Wednesday, January 1, 2014

~Azam 2014~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, THE MOST MERCIFUL.. ALHAMDULILLAH for giving me a chance to still live in this world.. Thanks ALLAH...

Alhamdulillah, masih terus dikurniakan nafas untuk menghirup udara yang nyaman serta menikmati alam ciptaanNya Pencipta Yang Maha Esa. Selawat serta salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. ^~^. Double entry in the same day of 010114 (",)
 
As deqsu mention entry before, azam 2014 akan diupdate untuk ingatan diri sendiri since tahun ni umur akan bertambah setahun lagi..hoho.. Dah nak masuk 25 la, macam tak percaya pun ada. Umur yang cukup sinonim dengan penamatan zaman bujang. Benarkah?? Tapi, kalau dulu deqsu pernah target umur 26 since nak merealisasikan impian bercuti ke Korea dengan kawan2. Tapi, Allah bagi rezeki awal dapat ke Korea tahun 2012 dengan unni. Alhamdulillah. ^~^
 
 Back to the "azam", actually ni azam + keinginan yang deqsu nak cuba capai tahun ni:
 
  1. Menjadi muslimah yang pandai menjaga akhlak, peribadi & tahu serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri (insyaAllah) dan yang paling penting hamba kepada Pencipta Yang Agung. (Moga dapat terus istiqamah dengan amalan yang sedikit sebelum ini dan dapat memperbanyakkan dan memperbaiki kelemahan yang ada.InsyaAllah, sama-sama lah kita saling ingat-mengingati) ^~^
  2. Menjadi chef terkenal ala-ala master chef.(hehe..berangan je lebih^~^) Correction: deqsu nak belajar masak sebanyak yang mungkin dan praktikkan supaya nanti takde la kekok sangat nak masakkan untuk orang lain kan ^~^. (Tapi, terdapat risiko disini since nak belajar masak mesti kena selalu praktis kan? Makanya, jadi banyak makan la pulak nanti. Camne nak diet ni??hoho. So, misi mencari mangsa untuk makan perlu ada disertakan dalam azam ni.hehe).
  3. Menjadi insan yang lebih tabah menghadapi segala kemungkinan dan dugaan dalam hidup. Tapi seriously, tahun 2013 deqsu dah kurang nangis. Hopefully tahun ni dapat lebih bertabah hati dan kalau nak nangis jugak biarlah di hadapanNya, suatu perasaan yang lain korang akan dapat rasa. Tak caye, try ye.. InsyaAllah^~^ its miracle of Allah.
  4. Since misi berjalan ke Korea dengan bff perlu ditangguhkan @ perlu ditukar lokasi. Jadi, harapan deqsu agar dapat ber'holiday' dengan bff dalam masa terdekat ni sebelum ada yang bertukar status.hee ^~^. Rindu nak jadi bendahari.hehehe.
  5. .................................. perlu dikosongkan since tahun ni azam kena bahagi dua, sebelum & selepas May 2014. Kenapa?? wait and see. (since in account we have a quarter year, interim and yearly audit. So, I will practice it in my "azam" this year.Hehe..^~^). Baru la namanye accountant kan, praktis segala yang dipelajari selagi boleh. thumb up!!
Actually, azam tak semestinya tahun baru je. Bila-bila masa pun kita boleh tetapkan azam. Yang penting niat dan usaha serta tindakan seterusnya. Cuma, bak kata Farah Lee, "manusia memang suka tarikh yang cantik untuk buat azam. Tapi, tak mengapa, asalkan mahu berubah, Allah suka:)". Moga dengan azam ni kita dapat lebih memperbaiki kekurangan masing-masing dan bersemangat untuk mencapai azam yang dibuat dengan cara yang betul dan mengikut syariat. InsyaAllah. Moga Allah redha dan memberkati niat dan usaha kita semua. InsyaAllah. Ameen Ya Rabb ^~^


 
 
     

2 comments:

Anonymous said...

^_^

deqsu said...

:) Thanks for reading my dear anonymous bff :)