Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan masa untuk terus menghirup udara segar di bumiMu Ya Allah.. Alhamdulillah.. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.. (",)
Salam Ramadhan kareem.. Alhamdulillah, dah seminggu umat islam diseluruh pelusuk dunia mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, kita juga diajar untuk menjaga akhlak dan tingkah laku agar puasa kita tidak menjadi sia-sia. Sekaligus melatih kita untuk jadi sabar dan jadi lebih baik. Moga kita dapat tingkatkan lagi ibadah dan terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan sunat seperti solat witir, membaca al-quran dan lain-lain lagi untuk saat, minggu, bulan dan tahun-tahun akan datang.. insyaAllah.. (",)
Lately ini agak busy sikit sampai tak sempat nak update blog ( busy ke buat-buat busy ek?? hehehe.. ) busy dengan aktiviti lain la maksudnya since ada buku yang nak kena khatam, ada ilmu yang nak kena tambah dan ada kerja yang perlukan perhatian. Tapi, apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita seharian ini pasti ada hikmah yang dah diatur olehNya yang Maha Bijaksana. SubhanAllah.. sayang sungguh pencipta dunia ini dengan hambanya kan?? Cuma kita je kadang- kadang tak sedar dan tak bersyukur atas hikmah yang diberi.. (muhasabah diri balik jom kawan-kawan.. ..astaghfirullahalazim.. astaghfirullahalazim... astaghfirullahalazim.. ).
Dalam pada tu juga, deqsu sempat khatam buku " titisan mahabbah".. nukilan yang ringkas, tapi padat dan sarat dengan hikmah yang boleh kita ambil. Hidayah tu datang dariNya.. suatu nikmat dan peluang kedua yang begitu bermakna. Kebetulan pula, tengah blog walking deqsu sempat baca a few blog related dengan penghijrahan insan-insan terpilih ini. Alhamdulillah.. " apa yang disampaikan dari hati, pasti terkesan dihati juga " .. Nukilan mereka buatkan deqsu sedar akan kekurangan diri dalam menjaga aurat dan akhlak.. Tak semestinya kita yang memang sudah berhijab ini, betul2 memenuhi tuntutan syariat . Kadang-kadang, mereka yang dahulunya tidak berhijab lebih baik menjaga aurat mereka sekarang dari kita. Samalah juga dengan sikap kita, tak semestinya orang yang jahat itu akan terus jahat dan sebaliknya. Jadinya, jom kita sama-sama menjaga akhlak, aurat dan maruah untuk masa depan ummah yang lebih baik..InsyaAllah..
Oppss..tertinggal satu lagi tag line.. " jika ingin menegur seseorang, tegurlah dengan penuh hikmah " .. bukan dengan kutukan atau penghinaan sebab ia akan menunjukkan imej buruk kita pula.. bak kata orang.. " satu jari tunjuk dekat orang lain.. lagi empat jari tunjuk kat diri sendiri ".. jom audit diri balik, moga ramadhan kali ini memberi lebih makna untuk kita.. Mohon maaf jika ada ketelanjuran kata-kata..Yang baik semuanya datang dari Yang Esa..yang buruk itu dari kekhilafan diri saya.. (",).. Selamat berpuasa...
No comments:
Post a Comment