Sunday, December 15, 2013

~Home Alone~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat kekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^

Home alone ^~^ did you remember the film??(",)
Zaman kanak-kanak + remaja dulu kala (huhu..macam dah tua sangat la plak kn..hehe) filem/drama ni la selalu ditayangkan especially bila Hari Krismas. Kisah seorang kanak-kanak yang ditinggalkan.. opps tertinggal oleh family yang pergi holiday. Pelbagai kisah lucu dan menarik yang dilakukan oleh kanak-kanak ini dalam mengelak diri dari diculik. Part yang paling best, strategi kanak-kanak ini dlam menipu daya penculik tersebut. (Rasanya tak payah story panjang pun korang dah tau kan..hehe..^~^.)
Actually bukan pasal filem @ drama ni yang deqsu nak share. Cuma, pengalaman ber "home alone" deqsu semalam. Kalau ikutkan, dah selalu pun ber" home alone", tapi semalam rasa lain sangat. Mungkin tarbiyah darinya Yang Maha Mengetahui akan isi hati hambanya yang sedang berduka. (ecece..emo terlebih sudaaa..hehe). Bila diri kurang dengan pengisian, kurang dengan iman dan ilmu begini la rasanya. Cuba kita lihat orang yang sentiasa nampak bahagia, hidupnya penuh dengan pengisian, iman dan ilmu yang sentiasa diupdate. (terasa kekerdilan diri yang serba kekurangan ini.huhu)
"aku sedih dan kecewa.." Allah menjawab dalam firmannya " Janganlah kamu berdukacita, Sesungguhnya Allah beserta kita. (9:40)
Dalam tempoh 2 minggu yang lepas deqsu jarang update blog atas alasan busy dan stress ( Tapi, kenapa stress? sebab tak pandai manage time dan emosi.Yup, itulah kita sebagai pendosa yang sering mencari alasan atas ketidaksempurnaan terhadap sesuatu perkara. Sedangkan semuanya atas kekhilafan diri sendiri. Bila dalam keadaan ini, kita selalu menyebut:
" Aduh..serabutnya.." tapi, Allah menjawab dalam firmanNya " Hanya dengan mengingatiku hati menjadi tenang (13:28)
" Beratnya dugaan yang ku tanggung ini.." maka Allah menjawab " Aku tida membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)
Semua persoalan dan rungutan kita setiap hari dah tertulis dalam surat cintaNya, cuma kita je yang jarang meneliti dan memahami akan ayat-ayat tersebut. So, jom audit diri dan dalami lagi ayat-ayat cinta dariNya (just remind my self ^~^).
(p/s: Ya Allah, tetapkan lah hati hambamu yang lemah ini sentiasa dijalanmu, sentiasa dijalan kebenaran. Dekatkan aku dengan insan-insan yang soleh/solehah yang dapat membimbing, mengingatkan akan Mu Ya Rabb Pencipta Yang Agung. Kau rahmati dan lindungi aku, keluargaku serta insan-insan disekelilingku dari segala marabahaya dan bencana. Ameen Ya Rabb)


No comments: