Saturday, October 26, 2013

Barakallah DH ^~^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.

Maraton update hari ni sempena 6th anniversary.. hehehe.. Semangat meng'update' since sangat2 tak ada mood untuk baca buku + dalam fikiran ni tengah fikir next book to buy..hoho.. Buku2 yang sedia ada semua dah khatam.. cuma,double khatam je belum..hee.. (insyaAllah, nanti deqsu kongsikan buku2 yang menarik/bermanfaat ^~^).

Ok, since semalam sibuk tengok update dari sis Diana Amir dekat instagram + facebook. Alhamdulillah, sis Diana Amir & sir Habib Bullah selamat diijabkabulkan malam semalam. Barakallahulakuma wa barakah alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair ^~^. Majlis yang simple dan mengikut yang dituntut oleh agama sebab yang utamanya adalah lafaz akad  itu sendiri. Alhamdulillah ^~^.



  
Sangat suka dengan pakaian yang sis Diana Amir pakai, sweet, nice & yang penting boleh dibawa solat (menutup aurat) ^~^

Moga mahligai yang dibina sentiasa dalam redha & rahmatNYA. Akad yang dilafazkan ketika ijabkabul adalah penyerahan amanah seorang wali kepada zauj anaknya. Moga amanah yang diserahkan dapat dipikul dengan baik.

Apapun yang paling penting persediaan dari segi agama. Sebab kalau baik agamanya, baiklah jadinya..insyaAllah. Sebab pernikahan bukan semata-mata kerana cinta tetapi sebagai pembina ummah. Sebagai ingatan bersama, masih sempat untuk terus memperbaiki diri sebab setiap hari dalam hidup kita adalah untuk terus jadi yang baik, jadi yang lebih baik dan terbaik. Kalau nak dapat zauj/zaujah yang baik kenalah diri sendiri jadi baik dulu kan??^~^ Audit diri jom kawan2!!


6th Anniversary ^~^ Alhamdulillah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur kehadrat Illahi masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumiMU Ya Allah. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
Happy 6th Anniversary dear deQsu!! ^~^
26/10/2007-26/10/2013
Thanks always being together with me (",)
Inilah teman dikala stress dengan exam & assignment..
Kawan dikala suka dan duka.. Sahabat semasa down dan ceria..
Alhamdulillah, semoga setiap yang disampaikan dalam redhaNya.
(^~^)    ^~^   (^~^)
 
 
Alhamdulillah. sedar tak sedar dah 6 tahun usia "deQsu". Bermula dengan niat suka-suka + kononnya tempat luahan rasa since masa tu agak stress dengan uni life (al-maklum la asalnya UUM bukan la universiti pilihan deqsu since nun jauh ditengah hutan + jauh dengan family..huhu). Lagipun, zaman tu my dear sis pun sangat aktif dengan blogging. So, deqsu pun minta tolong sis untuk creat blog ni dan dinamakan deQsu sempena panggilan deqsu di zaman matrik dulu ^~^.
 
 
Bagi deqsu menulis/menaip ni satu kepuasan yang susah nak describe. Walaupun kalau flashback entry2 lama mesti rasa nak senyum sorang2 je sebab tulis macam budak tak matured.. hehe.. (memang tak matured pun time tu, semua benda nak cerita kat blog.. huhu..). But, now I know how to make it interesting and useful. Many thanks to the bloggers and special thanks to kak wie since invite deqsu join this program, SERUMPUN. Very useful and enjoy it since dapat face to face dengan penulis2 yang deqsu sangat hormati sebab ilmu yang mereka ada serta cara mereka menyampaikannya. ^~^. 
 
"one book for one person at least"
 
Setelah bertahun, bermacam gaya penulisan yang dipraktikkan serta bermacam tajuk dan cerita. Moga setiap yang ditaip dapat dimanfaatkan bersama dan deqsu juga nak mohon maaf andai ada tersalah kata atau pendapat diruangan blog ni. Moga kita sama-sama dapat sampaikan ilmu dan perkara yang dapat memberi manfaat/motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain. InsyaAllah. ^~^.
 
"..Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat.."
 



Tuesday, October 22, 2013

The Right Path (^~^)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya  Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah, weekend baru ni dapat settlekan a few thing dan dapat menghirup udara segar sambil jalan-jalan dekat tasik. Planning asal, nak cycling + jogging dekat area Taman Cahaya Seri Alam. Tapi, Allah dah aturkan perancangan yang lebih baik untuk deqsu. Alhamdulillah.. Dunia ni luas dan cantik. So, dekat mana-mana pun kita boleh lihat KebesaranNYA. Paling simple lihatlah kelangit dan muka ibu/mak kita. SubhanAllah.. Ciptaan Terindah (^~^)

Tapi, dalam masa yang sama jugak, lately deqsu macam messy + lose je. Rutin harian dah tak macam selalu, breakfast & makan malam dah berapa hari skip. Tak lalu nak makan dengan keadaan batuk yang agak teruk. Malam pun susah je nak tidur. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, hati yang perlu dijaga dan pendapat yang perlu dikaji (T.T). Ujian yang harus dilalui sebagai hambaNya yang banyak khilaf. Muhasabah diri balik, solat, baca al-quran dan sabar. InsyaAllah moga dipermudahkan segala urusan.


So, since deqsu asyik messy + loss je. Deqsu nak share 10 perkara yang boleh merosakkan otak kita. Yup, first thing je deqsu dah buat ; skip makan pagi (that why la lose je kan..huhu). Then, perkara yang kelima menghidu udara yang tercemar ( terlalu banyak pembakaran terbuka dekat area rumah..huhu). Lastly, perkara yang ke 6 (cumanya diterbalikkan, kurang tidur..huhu). NEED TO CHANGE ok DEQSU!!

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat.. (^~^) walaupun diuji dengan perkara lain tapi bab kerja Alhamdulillah Allah permudahkan. Teringat deqsu semalam, tengok stick note yang tertampal tepi meja, banyak kerja-kerja yang perlukan diselesaikan dan disegerakan. (dalam fikiran dah fikir mesti tak boleh settle ni dalam sehari..huhu). 

Then, deqsu amik masa 5 min before mula kerja dengan tarik nafas, selawat dan zikir mana yang termampu. Alhamdulillah, dipermudahkan.. before pukul 3 petang everything DONE!! ALHAMDULILLAH. unexpected sebenarnya. Tapi, tula kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (",). Moral of the story, jangan cepat mengeluh bila diuji dan ingatlah DIA disetiap detik kita. Pegang kata-kata dalam surat cintaNYA ini:

  Moga Allah redha (^~^)

Thursday, October 17, 2013

~Hikmah Audit Diri~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus bernafas, rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Hampir seminggu lebih "diary pink" ni tak ber"update", ikut lesu macam tuan dia (",). Satu nikmat Allah tarik untuk ingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang lainnya. Haluskan cara teguran Pencipta Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ini ?? (^~^) Alhamdulillah, moga kita sentiasa mendapat rahmat serta syafaat dariNya agar setiap yang kita lakukan sentiasa dalam redhaNya.

Sepanjang tempoh "merehatkan diri" banyak yang deqsu dapat belajar. Belajar muhasabah diri, belajar untuk jadi lebih sabar serta tabah dan belajar untuk lebih bersyukur. Setiap ujian dan dugaan yang datang dalam  hidup kita ini kadang-kadang memang nampak sukar dan tak terbendung. Tapi, Allah dah aturkan semuanya adil dan saksama. So, tak perlu la kita merungut/mengeluh tiap kali sesuatu perkara itu terjadi dalam diri kita, sebaliknya audit balik diri (^~^).


Teringat deqsu, post dari seorang sahabat mengenai kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solat serta serta ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut dan bertanya akan hal tersebut. 

Isterinya menceritakan kisah yang terjadi kepada dia dan lelaki pengisi air di tempat mereka " Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaanya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggenggam pergelangan tanganku kuat sedikit."

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya. 

Si isteri bertanya: "mengapa dengan kamu? mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya?. 

Si suami menjawab: "Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri".

Si isteri bertanya: "Bagaimana begitu?"

Jawab lelaki tersebut: "Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia memintaku membaiki gelang tangannya yang diperbuat dari emas. ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggenggam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggenggam tanganmu."

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu berkata " Genggaman dibalas dengan genggaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu."

Moral of the story:

  • Allah Taala akan membalas segala perkara perkara buruk yang kita lakukan. (Jadi, jangan cepat melatah dengan dugaan, tapi tengok balik apa yang dah kita lakukan (",) )
  • Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayang disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain (jangan jadi selfish, buat perkara yang bermanfaat untuk diri dan orang lain.. (^~^) ).
  • Bersegera memohon keampunan dari Allah Taala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazam tidak mengulanginya (Moga Allah redha dan menerima taubat kita (",) 
(p/s:untuk detail tentang kisah ni boleh klik link ukhti Asma' Suardi / Youtube dibawah sebab deqsu just ambil ringkasan cerita untuk dijadikan sebagai teladan. Moga setiap detik yang kita lalui dipenuhi perkara bermanfaat. Untuk dapat yang baik kenalah jadi baik dulu kan?? :).. Audit diri jom!!)



credit to:  Ukhti Asma Suardi & Youtube





 








Tuesday, October 8, 2013

~Alhamdulillah..getting better (",)~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus rukuk dan sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda (",).

Lately ni tengok traffic blog ramai yang view post deqsu pasal Aftaas (Ehem3, ramai rupanya bakal2 auditor ye??hehe.. Alhamdulillah.. moga menjadi auditor yang jujur dan ikhlas dan bukan hanya mencari keuntungan semata-mata. Pada yang komen dan bertanya thanks and sorry kalau akak ni lambat reply ye adik2 :)

Alhamdulillah, this week getting better since lately ni asyik post cam sedih+ stress je kan. (",).. Even sekarang busy sangat2 dengan kerja tak pernah nak habis.. But its ok, kerja tu kan satu ibadah (",). Punca rezeki untuk kita menyara hidup disamping berkongsi dengan mereka yang memerlukan. So, jangan nak merungut + membebel disini ye deqsu. (^~^).

Alhamdulillah, weekend baru2 ni dapat spend time  dengan officemate untuk pergi kenduri kahwin, siap konvoi lagi tu even tak jauh mana pun.hehehe.. But, enjoy  it since dapat makan nasi minyak (tetiba memang mengidam pun time tu :) hee ) Then, dapat spend time dengan kak ngah & our only brother and family even next week dah nak jumpa balik kat Tapah. (",). But, its life all about. We need somebody in our life. Not only for our benefit, but to gain effort together in making UMMAH. InsyaAllah. (",)

"..Although life has its challenge, its still preciuos isn't it?..
Every moment is a chance to get close to Allah..
To express the talents HE has given us..
To feel the sunshine on our face.." 

~ALHAMDULILLAH~






Wednesday, October 2, 2013

~October please be Awesome~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan waktu untuk terus bernafas dibumiMu Ya Allah.. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
 October is coming!!!! Hooyee.. (",)
It will be a busy month.. (@.@)
Auditor will coming.. (o.O)
Migrain also will come back..(T.T)

But, don't worry be happy.. =p
Allah always with us.. :)
Keep close to HIM.. (",)
Keep pray... (^~^)

"There is no power and no strength except with Allah"
May Allah bless us always.. (^      ~     ^)