BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.
Just nak sharing pasal istikharah, blog yang deqsu selalu lawati beberapa bulan yang lepas. Deqsu dah penah lalui dan lakukan dan mungkin jugak untuk panduan kawan-kawan kat luar sana. InsyaAllah. ^~^ Yang penting yakin dengan setiap yang kita lakukan dan yakin dengan takdir yang dah ditentukan olehNya.
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi
menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau
keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis
Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah
Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala
urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat
Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam
salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu
sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan
memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang
betul.
Cara Solat Istikharah
a. Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang
tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada
kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada
Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat
Islam.
f. Membaca doa solat sunat Istikharah:
g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa
sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh
Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon
kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi,
gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah
dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut
kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan
hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
credit to;
shafiqolbu