wednesday, July 17, 2013

Hijrah oh Hijrah Part I

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan masa untuk terus menghirup udara segar di bumiMu Ya Allah.. Alhamdulillah.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.. (",)

Salam Ramadhan kareem.. Alhamdulillah, dah seminggu umat islam diseluruh pelusuk dunia mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, kita juga diajar untuk menjaga akhlak dan tingkah laku agar puasa kita tidak menjadi sia-sia. Sekaligus melatih kita untuk jadi sabar dan jadi lebih baik. Moga kita dapat tingkatkan lagi ibadah dan terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan sunat seperti solat witir, membaca al-quran dan lain-lain lagi untuk saat, minggu, bulan dan tahun-tahun akan datang.. insyaAllah.. (",)

Lately ini agak busy sikit sampai tak sempat nak update blog ( busy ke buat-buat busy ek?? hehehe.. ) busy dengan aktiviti  lain la maksudnya since ada buku yang nak kena khatam, ada ilmu yang nak kena tambah dan ada kerja yang perlukan perhatian. Tapi, apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita seharian ini pasti ada hikmah yang dah diatur olehNya yang Maha Bijaksana. SubhanAllah.. sayang sungguh pencipta dunia ini dengan hambanya kan?? Cuma kita je kadang- kadang tak sedar dan tak bersyukur atas hikmah yang diberi.. (muhasabah diri balik jom kawan-kawan.. ..astaghfirullahalazim.. astaghfirullahalazim... astaghfirullahalazim.. ).

Dalam pada tu juga, deqsu sempat khatam buku " titisan mahabbah".. nukilan yang ringkas, tapi padat dan sarat dengan hikmah yang boleh kita ambil. Hidayah tu datang dariNya.. suatu nikmat dan peluang kedua yang begitu bermakna. Kebetulan pula, tengah blog walking deqsu sempat baca a few blog related dengan penghijrahan insan-insan terpilih ini. Alhamdulillah.. " apa yang disampaikan dari hati, pasti terkesan dihati juga " .. Nukilan mereka buatkan deqsu sedar akan kekurangan diri dalam menjaga aurat dan akhlak.. Tak semestinya kita yang memang sudah berhijab ini, betul2 memenuhi tuntutan syariat .  Kadang-kadang, mereka yang dahulunya tidak berhijab lebih baik menjaga aurat mereka sekarang dari kita. Samalah juga dengan sikap kita, tak semestinya orang yang jahat itu akan terus jahat dan sebaliknya. Jadinya, jom kita sama-sama menjaga akhlak, aurat dan maruah untuk masa depan ummah yang lebih baik..InsyaAllah..

Oppss..tertinggal satu lagi tag line.. " jika ingin menegur seseorang, tegurlah dengan penuh hikmah " .. bukan dengan kutukan atau penghinaan sebab ia akan menunjukkan imej buruk kita pula.. bak kata orang.. " satu jari tunjuk dekat orang lain.. lagi empat jari tunjuk kat diri sendiri ".. jom audit diri balik, moga ramadhan kali ini memberi lebih makna untuk kita.. Mohon maaf jika ada ketelanjuran kata-kata..Yang baik semuanya datang dari Yang Esa..yang buruk itu dari kekhilafan diri saya.. (",).. Selamat berpuasa...

Thursday, July 4, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Esa..
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.. (",)
 ~
~
Teringat post seorang sahabat di FB semalam:

RAMADHAN:
7 hari lagi

HARI RAYA:
37 hari lagi

MATI:
Mungkin sebentar lagi..;)

TAUBAT:
Tunggu apa lagi..;)

Moga kita diberi peluang bernafas untuk bertemu ramadhan kali ini
 dan terus diberi ruang memohon keampunan padaNya yang
 Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (",)
 



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
InsyaAllah, lebih kurang dalam 6 hari lagi kita akan fly ke Ramadhan..
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya..InsyaAllah..

 



Wednesday, July 3, 2013

Terapi Diri (",)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..masih diberi ruang untuk terus menghirup udara segar dibumiMu ini Ya Rabbi, pencipta Yang Maha Esa.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Misi untuk menulis rentetan percutian ke Korea terpaksa ditangguh lagi dek kerana hari-hari yang berikutnya, altenari dah tak sama dengan yang sebenar..hehe.. So, bagi masa nak ingat semula ye nama-nama tempat tu..hehe (",). Yela, sebab utama deqsu share story kat blog ni untuk berkongsi rasa dan tempat-tempat menarik di negara k-pop itu serta sebagai rujukan untuk kawan-kawan yang ingin ke sana nanti. Since blogger-blogger yang lain banyak membantu deqsu untuk memilih destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi. Thanks Blogger's. (",).

Untuk saat dan ketika ini, apa yang ada dalam fikiran hanyalah REST. Melalui bulan-bulan yang mencabar ini membuatkan deqsu terfikir untuk bercuti panjang..(Waa..bestnye kalau ia menjadi kenyataan kan??..but. it can't happen ok.wake up dila!!!!..it just a dream..huhu). Ya, its only a dream since we are too busy lately. And when I just think, why the problem come out  in a same month but in different year??Ottoke?? emmm...

Just be strong and put the effort as long as u can do.. FIGHTING!!! May Allah Bless us always. InsyaAllah.Moga Allah kuatkan hati ini dan dijauhkan dari perasaan marah serta hasad dengki, iri hati dan membenci sesama yang lain. Setiap aturan Allah itu ada sebab musababnya. Jadi, kita kena redha dan tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Untuk terapi diri, i just bough this two book this month:

Titisan Mahabbah by Sis Diana Amir
&
Allah Tidak Pernah Jauh by Sis Suhana Amiril
 Let's read...(",)


Monday, July 1, 2013

Korea Trip : Seodaemun Prison + Gwangjang Market

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur atas segala nikmat kurniaanNya.. Alhamdulillah, masih diberi ruang untuk terus bernafas, rukuk serta sujud dibumi Allah ini.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
~
~
To be continue...
~22-05-2012~
Seodaemon Prison visit

Perjalanan diteruskan ke destinasi yang dituju, turun je dari subway terus mecari penjara. Orang lain, tak nak masuk penjara, yang kami sibuk cari penjara kan..hehehe.. Apa-apa pun setelah hampir setengah jam jugak la mencari, kami tiba di "Seodaemun Prison History Hall" dan dikenakan bayaran 1,500 won. Actually, unni yang pilih tempat ni, tak tahu kenapa. Masa nak masuk ke sini dalam fikiran deqsu mesti bosan kan tengok penjara. Tapi, once masuk je terus teruja untuk lebih mengetahui cara kehidupan banduan di dalam penjara. Let's picture explain the meaning of prison..

one of tempat perbicaraan berpalang dan ianya berkunci dan kami tidak dibenarkan masuk. Actually tegak juga la bulu roma sepanjang melalui bilik-bilik kurungan disini. Tambahan pula, masa kami masuk ni hanya kami berdua dan dua orang lagi warga tempatan.

 Seriously terkejut + rasa nak menjerit je masa lalu bilik ni, memang nampak macam real je orang dalam bilik kurungan ni..huhuhuhu.. Dalam penjara ini juga ada tercatatnya sejarah-sejarah banduan lama.


Ni antara replika keadaan banduan didalam bilik kurungan.

Selain dari melawat kawasan sekitar penjara dan bilik kurungan, disini juga disediakan satu bilik teater untuk melihat video banduan dan sejarah penjara ini sendiri. Actually, banyak lagi replika-replika aktiviti banduan dan cara kehidupan mereka disini. Tapi, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sebahagian replika dan tempat aktiviti banduan. Antaranya, tempat banduan dijatuhi hukuman gantung. Tapi, melihat dengan mata sendiri sudah cukup menggerunkan. Masa tu, deqsu terfikir, ini baru hukuman di dunia. Macam mana la nanti hukuman diakhirat kelak kan..~Muhasabah diri~ (",)

Yang menariknya juga, ada tempat bermain untuk para banduan.. Interesting, tapi tak sempat nak snap pic pun masa tu.. huhuhu. Kami juga sempat bersembang dengan kanak-kanak yang turut membuat lawatan ke penjara ini. Seronok kanak-kanak tu dapat speaking dengan kami..hehehe.. dan as usual, isu tudung berbangkit dan kanak-kanak ni tahu yang kami mengenakan hijab. Alhamdulillah, kanak-kanak sekarang di Korea  pun telah didedahkan dengan cara kehidupan masyarakat sejagat.

Setelah seharian berjalan, masa untuk pulang ke guest house..time to rest.. (",) Lepas maghrib, kami berjalan pula disekitar Gwangjang Market.. kononnya nak cari souvenir la kan.. Tapi, tengok kat market ni kebanyakkannya jual makanan je + kami terserempak dengan beberapa warga tempatan dalam keadaan mabuk..huhu..takut la pulak kan. Jadinya kami berjalan ditempat yang ramai orang dan sempat singgah di beberapa kedai souvenir dan sempat grab chopstick + sudu panjang..hooyee..favourite unni sampai sekarang tu..(",)

To be continue for next day & next destination..(",)
Thank for reading..