Saturday, February 22, 2014

Dugaan oh dugaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


Terinspirasi dengan 'quote' ini. Moga diri ini sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh dugaan dan ujian yang mendatang dalam meniti kehidupan kurniaan dariNya Pencipta Agung. InsyaAllah ^~^.
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih terus diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^.
 
Life Challenge
 
Untuk saat dan ketika ini terasa diri lemah dan penat sangat dengan dugaan kerja yang mencabar minda dan akal. Sampai ada ketikanya, deqsu tanya balik pada diri "apa sebenarnya yang deqsu nak capai dan nak dalam kehidupan? Experience? Good Environment? Income? Satisfaction? dan apa sebenarnya target deqsu dalam kerjaya? Sebab bila sampai satu tahap kita rasa dah buat yang terbaik, dah cuba jadi kuat. Tapi.. ada yang menghalang untuk kita teruskan perjuangan.
 
Dugaan yang paling deqsu risau bila timbulnya rasa tak happy nak bekerja (ikhlas tu seolah-olah hilang secara tak sedar). Kadang-kadang rasa "is it need to find another work? dan mula la berfikir sampai kaitkan dengan environment & income. Opps, Kenapa deqsu tak kaitkan dengan experience & satisfaction? sebabnya deqsu rasa puas sangat dapat buat macam-macam kerja since pengalaman tu terlalu berharga bila ada yang beri kepercayaan untuk kita lakukan sesuatu kerja. Namun, ada tapinya, untuk sesuatu usaha yang disalurkan perlukan ganjaran yang berbaloi jugak kan? ^~^ (ke salah? Tapi perlu diingat, ganjaran tak semestinya duit semata-mata. fikir-fikir kan lah^~^).
 
Just for sharing " Sesiapa yang menjadikan harta sebagai matlamat, akan menjadi mudharat. dan sesiapa yang menjadikan harta sebagai alat, akan menjadi manfaat ". Mohon beri pendapat ye..dalam sesuatu kerja, apa yang korang pandang; environment? income? satisfaction? @ experience? Please rank it ^~^.
 
Perkara kedua yang deqsu takut sekali dalam alam perkerjaan adalah bila dikelilingi iron-iron negative. Risau tak mampu menjaga diri, hati dan iman. Sangat risau terpengaruh dengan perkara-perkara tak sihat. Ya Allah minta dijauhkan sebab diri ini terlalu banyak kekurangan. Selain tu term "culture shock" mungkin boleh diguna pakai since kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yang kita tak pernah jangka sampai terdetik dalam hati "boleh ye macam ni? is it true?" emm..
 
Effect of it
 
Tapi deqsu akui ada insan yang lebih penat dan berat ujiannya. Namun mereka tetap redha, tetap tersenyum dan meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang kerana percaya dengan qada' dan qadar Allah. Terasa diri ini kerdil sangat sebab selalu tak kuat, selalu alpa dengan 'hint2' yang Allah berikan. Astaghfirullahalazim. Dalam tempoh 3 minggu ni, disebabkan "culture shock" sikit dengan beberapa perkara menyebabkan deqsu banyak berfikir sampai memudaratkan diri dan cinta hati (kereta ^~^). Sebab terlalu banyak berfikir sampai tak lalu makan, sampai jatuh menyebabkan luka dekat kedua belah tangan. Banyak berfikir sampai tak focus dengan pemanduan, kereta jadi mangsa kena langgar pagar dan tiang. (T.T).
 
Thanks for support
 
 Apa-apa pun yang jadi, deqsu percaya mungkin ada hikmah yang tersembunyi atas segala yang terjadi. Moga diberikan petunjuk untuk melalui jalan yang lurus dan diredhai. Andai rezeki ditempat lain, moga dipermudahkan. Andai rezeki masih disitu , moga terus diberi kekuatan untuk terus ikhlas dan lebih bertanggungjawab dalam melakukan segala urusan. InsyaAllah.
 
Alhamdulillah, disaat ujian ini, Allah tetap berikan kekuatan untuk terus muhasabah diri, Allah terus hadirkan insan-insan yang memahami dan Allah permudahkan urusan-urusan deqsu yang lain. Alhamdulillah. ^~^. Syukran jazilan buat mereka yang begitu memahami dengan apa yang terjadi dan sorry buat mereka yang nampak akan kepenatan diri ni sampai tak sanggup nak marah dan nak tegur apa-apa.hehehe. (Sorry, sometime I cannot control my stress & my face to keep smile ^~^).
 
Sebelum melelapkan mata, nak ber'dreaming'.. " Indahnya hidup bersyariat, andai setiap dari kita mengamalkannya pasti hidup ini akan tenang dan berjalan lancar. Tiadanya fitnah, tiada salah-sangka & tiada sengketa." Untuk dapatkan suasana yang baik, kena mulakan denga diri sendiri dulu, baru yang lain akan follow. Jom kita amalkan hidup bersyariat!!.InsyaAllah. Hanya DIA Yang Lebih Mengetahui ^~^
 
 
 



Wednesday, February 19, 2014

~Care~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...


keep smile...
stay strong...
believe on HIS faith...
HE will easy our way...
InsyaAllah.. ^~^

Tuesday, February 18, 2014

Be Positive

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi waktu untuk terus rukuk serta sujud padaMU Ya Rabbul Jalil. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.
 
 
Untuk tika dan saat ini,
Hati bagai dibelah-belah,
Jiwa sepi tanpa tindakan,
Fikiran melayang memikir kedepan.
 
Bila berada di iron negatif
Hati gundah gulana,
Jiwa meronta-ronta,
Fikiran menurut serta.
 
Ya Allah,
Pencipta Agung Yang Maha Berkuasa,
Tetapkan hati dan diri ini dijalanMU,
Jauhkan dari dibelenggu anasir begini.
 
HambaMu yang lemah ini, 
Mengadu meminta simpati,
Mohon diampunkan segala dosa lalu,
Diberikan kekuatan untuk menempuh ranjau ini.
 
Ya Rabb,
Tunjukkan jalan yang engkau redhai,
Berkatilah usaha yang kecil ini,
Moga beroleh ketenangan dan rahmat dariMu Illahi.
 
 
 

 


Thursday, February 13, 2014

~Wordless Thursday~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

wordless thursday..^~^

Sunday, February 9, 2014

A Dream Part II

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang dan waktu untuk meneruskan penulisan di diari pink yang serba kekurangan ini. Segala yang baik datang dariNya Yang Maha Mengetahui. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^
 
At this moment while I'm typing this entry, I'm just crying. It suddenly happens. But, no worries since its for happiness ^~^. Alhamdulillah, thanks Allah for this feeling. Actually, deqsu just stop kejap dari baca novel "Cinta High Class" tadi dan terfikir+berangan sambil cakap dalam hati "..bestnya jadi macam Dr. Muslih & Qaniah..". (ayat-ayat yang selalu kaki novel/drama berangankan.. nak jadi seperti watak dalam cerita..hehe). Tapi, deqsu fikir lain since I know this a real story from both of them my murobbi di alam maya (",) untuk kita ambil iktibar dan contohi sebab segala yang diusahakan/dilakukan berlandaskan sunnah Nabi Muhammad dan para sahabat yang lain. Moga rumah tangga mereka sentiasa dilimpahi mawaddah dan warahmah. InsyaAllah. (",).
 
Opening je dah panjang kan..hehe (maafkan saya..huhu). Misi "A Dream" kini disambung.. Continue dari entry "A Dream Part I". Misi bermula dengan memperbaiki satu-satu kekurangan yang ada especially dari segi aurat. Memang diakui diri ini juga banyak khilafnya, walaupun sudah berbekal ilmu agama dari didikan mak abah & guru-guru disekolah dulu. Tapi, pengaruh alam sekeliling membuat kan diri ini leka.( full story in Hijrah entry). Jadi, masa tu dah berazam akan cuba perbaiki satu persatu & berazam untuk terus istiqamah. Mula-mula memang tak yakin dengan diri sendiri untuk jadi seperti Qaniah. Tapi, deqsu niatkan untuk kebaikkan dan kebahagian diri, mungkin bukan untuk dapat ganjaran didunia, tapi diakhirat kelak, InsyaAllah.. ^~^
 
Hari demi hari, bulan demi bulan hati ni semakin tenang. Alhamdulillah. ^~^. Namun dugaan demi dugaan pula datang menjelma. Seperti yang dilalui oleh orang lain, diri ini juga pernah ada rasa untuk dikasihi. (kononnya nak ada la kawan time tengah stress dengan study, then praktikal + kerja plak.) Tapi, kuatkan hati "no more love before nikah" that's my principe even masa last year dekat u ramai yang dah ada calon dan ada pulak yang dah nak tunang+ kahwin semua tu. (dalam hati, sabar jela..just follow the flow. Just be the best, insyaAllah u get the best.^~^. Diri di"busy"kan dengan jadi workaholic then, bila kat rumah "busy"kan pulak diri dengan buku+ blog. Nak jadi baik, ilmu kena sentiasa ada, nak terus istiqamah, iman kena kuat & nak Iman kuat hati mesti dekat dengan Allah ^~^.
 
Hari demi hari ditempuh dengan pelbagai "games" dunia. Banyak onak & cabaran yang harus dilalui, Kadang-kadang jadi in out jugak bila terlalu stress dengan kerja. Tapi, Alhamdulillah, that's the reason I'm crying coz Allah always give me chance, DIA sentiasa hantarkan peringatan dan hikmah atas setiap yang jadi. Ya Allah, terlalu baiknya engkau pada hambaMu yang kerdil ini. (T.T). Walau kadang-kadang ada je negative thinking dalam mind ni. Cepat-cepat diingatkan agar setiap yang jadi ada hikmah yang membahagiakan diri.
 
Alhamdulillah.. My dream come true, mungkin tak fully jadi macam Qaniah, but part of it. And the other part of dream is about how I meet my future partner and Alhamdulillah, Allah kabulkan. Diaturkan satu aturan yang baik dan cantik. Moga redha Allah sentiasa bersama dengan perancangan seterusnya nanti. InsyaAllah. Tak salah kan bercita-cita untuk jadi dan dapat yang terbaik?? Yang penting mulakan dengan diri-sendiri dan niat keranaNYA. InsyaAllah.. Jom teroka lagi ilmu+knowledge sambil tu jom kita bina "dream" seterusnya..hehe.. ^~^.
 
 
 
 

~Menjemput Syukur~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur atas segala nikmat kurniaanNya yang memberi nafas untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Yang Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^


Ayat-ayat cinta dariNYA yang tiada yang benar melainkan yang benar belaka. InsyaAllah, rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ni cukup sebenarnya. Cuma kita ni kadang-kadand tak mampu control nafsu diri untuk dapatkan yang lebih dari tu, betul tak??^~^. Setiap yang Allah kurniakan kepada kita itu sebenarnya itulah yang selayaknya kita dapat, Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan (flash-back balik konsep kehendak & keperluan) (",)
 
Dah dua bulan tazkirah di majlis tahlil ofis bercerita mengenai menjemput syukur. SubhanAllah, topik yang sangat menarik even dah banyak kali dengar dan baca pun sebenarnya. Tapi, itulah lumrah manusia sentiasa perlu diingatkan. Bersyukur dengan hati, bersyukur dengan lisan bersyukur dengan tindakan. Macam-macam cara yang boleh kita lakukan asalkan niat dan cara yang kita lakukan itu selari dengan tuntutan syariat. Cuma, yang paling utama segala yang kita dapat, segala yang jadi dalam kehidupan seharian kita adalah aturan terbaik dariNYA, sepatutnya setiap saat kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakan nafas untuk terus melakukan kerja seharian.
 
Andai dikurniakan rezeki yang lebih, bersyukur dan berkongsi pada yang memerlukan..
Andai dikurniakan rezeki yang seadanya, bersyukur dan lihatlah mereka yang tidak makan, minum & tidur di Gaza & Palestin sana..
Andai dikurniakan keluarga yang penyayang, bersyukur dan hargailah mereka sebaiknya..
Andai dilanda dugaan & ujian yang berat, bersyukur & pandanglah pada mereka yang lebih berat dan terdahulu diuji..
 
 

 
 

Sunday, February 2, 2014

~weekend~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk terus rukuk serta sujud padaNya Pencipta Yang Maha Agung. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.^~^
 
Alhamdulillah.. even mata dah nak macam panda & badan minta direhatkan. Tapi, blogging tetap blogging, teman setia dikala suka dan duka, diari hati yang sentiasa mengingatkan diri akan hakikat kehidupan sebab lumrah manusia sering lupa dan alpa akan kehidupan dunia yang penuh dengan pelbagai "games". ^~^
 
 
Melalui minggu yang penuh dengan aktiviti sempena majlis akad nikah & resepsi sepupu. Barakallahulakuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair to my sweet cuzen Kak Ina for your wedding. Selamat bercinta hingga ke jannah. (",). Seronok walaupun penat untuk majlis akad nikah since dapat masak+basuh pinggan+mengemas bersama-sama sepupu (deqsu tolong sikit2 je pun setakat goreng ayam+lap2 pinggan..huhu). Time wedding ada catering. So,tak ade la nak beraktiviti sangat kan. (",)
 

credit pic to my cuzen pika in her sister wedding. My pic??of coz la tak ade kan.. huhu.. as usual..^~^

Meriah sangat majlis kali ni since dapat jumpa ramai makcik2 & pakcik2  saudara serta sepupu2 yang dah lama tak jumpa dan apa lagi, soalan demi soalan deqsu dapat since ramai yang baru tau majlis disember yang lepas. hee (",). Apa-apa pun syukran syazilan buat yang mendoakan dan memberi kata-kata nasihat kerana ianya satu doa amen ya rabb. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan dan moga dapat menjaga diri dan mempersiapkan diri untuk tanggungjawab akan datang. ^~^.
 
 
Ok, just it.. Let's continue reading this novel.^~^. I need take a time while reading this novel since too many knowledge & tips need to remember & practice. Everyone should also read this book not only bride/groom to be but all because knowledge is such an expensive & wonderful thing in our life. Read & practice and it be more sweet if you can share to the others. Make a dream with it.InsyaAllah. Hanya DIA Yang Lebih Mengetahui. ^~^ ~fourmonthtogo~