Alhamdulillah.. masih terus bernafas serta rukuk dan sujud padaNya yang Esa..
Selawat serta salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat..(",)
~
~
Let's continue reading..journey 21-05-2012
KBS Exhibition + Namsan Tower + Teddy Bear Museum (",)
~
~
Selepas hampir sejam lebih berbasikal di Yeouido-dong, kami berehat sebentar dan berjalan disekitar Yeouido Park dan meneruskan misi untuk ke KBS Building (one of TV Station in South Korea)..Dari Yeouido Park kami berjalan kaki ke KBS Building yang mengambil masa lebih kurang 15minit je..Tak jauh pun sebenarnya sebab masa kami jalan2 naik basikal tu kami dah nampak bangunan KBS. Tadaa..we're here..excited kejap ek...heee (",)..Actually teragak-agak la jugak sama ada boleh masuk atau tak kan..
Masa kami sampai betul2 depan pintu masuk KBS ini, ada seorang ahjusshi ni panggil kami masuk..Then apa lagi kan..(^~^).. kebetulan masa tu ada rombongan budak sekolah pulak, then kami follow jela..hehe..Teruja sebab dapat tengok sendiri macam mana proses rancangan radio dijalankan sebab kebetulan juga masa kami sampai tu ada rancangan radio oleh artis korea dalam bangunan ini. Selain itu juga, kami dapat melihat sendiri tempat pemberita pembaca ramalan kaji cuaca serta tempat berita dijalankan.
Since kami dibelakang rombangan sekolah tadi, jadi kami juga berpeluang untuk melihat bagaimana rancangan kartun korea dirakamkan. Kanak-kanak dalam rombongan itu juga diberi peluang untuk merakam suara mereka dan kemudian ditukarkan dalam bentuk audio kartun.. comel sangat tau.heee.. (niat dihati nak cuba juga, tapi tak fasih bahasa korea kan..So, tengok pun dah cukup bagi deqsu sebab di malaysia sendiri pun tak penah lagi deqsu melawat ke stesen television.
Kiranya kami ke Seoul bukan untuk suka-suka ber'holiday' sahaja ye. Tapi, melawat tempat2 menarik dan menambah ilmu pengetahuan serta memahami culture masyarakat disana dan bukan juga hanya mengikut arus K-Pop itu sendiri. Copp..nak share something yang interesting tentang betapa fanatiknya remaja hanguk ni terhadapa artis favorite mereka. Ceritanya begini, selepas melawat sekitar bangunan KBS kami keluar untuk meneruskan misi ke destinasi yang lain. Kebetulan, artis yang buat rakaman radio tadi dah selesai dengan rancangan radio mereka. Then, nampak la anak2 muda ni especially remaja a.k.a budak2 sekolah berlari-lari nak tengok artis favorite mereka itu. Isk3..fanatik betul la..hehe..(kelakar pun ada tengok diorang berlari sini sana..hee)..
Hari kedua (siang) di Korea yang penuh dengan aktiviti menarik..Daebakkk!!!!. Dapat melihat keindahan ciptaanNya yang indah + dapat tambah knowledge...Allahu Allah.. (",)..Next destination please ????hehehe..to be continue...(sorry, kena buat sampai 3 entry untuk hari kedua ni since banyak aktiviti dan tempat menarik yang deqsu nak share...)
No comments:
Post a Comment