Thursday, July 1, 2010

untuk ingatan bersama...

Alhamdulillah…masih diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah ini….

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.


Ayat diatas cukup sinonim bila berbicara tentang masalah sosial dan pergaulan terutama pada masa kini yang mana masyarakat terdedah dengan perlakuan ini, dan seolah2 menjadi trend dan kebiasaan plak..mana penghayatan kita sebagai umat Islam????? Adakah ayat ni diturunkan saja2 tanpa tujuan???? Fikir2 dan renung2kan lah…

Actually saya tertarik nak berbicara sedikit tentang ini bila melihat rancangan Imam Muda episod yg ke-5 baru2 ini.. Bila bercakap mengenai ini juga sudah pasti pergaulan diantara lelaki dan perempuan menjadi tumpuan sebab masa kini pergaulan bebas semakin berleluasa… bila di tegur, inilah jawapananya.. “ala,kami bukan wat ape pun,duduk2 ,smbg2 je”… “ ala, xsporting la..relax la..muda lg kn” … “masa muda la nk enjoy” … biasa kan kita mendengar semua itu???

Ha, daripada jawapan2 ini lah sepatutnya kita fikir dan kaitkan semula dengan ayat diatas… mungkin mereka tidak melakukan apa2… tp,dalamAl-Quran sendiri menyatakan ‘jangan kamu dekati zina’ bukannya ‘jangan kamu melakukan zina’.. inilah salahnya kefahaman kita..na’uzubillah.. Subhanallah, indahnya firman Allah dalam memberi peringatan kepada kita… cukup halus..

Pada pendapat saya sendiri pun, berkawan diantara lelaki dan perempuan itu boleh.. Tp,biarlah berpada-pada, beralasan dan menjaga batas-batasnya.. (ini untuk peringatan kepada diri saya sendiri juga).. Peliharalah pandangan dan akhlak kita bagi memartabatkan lagi agama yang kita cintai ini.. Saya takut untuk berbicara lebih panjang sebab diri ini masih banyak kekurangan lagi.. Cuma,biarlah ini menjadi peringatan kita bersama untuk menjadi yang SOLEH & SOLEHAH.. insyaAllah…

1 comment:

Agoes Aminoto said...

trima ksh atas tausiahnya. saya jg spendapat.