Alhamdulillah, masih terus diberi ruang untuk terus rukuk dan sujud padaNya yang Esa. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Alhamdulillah, dapat bertemu Syaaban.. Ramadhan bakal menyusul kemudian...(",)..
22-05-2012
~~Seoul Palace visit time~~
~
~
Today mission was palace visit..(ala-ala rombongan sekolah pula kan melawat tempat-tempat bersejarah.. hehe (",)..) Antara drama-drama Korea yang deqsu minat adalah yang berkisarkan history tapi ada unsur lucu dan moden. Selalunya, dalam lakokan lokasi cerita history ni orang akan guna studio set tak pun perkampungan lama kan. Tapi, dalam drama korea mereka memang menggunakan istana lama sendiri sebagai lokasi pengambaran. Sebabnya, istana-istana lama mereka ini memang dijaga dan dipeliharpaya kelihatan sama seperti yang asal walaupun kedudukan istana tersebut terletak ditengah bandaraya. Sebelum ini unni pernah cakap, tapi deqsu tak percaya yang mereka akan biarkan kedudukan istana-istana lama ditengah bandar, tambahan lagi di zaman serba membangun ini. Tapi, deqsu silap..mereka amat menjaga dan memang terpelihara. (bila masuk ke dalam kawasan tersebut, kita akan rasa seperti berada di zaman silam..(ecece..hehehe).
Introduction journey kali ni terpanjang la pula kan, semangat sejarah la katakan..hehe.. Ok, journey hari ini dari Sinseol-dong kami menaiki subway ke Anguk untuk melawat ke sekitar palace area Seoul. Bukchon Hanok Village menjadi tempat singgahan pertama kami. Dari stesen Anguk kami berjalan kaki mencari Hanok Village ni, punyalah susah nak cari..Al-maklum la kan, bag-packer.. semuanya sendirian berhad. Tapi, unni ada la juga tanya dengan orang-orang sekeliling..nasib baik unni tau cakap korea..hehe.. nak harapkan deqsu tanya? emmm..memang tak la..tergeliat lidah nanti..hehe..(sikit-sikit boleh la...)..komawo-yo unni.. (",).heee..
Bukchon Hanok Village ini adalah sebuah perkampungan yang masih mengekalkan seni bina asal rumah masyarakat Korea terdahulu. Disini juga kami dapat melihat lakaran asal plan pembinaan rumah disini. Memang cantik dan antik sangat tau. Kami juga sempat menulis kata-kata dan meninggalkan kenangan di guest book di Bukchon Hanok Village ini dan yang paling best dapat tinggalkan wish untuk birthday mak..Saeng-il chukha omma.. Saranghae.. (",)..(Nak selitkan juga disini, pagi- pagi bangun semangat nak call mak.. tengok-tengok jam, baru teringat subuh dekat sini kan awal.. Nasib baik tak call lagi kan..hehe).
Then, kami teruskan perjalanan mencari rumah yang selalu dijadikan set lokasi pengambaran since unni kata rumah tersebut hanya berdekatan sahaja dengan Hanok Village ini. Tapi, cari punya cari tak jumpa..cuma ada la sebuah rumah ni macam rumah unni katakan tu..tapi, pintu berkunci la pula kan..Then berjalan-jalan jela kami sekitar kawasan Anguk sambil melihat rumah-rumah lain yang cantik dan unik dengan mengekal konsep seni bina traditisional. Dan secara tak sengaja juga kami terjumpa rumah yang dijadikan lokasi pengambaran untuk drama popular "Winter Sonata"..kebetulan la pula kan...(",).. Selain itu juga, misi unni untuk mencari 7 @ 9 photo spot (deqsu pun tak ingat..) yang pernah ada dalam rancangan "2 days 1 night" kami teruskan dan just jumpa 2 @ 3 spot je masa tu.. Agak mencabar la juga siap tengok map bagai..(dah macam treasure hunt pula masa tu tau..hehe..)
Next, Changdeokgung Palace menjadi lokasi persinggahan kami untuk melihat seni bina dan tinggalan istana raja korea dengan bayaran sebanyak 3,000 won. Dalam kawasan istana ini, ada beberapa tempat yang boleh dilawati antaranya tapak istana ini sendiri dan secret garden (buat yang pernah tengok drama secret garden tau kot macam mana keadaan secret garden itu sendiri).. Tapi, deqsu tak boleh nk story panjang since kami tak dapat masuk pun dalam secret garden ni since nak masuk mesti berkumpulan dan ada tourist guard..huhu..(apalah nasib bag-packer macam kami berdua ni kan..emosi kejap..hoho (T.T)..)Then berjalan la kami sekitar Changdeokgung Palace ni, membawa hati yang lara..ecece...
Next destination...dari Changdeokgung Palace, kami melalui Samcheongdong Walkway dan terus ke Seodaemun Prison History Hall.. Melawat penjara la pula kan..(penjara kat Malaysia pun deqsu tak pernah pergi tau..huhu)..bagi tengok gambar je dulu ek...story kemudian sebab rasa dah panjang sangat entry ni..hehe.. (",)..
To be continue.......(^~^)
No comments:
Post a Comment